Memaparkan catatan dengan label RAHSIA MINDA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAHSIA MINDA. Papar semua catatan
Menurut sarjana disiplin pemikiran kreatif seni berfikir kreatif melibatkan elemen-elemen seperti:
1. Penggunaan teknik berfikir kreatif.
2. Latihan yang berulang-ulang.
3. Kewujudan motivasi ekstrinsik dan intrinsik dalam proses berfikir kreatif.
4. Jelas pada objektif yang hendak dicapai.
5. Memiliki pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang.
6. Bentuk masalah yang cuba diselesaikan.
7. Being in the right place at the right time (RPRT).

Secara umunya, dalam minda manusia terdapat dua fasa penting proses
berfikir iaitu menerbitkan idea dan membuat penilaian. Kedua-dua fasa ini
saling melengkapi antara satu sama lain. Manusia memiliki kedua-dua
keupayaan ini dalam menerbitkan dan menilai idea. Namun begitu, kebolehan
menerbitkan dan menilai idea ini berbeza antara individu dengan
individu yang lain. Kebolehan ini berbeza berdasarkan beberapa faktor seperti
pendidikan, pengalaman, kepintaran dan sebagainya. Apa yang jelas,
kedua-dua kebolehan ini boleh dipelajari secara bersistematik bagi menjadi
seorang pemikir yang berkesan dan praktikal.

Kemampuan manusia berfikir secara kreatif dan kritis ini tidak sama.
Ada individu yang mahir berfikir secara kreatif dan ada pula individu
mahir berfikir secara kritis. Oleh yang demikian, seni berfikir kreatif
sebenarnya menghendaki individu mahir dalam kedua-dua jenis pemikiran
ini. Jika individu hanya mahir dalam salah satu daripadanya, sudah tentu
sesuatu idea itu tidak dapat diterjemahkan secara konkrit, praktikal,
berguna dan berkesan.
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”

“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the
results.” (Torrance, 1974)

Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:

1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Kreativiti dalam Islam berkait secara langsung dengan sifat dan
kekuasaan Tuhan, yang disebut di dalam al-Quran, surah al-An’am ayat 102 yang bermaksud, “Itulah Tuhanmu, tiada Tuhan kecuali Dia. Pencipta segala sesuatu. Sembahlah Dia. Dialah maha kuasa atas segala sesuatu.” Ada dua penciptaan yang berlaku pada masa lampau, dengan itu alam keluar daripada tiada kepada ada. Satu lagi penciptaan berlaku di akhirat, iaitu pada hari kebangkitan di padang Mahsyar. Selain daripada dua penciptaan itu, terdapat penciptaan ketiga iaitu penciptaan bagi kehidupan harian di dunia. Penciptaan dalam bentuk ketiga, iaitu dalam pengertian perubahan, perkembangan dan lain-lain, yang ada kaitannya dengan kreativiti manusia. Sebab manusia mencipta bukan daripada tiada kepada ada, sebaliknya daripada sesuatu yang sudah ada (dijadikan Tuhan) kemudiannya diubah dan diperbaiki dalam bentuk yang sesuai dengan kehidupan serta kehendak manusia pada satu-satu masa (Hassan, 1991). Inilah tiga bentuk penciptaan menurut al-Quran, tetapi perbuatan dan pengaruh Tuhan ke atas alam sejagat bukan hanya bergantung kepada tiga bentuk penciptaan itu sahaja, tetapi juga merangkumi pemeliharaan dan pengawasan Tuhan ke atas segala
sesuatu yang ada di alam ini.

Manusia mesti mengakui, segala kekuasaan adalah milik mutlak Tuhan.
Sesungguhnya manusia dijadikan oleh Tuhan bertujuan memakmurkan bumi ini. Justeru itu, sejak azali lagi manusia sudah dikurniakan kebolehan dan bakat yang luar biasa iaitu dapat membangunkan tanah yang gersang, meredah lautan, meluncur laju di udara dan menghasilkan sesuatu yang dapat mempermudah kehidupan manusia seperti rumah, kenderaan, komputer, robot dan sebagainya. Semua kejadian itu adalah atas ihsan dan kehendak Tuhan. Justeru itu, manusia ialah suatu makhluk yang tidak berdaya dan lemah di sisi Tuhan. Kesuma sifat-sifat kreatif yang diberikan oleh Tuhan bertujuan supaya tunduk, patuh dan pasrah kepadanya.

Justeru itu, hanya manusia sahaja yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan seni yang begitu indah ini dan tidak dapat ditandingi oleh makhluk yang lain. Sesungguhnya, kreativiti adalah antara sifat-sifat Tuhan yang berjumlah 99 dan terdapat beberapa sifat yang erat kaitannya dengan daya cipta, iaitu Maha Mengadakan atau al-Khaliq, Maha membentuk atau al-Musawwir dan Maha Mengadakan atau al-Mubdi’. Hal ini banyak digambarkan dalam al-Quran seperti dalam surah al-An’am ayat 102 yang bermaksud, “Itulah Tuhanmu. Tiada Tuhan kecuali Dia. Pencipta segala sesuatu. Dialah pengurus segala sesuatu.” Begitu juga dalam surah Yassin ayat 81 yang bermaksud, “Bukankah yang mencipta langit dan bumi sanggup mencipta
seperti itu Dialah maha Pencipta dan Maha Mengetahui.”

Sifat-sifat Tuhan ini diberikan kepada manusia sebagai anugerah dan
diperintah ia menimbangkannya kepada diri seseorang. Itulah ibadat dalam makna yang luas. Jadi, Islam dan kreativiti sudah sebati. Cuma,
barangkali pelaksanaannya yang berbeza dari zaman ke zaman (Hassan, 1991). Jadi, kreativiti bukanlah suatu perkara yang baru kerana kreativiti bermula sejak manusia pertama dijadikan Tuhan iaitu nabi Adam as. Selepas itu, ia terus bergerak dan menjana pemikiran manusia dalam membentuk rentetan sejarah dan tamadun hidup di barat dan di timur dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, politik dan sosiobudaya daripada yang bercorak kuno-klasik sehinggalah kepada pascamoden.

Walau bagaimanapun, yang nyata kreativiti mempengaruhi hampir
keseluruhan kehidupan manusia. Kreativiti mewarnai kehidupan manusia. Cakupannya sangat luas. Lihat bagaimana manusia bersolek, berpakaian dan menghias rumah. Lihat bagaimana manusia mengolah kreativiti dalam lautan seni mereka seperti seni lukis, seni tari, seni suara, seni tampak, seni muzik, seni fesyen, seni filem, malah seni bertutur sekalipun. Lihat bagaimana kreativiti diperkatakan dalam banyak bidang ilmiah seperti penyelidikan sains, kaedah perniagaan, juga kaedah pendidikan yang lebih berkesan (Hizairi, 2000).

Menurut Canby (1980) dalam Mohd. Yusof (1998), menyatakan kegiatan
kreativiti sains dan teknologi sudah pun bermula sejak 30 000 tahun yang lampau. Manusia menggunakan kreativitinya untuk hidup pada zaman primitif. Kajian-kajian yang dijalankan oleh arkeologi jelas menunjukkan manusia pada zaman prasejarah sudah membangunkan kehidupan bermasyarakat dengan menggunakan kreativitinya bagi kegiatan harian seperti memburu, bercucuk tanam, berkomunikasi, berpolitik dan beriadah yang sesuai dengan tuntutan pada zaman itu. Sesungguhnya, manusia sejak zaman prasejarah, pertanian, perindustrian dan teknologi maklumat sudah dapat membina peradaban dan ketamadunan yang sangat hebat dan gemilang seperti tamadun Yunani, Rom, China, India, Euphrates dan Islam. Malah pada awal abad ke-21 ini, kreativiti manusia masih tidak dapat ditandingi oleh makhluk-makhluk lain. Biarpun, alaf baru ini ditandai dengan ‘budaya teknologi komunikasi maklumat’ atau ringkasnya ICT, namun komputer tidak dapat berkreasi seperti mana menurut Pablo Piccaso, “Computers are useless, they
only give answers.”

Dalam perspektif Islam, kreativiti diberi tempat yang amat tinggi dalam
kehidupan. Kreativiti adalah sifat yang dibekalkan kepada khalifah
Tuhan di muka bumi ini. Tanpa potensi ini, manusia tidak dapat menjalankan tugasnya mengurus dan mentadbir alam ini. Dalam sejarah Islam, banyak tokoh yang dapat dikaitkan dengan kreativiti ini seperti Nabi Muhammad, Omar, Salman al-Farisi, Abu Ubaidah, Salahuddin al-Ayubi, Ibnu Sina, al-Mawardi, Ibnu Rushd dan ramai lagi. Sumbangan mereka dalam pemikiran kreatif amat banyak dan sejarah dunia mengakui kehebatan mereka ini.

Menurut Abd. Ghani (1995); “Dalam dimensinya yang positif maka ciri
pemikiran kreatif memang digalakkan oleh Islam. Hal ini dapat dilihat
umpamanya dalam galakan Islam supaya ilmuwan umat Islam berijtihad
menghasilkan hukum-hukum agama terhadap perkara-perkara baru yang tidak pernah wujud pada masa dahulu. Kendatipun hukum yang dihasilkan bukan perkara baru, namun usaha menghubungkan hukum tersebut dengan sesuatu yang baru tetap dianggap ijtihad baru oleh seseorang yang akan diberi ganjaran dua pahala jika menepati kebenaran. Sebaliknya akan diberi satu pahala jika ia salah atau silap.”

Islam meletakkan kebolehan kreatif sebagai suatu kebolehan yang asasi
yang ‘dipinjamkan’ oleh Tuhan. Orang Islam harus menyedari hakikat Tuhan dan hakikat kejadian dirinya sebagai ‘khalifah’ di muka bumi ini.
Kebolehan kreativiti yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia adalah amanah yang wajib dipikul dan dipertanggungjawabkan. Hamka dalam bukunya, ‘Falsafah Hidup’ mengingatkan umat Islam bahawa “segala sesuatu yang baru ditemui oleh manusia sebenarnya adalah sesuatu yang tidak diketahui dan tidak ditemui oleh manusia sebelumnya…” Manusia sebenarnya tidak berkuasa ke atas segala sesuatu. Apa yang dianggap oleh manusia sebagai penemuan baru, penciptaan kreatif dan idea alternatif adalah sesuatu yang Tuhan berikan dengan izin dan kehendaknya, atas usaha dan daya kreatif manusia berfikir dan bekerja selama ini.

Islam melarang pendekatan Macheavellisme iaitu matlamat menghalalkan cara dalam berkreativiti. Falsafah Machiavellisme meleraikan kreativiti dengan konsep ketuhanan. Apa yang penting kreativiti mampu mencapai matlamat yang diinginkan. Segala idea dan reka cipta yang dihasilkan mestilah berlandaskan hukum Islam. Islam tidak membenarkan sama sekali kreativiti disalahgunakan untuk kepentingan peribadi atau merosakkan alam ini. Islam turut melarang bermegah-megah, menunjukkan kehebatan diri dan takbur dengan apa yang dihasilkan. Tuhan mengingatkan kepada sekalian makhluk khususnya manusia, bahawa Tuhan tidak dijadikan mereka dan isinya
hanya kerana untuk sujud dan patuh kepadanya.

Islam juga menolak kreativiti yang dilakukan dalam perkara-perkara
dasar dan teras yang melibatkan hukum yang telah disahkan oleh Tuhan
seperti rukun Islam dan rukun iman. Islam juga menolak falsafah pemikiran barat seperti pragmatik, utilitarian, relativistik, intuisme dan skeptik kerana ia jelas tidak meletakkan Tuhan pada tempatnya. Kesemua fahaman ini mengagung-agungkan kebolehan akal secara total. Asas kreativiti yang terbentuk daripada isme-isme ini tidak lebih daripada untuk kepuasan diri dan keseronokan di dunia sahaja. Di barat misalnya, kesedaran terhadap kreativiti yang mempunyai roh etika semakin diberi penekanan.

Walaupun ia tidak bersifat menyeluruh, namun kesedaran ini turut memberi kesan kepada tanggungjawab manusia ke atas alam dan Tuhan semakin diberi perhatian. Cattell dan Butcher (1968) misalnya melabelkan kreativiti yang tidak beretika ini sebagai ‘Pseudocreativity’. Begitu juga dengan McLaren (1993) yang menyatakan kreativiti yang memusnahkan alam dan manusia lainnya dianggap sebagai ‘the dark side of creativity’. Menurutnya lagi, kreativiti ini seperti toksik yang membunuh alam dan manusia secara sengaja.
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |