Memaparkan catatan dengan label KULIAH UMUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KULIAH UMUM. Papar semua catatan
Majoriti orang yang soleh, sangat takut akan ’suul khatimah’. Sesungguhnya ’suul khatimah’ terdapat dua peringkat di mana kedua-duanya adalah sangat merbahaya iaitu:

1. Hati dan perasaan seseorang ketika sakaratul maut segera merenggutnya. Maka, hatinya menjadi ragu-ragu dan tidak mempercayai Allah hingga dia mati dalam keadaan tidak beriman. Na’uzu billah!

Dalam perkara ini, sifat kufurlah yang menghalang dirinya daripada menghampiri Tuhannya yang akhirnnya akan mengakibatkan dia berpaling daripada Allah buat selama-lamanya. Maka, azab yang sangat pedih dan kekal akan menimpanya.

2. Seseorang yang dikawal oleh perasaan cintanya terhadap urusan duniawi yang tiada hubungan dengan urusan akhirat. Contohnya, seseorang itu sedang mendirikan rumah, kemudia tiba-tiba sakaratul maut datang menjemputnya.

Dalam keadaan seperti itu, dia tidak mengingati apa-apa melainkan hanya memikirkan pembikinan rumahnya yang belum selesai. Maka, jika dia mati dalam keadaan jauh daripada Allah swt. Hatinya hanyut bersama cinta terhadap harta dan dunia, bahkan berpaling dari Allah swt. Jika seseorang sudah berpaling dari Allah, maka azab dan seksaan yang pedih adalah balasannya sebenar.

Di antara dua peringkat sifat suul khatimah tersebut, peringkat pertama adalah yang paling besar bahayanya. Ini sebagaimana yang telah diterangkan dalam al-Quran bahawa api neraka hanya akan menimpa orang-orang yang tertutup hatinya terhadap Allah swt. Sedangkan orang-orang mukmin yang bersih hatinya yakni tidak bersifat hubbud dunya (cinta dunia), dan selalu mengingati Allah adalah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah taala:

“Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun”- Surah As-syu’araa: 26:88-89

Kepada golongan tersebut api neraka berkata:

“Silakan kalian berlalu wahai orang Mukmin kerana cahaya yang ada padamu telah memadamkan nyalaan apiku.” - Hadith Riwayat Ya’la bin Munabih

Memang sangat bahaya jika seseorang itu mati dalam keadaan dikuasai oleh sifat hubbud dunya. Ini kerana, matinya manusia adalah sebagaimana hidupnya. Demikian juga dengan bangkitnya dari kubur sebagaimana dia mati. Jadi ianya saling bersesuaian.

Terdapat beberapa sebab yang membuatkan seseorang itu bersifat suul khatimah, walaupun dia seorang yang sangat berhati-hati, zuhud dan soleh. Ini disebabkan dalam niatnya terkandung bid’ah, bertentangan dengan sifat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. , para sahabat dan para tabiin.

Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada para sahabatnya tentang khawarij yang rajin bersembahyang dan membaca al-Quran.

“Dia lebih rajin dari kalian dalam urusan sembahyang dan membaca al-Quran, sehingga dahinya menjadi kehitam-hitaman. Akan tetapi, dia tidak merenung erti disebalik bacaannya, akibatnya sembahyangnya yang telah didirikan tidak diterima Allah taala”

Jika demikian, bid’ah adalahh adalah sifat yang sangat merbahaya kerana boleh menyesatkan keyakinan bahawa Allah Azza Wa Jalla itu seperti makluk. Contohnya, mengganggap bahawa Allah benar-benar duduk di atas Arasy (Singgahsana ghaib), padahal Allah itu ‘ laisakamislihi syai’un.

Kelak, setelah pintu hijab terbuka, maka barulah diketahui bahawa Allah tidak sebagaimana yang telah digambarkan dan akhirnya dia akan mengingkari Allah. Saat seperti itulah dia akan mati dalam keadaan suul khatimah. Apabila seseorang itu sudah hampir kepada sakaratul maut dan hijab pon terbuka, barulah dia sedar bahawa beginilah kenyataan masalah ini. Dia akan kebingunggan kerana tidak bersesuaian dengan apa yang yang dianggap selama ini. Dalam keadaan seperti inilah dia mati dalam keadaan suul khatimah, meskipun amalannya baik, Nauzu billah!
kumpulan artikel , 0 Catatan Tambahan | |
Wahai orang-orang yang ingin bebas dari segala mara bahaya dan yang ingin beribadat dengan benar-benar, semoga Allah melimpahkan taufikNya kepada kita. Dengan itu, wajib ke atas kita membekalkan diri dengan ilmu. Ini kerana, beribadat tanpa ilmu adalah sia-sia kerana ilmu adalah punca kepada segala perbuatan.

Perlu diketahui, ilmu dan ibadat adalah dua perkara yang saling berkait. Ini kerana, pada dasarnya, segala yang kita lihat, kita dengar dan kita pelajari adalah untuk ilmu dan ibadat.

Renungkanlah firman Allah

“Allah menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap - tiap sesuatu.”- Surah at Thalaaq:65:12

Dengan merenungkeindahan langit dan bumi, diharapkan kita akan memperoleh ilmu darinya. Dengan menyemak ayat di atas, ia sudah cukup jelas untuk membuktikan bahawa ilmu itu mulia, Lebih-lebih lagi ilmu tauhid kerana dengannya kita dapat mengenal Allah dan sifat-sifatNya.

Renungkanlah firman Allah dibawah ini;

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” - az Zaariyaat: 51:56

Perkara ini menunjukkan betapa mulianya ibadat dan ayat di atas cukup membuktikan tentang kemuliaannya serta kewajipan untuk sentiasa menjalankan ibadat. Sesungguhnya beser erti ilmu dan ibadat dan melupakan perkara-perkara lain yang batil. Ini kerana, dalam ilmu dan ibadat sudah terkandung segala urusan dunia dan akhirat.

Membangunkan negara dan mencipta kemakmuran juga termasuk ibadat jika dilaksanakan kerana Allah. Jadi, bersama ilmu dan ibadat, kita mencapai kebahgiaan dunia dengan kemajuan dunia yang sihat dan bukan yang menyesatkan, juga kebahgiaan di akhirat.

Seharusnya kita memusatkan perhatian dan fikiran hanya untuk ibadat dan ilmu. Jika demikian, kita akan menjadi kuat dan berhasil, kerana berfikir selain untuk ibadat dan ilmu adalah batil dan sesat sertan hanya akan membawa kehancuran ke atas dunia ini.

Kesimpulannya, tidak ada yang lebih baik dari ilmu dan ibadat. sehubungan dengan kemuliannya itu, Nabi s.a.w. bersabda;

“Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang menjalankan ibadat, ibarat kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara umatku”- Hadith riwayat al Haris bin Abu Uzamah dari Abu Said al Khudri, diperkuat dengan riwayat Tirmizi dari Abu Umamah.

Perhatikan pula sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut ini;

“Sekali melihat wajah orang yang berilmu, adalah lebih aku suka daripada beribadat selama satu tahun, rajin berpuasa dan mendirikan sebahyang malam. Ini kerana, sudah tentu orang yang berilmu yang mahu mengerjakannya”

Sabda Rasulullah s.a.w. yang lain:

“Adakah kalian tahu, siapakah yang paling mulia di antara penghuni syurga? Para sahabat menjawab: Bahkan kami ingin mengetahui perkara itu, ya Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah para ulama, orang-orang berilmu dan umatku”.

Kini, sudah jelas bahawa ilmu itu ibarat permata dan lebih utama daripada ibadat. Namun demikian, kita tidak boleh meninggalkan ibadat bahkan wajib beribadat dengan disertakan ilmu.

Umpamanya, sebuah pokok yang mana ilmu ibarat pohonnya dan ibdat ibarat buahnya. Maka, jika kita beribadat tanpa dibekalkan dengan ilmu, ilmu tersebut akan lenyap bagaikan debu ditiup angin. Di sini jelas menunjukkan bawah kedudukan pohon adalah lebih penting kerana pokok merupakan inti utama. Akan tetapi, buah mempunyai fungsi yang tidak kurang pentingnya. Oleh kerana itu, kita harus memiliki kedua-duanya iaitu ilmu dan ibadat.

Sehubung dengan itu, berkata imam al Hasanul Basri:

“Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari ilmu”.

Kini, keadaan semakin jelas, bahawasanya manusia perlu memiliki ilmu dan beribadat, di samping ilmu adalah yang paling utama. Ini kerana ilmu merupakan inti dan petunjuk dalam menjalankan ibadat. Jadi bagaimana hendak menjalankan ibadat jika tidak tahu caranya?

Perhatikan Sabda Rasulullah s.a.w

“Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya.”

Alasan bahawa ilmu adalah inti atau asas yang perlu didahulukan ialah:

Ibadat akan berhasil dan benar. Bukankah kita sepatutnya mengetahui siapa yang patut disembah sebelum kita menyembahnya. Apa akan terjadi jika menyembah, sedangkan yang kita sembah itu belum kita tahu ‘asma’ dan sifat-sifatNya, serta wajib dan mustahil bagiNya? ini kerana, kadang kala, seseorang mengiktikadkan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Maka ibadat yang demikian itu akan sia-sia.

Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan tentang dua orang lelaki, yang seorang adalah orang yang berilmu yang tidak pernah beribadat dan seorang lagi adalah orang yang tidak berilmu tetapi menjalankan ibadat. Kemudian, keduanya diuji oleh seseorang tentang berapa kadar kejahatan bagi kedua orang tersebut. Maka si penguji itu pun mendatangi keduanya dengan berpakaian megah.

Dia berkata kepada orang yang rajin beribadat: “Wahai hambaKu, aku telah mengampuni seluruh dosamu. Maka sekarang engkau tidak perlu beribadat lagi”. Ahli ibadat menjawab “OOooh, itulah yang aku harapkan dari mu ya Tuhanku” Ahli ibadat menggap si penguji sebagai Tuhan, sebab dia tidak mengetahui sifat-sifat sebenar Tuhannya.

Selanjutnya, sang penguji mendatangi orang yang berilmu, yang ketika itu dia sedang minum arak. Penguji berkata “Wahai manusia, Tuhanmu akan mengampuni dosamu!” Dengan geram dia menjawab: “Kurang ajar! (sambil mencabut pedangnya) engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan?!.

Demikianlah, orang yang berilmu tidak akan muda ditipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya.

Kini, jelas bahawa setiap hamba Allah harus memiliki ilmu dan menjalankan ibadat dengan menggunakan ilmu sebagai inti atau asas yang perlu diutamakan.

Seterusnya Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Allah memberikan ilmu kepada orang-orang yang berbahgia, tidak kepada orang-orang yang celaka.”- Hadith Riwayat Abu Nuaaim, Abu Talib Al Makki, Al Khatibb dan Ibnu Qayyim

Kesimpulannya, ilmu memang merupakan inti (asas) yang perlu didahulukan dan kemudian diikuti dengan ibadat. Ini kerana, ibadat tanpa ilmu akan dihinggapi banyak penyakit yang merosakkan. Mengetahui dahulu zat yang harus di sembah, baru kemudian menyembahNya. Tanpa mengetahuiNya akan menimbulkan ‘Suul Khatimah’ (mati tanpa beriman kepada Allah) dan hasil ibadatnya itu menjadi sia-sia belaka.

Wallahualam.
kumpulan artikel , 0 Catatan Tambahan | |
(ms/5)

(Kitab yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh)

adapun padanya 7 fasal,

fasal yang pertama pada menyatakan mata.

Ketahui olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan oleh Allah taala bagi engkau kerana berberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia, maka setengah dari segala faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan bulan bintang dan lain lainnya, supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas keesaanNya dan atas kekuasaanNya, dan setengah daripadanya melihat akan Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu. dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau, dan melepaskan engkau dari segala yang menyakiti, seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukurkan mata itu, memelihara daripadanya tiap -tiap

(ms/6)

melihat yang haram. seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan menghinanya dan megharamnya, dan seperti melihat akan yang muda belia, dan seperti melihat aurat laki laki maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah taala

(1) artinya bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekelian yang beriman, pejamkannya oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada haruskan bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia, dan yang demikian (memelihara) itu lebih baik bagi mereka itu, bahawasanya Allah taala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya, maka membalas ia akan mereka itu atasnya. ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan. maka adapun mengajar adab maka firmannya;

(bersabda olehmu bagi sekelian yang beriman nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu)

daripada barang yang tiada halal memandangnya, dan dengan ini perkataan menyuruh Allah taala akan hambanya dengan berkelakuan yang baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dan dikerjakan dengan dia. maka wajib sekelian hamba menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa dan adapun memberitahu maka firmannya

(bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu)

memberitahu Allah taala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa sebab bagi membanyakkan pekerjaan kebajikan dan adapun menakutkan

(ms/7)

maka firmannya (bahawasanya Allah taala sangat mengetahui ia akan batin barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan zahirnya)

maka selagi membalas ia akan dia, jika ada ia yang baik nescaya membalas ia dengan pahala dan kesenangan dan syurga dan jika ada ia kejahatan maka membalas ia dengan siksa dan api neraka.

dan firman Allah taala;

(1)

artinya mengetahui oleh Allah taala akan khianat segala mata iaitu mencuri oleh mata itu memandang kepada yang diharamkan, dan mengetahui ia akan barang yang menyembunyi oleh segala hati daripada cita-cita mengerjakan kejahatan dan cita - cita mengerjakan kebajikan dan

Sabda Nabi s.a.w ; artinya bahawasanya memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun dari segala anak panah iblis (pada sangat segera membinasakan) maka barang siapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah taala nescaya memperesakan dia oleh Allah taala akan kesedapan amal ibadat yang menyukakan ia akan dia

menceritakan akan ini hadith oleh al-Hakim daripada Hazifah radiallahuanhu. dan menghukumkan ia akan sanatnya dengan sohih dan sabda Nabi s.a.w;

artinya ” ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagiannya daripada Zina. maka kedua mata itu berzina keduanya, dan zina keduanya memandang kepada barang yang tiada harus dipandang dan kedua tangan itu berzina keduanya, dan zina keduanya menampir akan yang dilarang menampirnya dan kedua

(ms/8)

kaki berzina keduanya. dan zina keduanya berjalan ketempat yang haram berjalan kepadanya dan bermula mulut itu berzina ia dan zinanya mengucap yang tiada halal diucap dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencinta cita ia. dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj (dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu) atau mendustkan ia akan dia. (dengan bahawa tertegah ia daripadanya) menceritakan akan ini oleh hadith oleh muslim dan baihaki daripada Abi Hurairah r.a dan ada pada hadith ini menunjukki atas bahawasanya asal bagi zina faraj itu adalah dua mata.

dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau, dengan apa pekerjaan yang patut ia, dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti baginya, maka pelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai pelihara yang patut padanya dengan segala pekerjaan yang dinanti baginya itu, maka jika pekerjaan itu sangat besar nescaya engkau pelihara anggota itu dengan peliharaan yang bersangatan, maka bermula kaki itu adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di kebun syurga dan mahligainya, dan adapun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai buahan buahan syurga dan minumannya, itulah segala anggota yang lain, maka mata hanya sanya kerana memandang Zat Allah taala didalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu dan tiada ada didalam negeri didunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat tuhan itu, dan patut sangat bagi mata yang dinanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga hingga pelihara, dan dimuliakan dia sehabis habis mulia dan bahawa tiada dikotor akan dia dengan memandang akan yang haram. Wallahualam

____________________________________________________

Himpunan oleh : Sheikh abdul khadir b Abdul Mutalib al Indonesi
Cetakkan keempat pada ramadan 1383 bersamaan Februari 1964, Bangkok
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Mula-mula putus nyawa

Dalam satu riwayat disebut, takala roh berpisah dari tubuh, maka jasad kita pun jadilah mayat. Lantas a pun dipanggil dari langit dengan 3 kali jeritan…

Pertama: “Wahai anak adam, wahai mayat! Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?!

Maknanya, ketika satu masa dahulu kita takut dikatakan ketinggalan zaman. Takut ketinggalan dunia.. org maju kita tak maju.. bimbang kalau2 ketinggalan zaman atau kita ditinggalkan dunia… pada waktu itu barulah mayat itu sedar semasa dia di dunia dia bimbang takut2 kalau dunia meninggalkannya..

Panggilan kedua: “wahai anak adam, wahai mayat! Apakah kamu mengumpulkan dunia ataupun dunia menggumpulkan kamu?”

Maknanya masa hidup bukan main lagi sibuk kumpul harta dari pagi sampai malam.. bila sudah dapat harta lupa yang Allah yang bagi harta itu..

Sekarang macam mana mayat? Jawab mayat “ Yalah, masa aku hidup didunia aku timbunkan harta, longgokkan harta. Kini aku telah mati.. kamu pun tahu… dunia pulalah longokkan aku”

Bila kita hidup, kita longgokkan dunia, bila mati dunia pulak longgokkan kita. Dimana? Ditanah perkuburan lah! Tapi bukan bererti tak boleh cari harta kekayaan pulak… macam contoh satu kereta dari singapura nak masuk johor… kalau banyak barang dia bawa masuk.. lama skitlah kena periksa dengan kastam.. kalau sedikit barang.. sekejap saja lah..

Panggilan ketiga: Wahai anak adam, wahai mayat..! apakah kamu mematikan dunia atau dunia yang mematikan kamu?”

Jawab mayat:” yalah, tahulah aku, rupa – rupanya dunia yang mematikan aku”

Ketika di mandikan

Apakah yang di panggil kepada mayat ketika diletkkan di tempat untuk di mandikan?

Panggilan pertama: “wahai anak adam, wahai mayat…! Di manakah tubuh badan kamu yang kuat? Bukankah sekarang kamu menjadi lemah?

Masa hidup bukan main lagi, angkat besi, silat, tomoi dan entah hapa2 silat lagilah…silap sikit nak karate..

Amboi… sekarang apa macam mayat? Tepislah lalat atas batang hidung hang!… ha tepis…

Kata mayat: “ ye lah.. masa hidup aku kuat, sekarang aku dah mati. Engkau pun kata aku lemah.
Panggilan kedua: “wahai anak andam, wahai mayat..!” dimanakah mulut kamu yang bercakap? Bukkankah sekarang kamu menjadi diam?”

Masa hidup dialah paling betah.. cakap apa semua dia menang.. bab bersyarahh dialah juara.. sekarang Kenapa diam?

Panggilan ketiga : “wahai anak adam, wahai mayat..!” dimanakah kekasih kamu semua, bukankah sekarang mereka mengasingkan diri?”

Masa hidup bukan main bangga, awek sedozen, yang perempuan pula.. balak keliling pinggang.. kita sepatutnya bukan berbangga tapi malu.. sebab dah jadi mayat depa bukan boleh tolong.. silap2 bagi beban lagi..

Panggilan ketika mayat diletakkan di tempat Kafan

Panggilan pertama : “wahai anak adam, wahai mayat..! pergilah kamu ke tempat jauh tanpa membawa bekal”

Maknanya, Tahukah kamu mayat, kamu akan dikafankan dengan kain putih?. Nak dibawa kemana? Kamu nak berjalan jauh.. apakah persiapan kamu wahai mayat?..

Barulah mayat kelam kabut.. persiapan tak cukup…

Ketika sedang di kafankan mayat berkata “wahai org ramai janganlah bungkus muka aku. Aku nak tengok anak dan keluargaku sebab lepas ni dah tak boleh tengok lagi”..

Lepas elok-elok keluar dari rumah mayat itu di panggil lagi

Panggilan kedua: “wahai anak adam, wahai mayat..! keluarlah kamu dari rumah ini.. kamu tidak akan kembali lagi”

Si mayat pun sedar yang dia takkan kembali “ ye lah. Aku takkan kembali lagi” kata mayat.

Panggilan ketiga: “wahai anak adam, wahai mayat…! Naiklah kuda”

Maknanya orang mati itu mula, “naiklah kuda dan kamu tidak akan naik seperti ini selama – lamanya. Tapi ngat wahai mayat, setelah hang sampai kekubur, hang akan dilayak pulak!”

Panggilan ketika diatas usungan

Panggilan pertama: “wahai anak adam, wahai mayat..! sangat berbahagialah kamu jika kamu tergolong dikalang org yang bertaubat”

Panggilan kedua: wahai anak adam, wahai mayat…! Sangat berbahagialah kamu jika amalmu baik”

Panggilan ketiga: “wahai anak adam, wahai mayat! Sangat berbahagialah kamu jika sahabtmu dalam keredaan Allah, dan celakalah kamu jika para sahabatmu org yang di murkai Allah”

Panggilan ketika mayat berada disisi kubur
Panggilan pertama: “wahai anak adam, wahai mayat.. bukankah kamu menambah damai di tempat yang sempit ini?

Amboi! Damailah kamu.. maksudnya kena bersorang dirilah, tak berkawan tak berlampu, sunyi, sempit

Panggilan kedua: “wahai anak adam, wahai mayat!.. sukahkah kamu aku bawa ke tempat kefakiran?”

Maknanya.. di dalam kubur tiada lagi harta, takhta, pangkat dan kereta..

Panggilan ketiga: “wahai anak adam, wahai mayat..! bukankah kamu mebawa cahaya kepada tempat gelap ini?.

Sabda Rasullah s.a.w “wahai sahabat2 ku sekelian siapa yang menerangi rumah Allah (siapa yang menerangi rumah ibadat) insyaAllah teranglah kuburnya. Kemudian semua org bawa lampu..

kalau kita nak bawa lampu ke surau mesti org gelakkan? Jadi penyelesaiannya.. jumpalah dengan setiausaha.. mintakan bil elektrik.. tolong bayarkan.. elok juga kalau diniatkan kepada emak+ayah yang telah meninggal.

Panggilan ketika mayat diletakkan didalam liang kubur

Panggilan pertama: “wahai anak adam, wahai mayat…! kamu diatas punggungku (diatas bumi ketika hidup) bergurau senda dengan rakan kamu.. sekarang kamu didalam perutku menagis sesorang!”

Panggilan kedua: “wahai anak adam, wahai mayat..! kamu berada diatasku bergembira .a, gelak ketawa. Ketawalah mayat, ketawa! Bukkan kah sekarang hang berduka cita? Menyesallah yang tiada sudahnya”

Panggilan ketiga: “wahai anak adam, wahai mayat..! kamu diatas punggung ku dapat berbicara, tetapi bila dalam perutku.. bisulah kamu… hanya anggota badan yang berbicara..

Beginilah keadaan kita ketika apabila nyawa telah terpisah dari badan. Ketika itu manusia yang berdosa pastinya akan menyesal. Namun tangisan dan keinsafan ketika itu mana mungkin dapat mengembalikan lagi manusia ke Alam dunia. Oleh itu insaflah dan bertaubatlah akan segala dosa - dosa dan kesalahan moga - moga diterima oleh Allah swt. Wallahualam.
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Para pelayar blog sekelian,

Menuntut ilmu agama adalah wajib hukumnya. Berdosalah orang yang meninggalkannya. Inilah termasuk perintah agama sebagaimana sabda Nabi s.a.w ” Menuntut ilmu fardu atas tiap-tiap orang Islam“

Selain dari itu wajib pula atasnya marifatullah, Yakni mengenal ia akan sifat-sifat Allah dengan seyakin-yakinnya, seperti diterangkan didalam kitab Zuba: Awwalu waajibin’ alal insaani, huwu ma’fifatullahi bi istiiqooni” artinya awal dan pertama atas manusia, ialah mengenal Allah dengan seyakin-yakinnya.

Suatu keterangan kitab Khotbah Habib Thohir bin Husain sebagai berikut: Fa’lamuu ayyuhal ikhwah, Annal ashla wal-asaasa ma’rifatul ma’buudi qoblal ibaadat wa dzalikaa haqiqotu ma’nasy syahadaati” artinya: ketahuilah wahai saudara sekalian, Sesungguhnya asas dan pokok agama ialah, mengenal betul siapa yang disembahnya, sebelum ia melakukan amal ibadat. Dan demikian arti hakikat syahadat itu.

Ibarat seorang pegawai harus mengenal siapa dia bekerja dan siapa yang menjadi majikan kerana majikannya itu yang memberi gaji padanya. Dan jangan bekerja cuma asal bekerja saja. Kerana itu dia harus mengetahui peraturannya.

Jika saudara mengetahui hakikat makna dua kalimah syahadah itu, mengetahui akan ma’rifatullah, Juga hendaknya saudara mengetahui ikhtikad yang jazim atau jazam yang muafakat pada hak dengan dalil, yakni yang dapat diterima pada akal serta dengan dalil dan keterangannya.

Arti Jazim atau jazam menurut ilmu Usul adalah iktikad yang pasti, kepercayaan yang tida ragu-ragu, dan bukan syak wasangka. Menurut istilah sekarang kepercayaan yang tegas, kokoh kuat, tidak dapat ditawar-tawar.

Maka yang dinamakan jazam itu terbahagi kepada empat bahagian seperti berikut:

1. Jazam
Yang muafakat pada hak, serta dengan dalil, inilah yang dinamakan MAKRIFAT.

2. Jazam
Yang muafakat pada hak tapi tidak dengan dalil, inilah yang dinamakan TAQLID SHAHID

3. Jazam
Yang tidak muafakat pada Haq, tapi dengan dalil, inilah yang dinamakan JAHIL MURAKKAB.

4. Jazam
Yang tidak muafakat pada hak dan juga tidak dengan dalil, inilah yang dinamakan TAQLID BATHIL
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Al-Quran mengemukakan dengan jelas bahawa neraka itu mempunyai nama - nama yang sendiri. Ia mempunyai lapan nama iaitu:

Neraka Jahanam

Bukankah dalam neraka jahanam itu ada tempat bagi orang-orang kafir? (al-ankabut:68)

Dan kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga (Maryam:86)

Katakanlah api neraka Jahanam itu lebih panasnya (At Taubah: 81)

Pada hari mereka didorong ke neraka Jahanam dengan sebenar-benarnya (At Thur:13)

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan dosa, maka neraka Jahanam baginya. (Tahaa:74)

Dan kami masukkan dia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali (An Nisa: 115)

Neraka Jahim

Nama neraka yang kedua ialah Jahim juga banyak disebut dalam ayat-ayat al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah swt:

Dan Allah memelihara mereka daripada azab neraka (Al-Dukhan: 56)

Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim (At Takathur:6)

Neraka Hawiyah

Allah swt telah menyebut dalam ayat al-Quran surah al-Qariah:

Dan orang-orang yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah neraka Hawiyah dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas (al-Qariah:8-11)

Neraka Wail

Firman Allah swt mengenainya:

Dan kecelakaan (wail) bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang sangat pedih (Ibrahim: 2)

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, Yang mereka itu lalai dari solatnya. (Al-Ma’un:4-5)

Lalu beberapa golongan berselisihan faham sesama mereka akan malanglah orang-orang yang tidak mempercayai akan menemui hari yang dasyat (Maryam: 37)

Masih banyak ayat-ayat al-Quran menyebut mengenai sebab jelas orang yang masuk neraka Wail ialah orang yang celaka, bahkan celaka secelakanya.

Neraka Sa’ir

Nama Neraka yang kelima ini banyak disebutkan dalam al-Quran. Di antaranya sebagaimana firman Allah:

Dan kami sediakan bagi mereka neraka yang menyala-nyala (Al-Mulk: 5)

Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu kerana syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fathir: 6)

Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala yakni neraka (al-Ahzab:64)

Dan barang siapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami menyediakan untuk orang-orang lafir neraka yang menyala-nyala. (Al-Fath:13)

Neraka Ladha

Sebagaimana firman Allah swt:

Sesekali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu ialah api yang bergelojak, yang mengelupas kulit kepala (Al-Ma’arij:15-16)

Neraka Saqar

Sebagaimana disebut dalam al-Quran:

Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab, kami dulu tidak termasuk orang yang mengerjakan solat (Al-Muddathir;42-43)

Neraka Khutomah

Firman Allah swt:

Dan tahukah kamu apakah khutomah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati (Al-Humazah: 5-6)
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Yang dimaksudkan dengan hukum akli, adalah hukum akal. Sesungguhnya yang dinamakan akal yang sempurna, ialah satu cahaya yang gemilang yang terletak di dalam hati orang mukmin. Maka dengan sebab akal itu, orang dapat mengetahui apa yang dikatakan “ilmu dharuri” iaitu satu ilmu yang tidak memerlukan dalil-dalil atau keterangan dan dengan sebab akal itu pula orang dapat mengetahui ilmu “Nadzhari” iaitu ilmu yang memerlukan dalil-dalil atau keterangan.

Dan erti hukum akal itu, menetapkan suatu barang bagi adanya suatu barang. Atau menidakkan suatu barang kerana lantaran tidaknya suatu barang yang lain. Misalnya adanya sebuah rumah, lantaran adanya tukang rumah, Maka mustahil rumah itu jadi dengan sendirinya.

Demikian pula misalnya tidak ada sebuah rumah, kerana lantaran tidak ada tukang yang membuatnya dan dapat diqiaskan seterusnya.

Hukum Akal terbahagi kepada 3;

Wajib:

Iaitu barang yang tidak dapat diterima pada akal akan tidaknya, misalnya Allah itu wajib adanya.

Mustahil:

Iaitu barang yang tidak dapat diterima pada akal akan adanya, Misalnya mustahil Allah “tidak ada”.

Jaiz:

Iaitu barang yang harus (yakni mungkin) saja adanya atau tidaknya alam yang baharu ini.
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Selain dari hukum akal, wajib bagi kita mengetahui ilmu syara’ atau hukum syari’ie, yakni hukum fiqih.

Erti hukum syar’ie ialah hukum- hukum agama Islam yang merupakan perintah Allah atau larangannya. Yang mana tiap-tiap orang Islam yang mukallaf, yakni yang sudah diberati hukum syara’ atau yang dikatakan akhil-baligh, artinya orang yang berakal sehat dan cukup dewasa, maka wajib atasnya mengetahui hukum tersebut.

Maka hukum itu terbahagi kepada dua:

a) Khitabut-taklif
b) Khitabul-wadh’i

kitabut-taklif ialah suatu hukum yang bergantung kepada sebab dan syarat atau maanii (cegahan).

Misalnya diwajibkan orang melakukan sembahyang lima waktu sebab ia sudah akhil baligh dan sudah masuk waktunya. Maka waktu itu adalah merupakan satu syarat dan sebab orang Islam wajib melakukan sembahyang. Jadi tidak wajib melakukan sembahyang ke atas anak kecil dan tidak wajib jika belum datang waktunya. Dan tidak wajib orang perempuan yang beragama Islam melakukan sembahyang kerana dia datang haid atau bersalin maka inilah yang dinamakan “maanii” menurut hukum syara’

Khitabul-wadh’i ialah suatu hukum, yang Tuhan letakkan dan tentukan pada tiap-tiap makluk, misalnya ilmu ikan hidup di dalam air dan manusia hidup di daratan.

Dan misalnya yang lain, kaum ibu Tuhan jadikan yang mengandung dan melahirkan. Demikian Tuhan letakkan dan tentukan pada diri kaum ibu sejak dahulu sampai sekarang.

Demikian Tuhan jadikan dan letakkan hukumnya pada tiap-tiap diri manusia. Besar dan kecil, tua dan muda, laki-laki dan perempuan, manusia mempunyai lapar. Oleh demikian mereka berkehendakkan makanan.

Namun bagi bangsa malaikat Tuhan jadikan dan tentukan, hukumnya lain lagi. Mereka tidak ditaruh (diberikan) rasa lapar dan rasa haus. Oleh kerana itu mereka tidak berhajat akan makanan dan minum dan sebagainya. Demikianlah erti dan maksud yang dinamakan “Khitabul-Wadhi“
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Ingatlah firman Allah s.w.t;

Dan ingatlah hari ketika musuh-musuh Allah dibawa ke dalam neraka lalu mereka dikumpulkan semuanya (Fussilat:19)

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang mereka lakukan. Sebagaimana firman Allah:

Demikianlah balasan terhadap musuh-musuh Allah iatu neraka, mereka mendapat tempat tinggal yang kekal di dalamnya sebagai pembalasan atas keingkaran mereka kepada ayat-ayat kami (Fussilat:28)

Dalam satu keterangan disebutkan bahawa ketika musuh Allah dihalau ke neraka, maka muka-muka mereka bertukar menjadi hitam gelap, penglihatan menjadi kabur, hatinya gementar dan mulutnya terkunci.

Setibanya di pintu-pintu nereka, mereka sudah dihadang oleh para malaikat Zabaniyah (Malaikat perkasa yang menyeksa ahli neraka) dengan membawa rantai dan belenggu serta cambuk dari besi. Lalu kaki dan tangan mereka diikat, kemudian diseret mukanya serta dilemparkan ke dalam api neraka yang bergelojak. Para malaikat turut memukul dan menyeksa mereka menggunakan palu yang diperbuat daripada besi. Jika mereka ingin keluar dari neraka, maka dilemparkan semula ke dalam neraka dan dikatakan kepada mereka:

Rasakanlah seksaan neraka yang dahulu kamu mendustakan (As-Sajadah: 20)

Keadaan Ahli Neraka

Al-Quran mengisyaratkan dengan jelas keadaan ahli neraka itu sentiasa diliputi oleh rasa takut dan khuatir, bersedih, menyesal, letih, dahaga dan dalam keadaan hina. Mereka di dalam neraka akan saling jerit menjerit minta dikeluarkan dari neraka dan ingin segera mati. Tetapi apa yang mereka harapkan itu tidak dihiraukan. Keadaan ahli neraka semuanya kurus, badan mereka luka parah akibat bersentuhan dengan api yang menyala-nyala serta azab yang sangat pedih. Keadaan mereka juga amat dasyat, setegah mati dan setengah hidup. Ini sebagaimana firman Allah:

Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. iaitu orang yang akan memasuki api yang benar (neraka). Kemudian dia tidak mati dan tidak pula hidup di dalamnya (Al-A’la:11-13)

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)

Maksud tidak mati di sini ialah mereka selalu merasakan azab dan maksud tidak hidup pula ialah hidup yang dapat digunakan untuk bertaubat

Di dalam neraka, mereka juga diberikan makanan dan minuman namun apa yang disediakan untuk mereka sangat menggerunkan bagi orang yang beriman kerana ia tidak dapat mengenyangkan dan tidak dapat menghilangkan keletihan. Firman Allah:

Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar (Al-Ghasiyah: 7 )

Mereka juga diberikan pakaian, namun pakaian itu daripada api yang sudah tentu membakar tubuh sesiapa sahaja yang memakainya. Oleh itu pada hakikatnya keadaan ahli neraka itu sentiasa dalam kesengsaraan dan tidak pernah lepas dari ancaman seksaan yang sangat pedih.

Didalam ayat lain menyebutkan, bahawa ahli neraka berada dalam keadaan cacat akibat dibakar oleh api neraka. Firman Allah swt:

Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)

Rupa Ahli Neraka

Didalam al-Quran diterangkan dengan jelas bahawa bentuk wajah ahli neraka sudah kelihatan terhina sejak datangnya hari kiamat kelak. Ini akibat dari kekufuran dan berbagai dosa yang telah dilakukan selama hayatnya di muka bumi ini. Walaupun dahulu ketika di dunia mereka mempunyai wajah yang hensem, lawa dan menawan, tetapi di akhirat nanti wajah mereka segera bertukar menjadi hina dan hodoh.

Ini kerana mereka tidak mahu beriman, tidak pernah mendirikan solat, tidak pernah berpuasa dan tidak pernah melakukan apa jua ibadah. Wajah mereka menjadi hitam melegam, hangus dan kelihatan muram seperti ditiup debu. Ini bukannya suatu yang karut dan berlebihan tanpa bukti tetapi ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dibohongi atau diragukan lagi. Sebab Allah sw berfirman di dalam al-Quran:

Banyak muka pada hari kimat tunduk terhina (al-Ghasiyah:2)

Ingatlah akan hari yang di waktu itu ada muka menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam muram. Dikatakan kepada mereka orang-orang yang wajahnya menjadi hitam dan muram ‘kenapa kamu kafir selepas kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu (Ali Imran)

Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)

Dan banyak pula wajah pada hari itu tertutup debu. Dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka (Abasa:40-42)
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Pakaian Ahli Neraka

Alangkah sengsaranya nasib yang dialami oleh para ahli neraka. sesaat pun mereka tidak pernah merasa senang. Mereka tidak pernah bahagia, sentiasa dalam keadaan miskin dan hina. Ia amat jauh berbeza kalau dibandingkan dengan kehidupan ahli syurga yang penuh dengan segala kenikmatan seperti istana yang indah, rezeki yang banyak, makanan yang lazat, pakaian yang cantik dan sebagainya.

Pakaian ahli syurga berupa sutera yang tebal dan halus berwarna hijau. Manakala pakaian ahli neraka pula berupa pakaian dari api neraka. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran melalui firmanNya:

Maka orang kafir akan dibuatkan mereka pakaian-pakaian daripada api neraka (al-Hajj:19)

Gambaran dari ayat tersebut menunjukkan bahawa pakaian ahli neraka diperbuat daripada api, sedangkan manusia sendiri jika terpijak puntung rokok sahaja sudah terasa panas dan boleh menyebabkan melecur. Bagaimana pula jika dipakaikan pakaian yang diperbuat daripada api neraka yang panasnya 70 kali ganda dari api dunia. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan bahawa pakaian mereka daripada tembaga atau benda kuning yang dibakar api. Inilah kesengsaraan ahli neraka. Malam di dalam al-Quran ada menyebut bahawa pakaian ahli nereka berupa pelangkin (minyak tar) yang mendidih.

Pakaian mereka ialah dari pelangkin dan muka mereka ditutup oleh api neraka. (Ibrahim:50)

Makanan Ahli Neraka

Di dalam al-Quran menyebutkan bahawa ahli neraka itu sama-sama merintih dan merasakan keletihan serta dahaga. Mereka sangat inginkan makanan dan minuman. Namun bagi mereka di neraka memang tidak ada disediakan makanan dan minuman yang lazat-lazat seperti di syurga. Betapa sengsaranya mereka ketika itu, mahukan makanan tetapi yang ada hanyalah pohon berduri. Malah jika memakannya, langsung tidak mengenyangkannya. firman Allah swt:

Mereka tidak memperolehi makanan selain daripada pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula mengenyangkan (al-Ghasiyah:6-7)

Selain dari mendapatkan makanan dari pohon berduri itu, mereka juga disediakan makanan lain berupa buah zaqqum yang hanya tumbuh di neraka. Firman Allah:

Pasti akan memakan pohon zaqqum (al-Waqiah: 52)

Firmannya lagi:

Sesungguhnya pohon Zaqqum itu makanan orang yang banyak dosa, Ia merupakan kekotoran minyak dalam perut sepertimana air yang sangat panas (ad-Dukhan: 43-46)

Sesungguhnya kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim, Sesungguhnya ia merupakan sebatang pokok yang keluar dari dasar neraka seperti kepala-kepala syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu (as-Shaffat: 63-66)

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, ia jelas mengemukakan dan memastikan bahawa makanan ahli neraka ialah:

1. Pohon atau buah yang berduri yang jika dimakan tidak dapat mengenyangkan atau menggemukkan.

2. Buah zaqqum yang pohonnya tumbuh dari dasar neraka dan buahnya berupa kepala syaitan dan amat menakutkan. Jika dimakan ia akan merosakkan segala isi perut kerana ia menyebabkan perut mengelegak kerana panas. Inilah kesengsaraan ahli neraka.

Selain itu, jika dimakan semua makanan ahli neraka ia akan menyumbatkan saluran dalam kerongkong atau tekak. firman Allah:

Dan makanan yang tersumbat di kerongkong dan azab yang pedih (al-Muzammil: 13)

Di dalam al-Quran juga diterangkan dengan jelas bahawa antara makanan dan minuman ahli neraka ialah darah dan nanah.

dan tidak pula makanan sedikitput kecuali darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa (al-Haqqah:36-37)

Demikianlah makanan-makanan ahli neraka yang menjijikkan. Ia merupakan sebahagian seksaan ke atas mereka dalam neraka Allah.

Minuman Ahli Neraka

Di dalam neraka dinyatakan juga bahawa ahlinya mendapat minuman. Tetapi semua minuman yang disediakan untuk mereka menakutkan, sebab di dalam al-Quran disebutkan bahawa ia berupa air mata air yang mendidih, sangat oanas dan tidak akan sejuk. Apabila ia diminum, sebaik sahaja masuk ke dalam perut akan menyebabkan tali perut hancur. Betapa ngerinya. Firman Allah:

Memasuki api yang sangat panas (neraka). Diberikan minuman dengan air dari sumber yang amat panas (al-Ghasiyah:4-5)

Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. (al-Waqiah: 54)

Selain itu, minuman mereka juga berupa air nanah dan darah bekas luka daripada ahli-ahli neraka yang diseksa. Inilah yang lebih mengerikan bagi orang yang beriman. Inilah sebagai balasan atas kederhakaan mereka dahulu. Sedangkan nanah dan darah merupakan kekotoran yang menjijikkan.

Mereka tidak merasakkan kesenangan di dalamnya dan tidak pernah mendapat minuman selain dari air yang sangat panas dan nanah (air yang mengalir dari nanah ahli neraka) sebagai balasan yang setimpal (an Naba: 24-26)

Ayat- ayat tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa di antara minuman ahli neraka ialah:

1. Air yang sangat panas dan tidak pernah sejuk

2. Air nanah yang menjijikkan yang mengalir dari penguni neraka sendiri.

3. Darah luka dari ahli neraka ketika diseksa.

Dinyatakan dalam sebuah keterangan bahawa ketika ahli-ahli neraka mahu minuman, maka berserulah malaikat Malik iaitu penjaga Neraka; Wahai ahli neraka, wahai orang-orang yang dimurkai Allah, tetaplah kamu seperti ini!

Mereka menyahut “wahai Malik! Berilah kami sedikit air kerana kami amat memerlukannya. Api telah memakan daging dan tulang-tulang kami. Kulit menjadi koyak dan tulang telah retak. Lalu malaikat Malik memberikan minuman kepada mereka seteguk minuman yang mendidik yang jika dipegang akan hancurlah semua isi tangan atau jika minum sampai ke perutnya, akan terputuslah usus dan hatinya. Nauzubillah!

Allah swt berfirman:

Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang yang zalim itu neraka yang gelojaknya mengapung mereka dan jika mereka inginkan minuman, maka mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidik dan menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat yang paling hina. (Kahfi: 29)

Demikianlah ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menentang kebenaran ajaran Allah dan rasulNya. Mereka akan diberi minuman berupa air mendidih, darah dan nanah, Nauzubillah!
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |