Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Berjumpa laie dsantai dengan post barunya setelah hampir penuh blog ni dengan sawang dan debu.Di tanya kenapa la malas sangat update blog. Bukannye malas, cuma tak nak update. :) sebab? entoh.. mungkin salah satu sebabnye terlalu sibuk* (wahh helah bela diri stail orang dulu-dulu). Sekarang kan dah dunia facebook.. manelah orang berminat sangat nak bace blog ana nih. kekadang istilah blog pon dah hilang dari fikiran sahabat-sahabat kite..

Blog? sejenis biskut kah itu?
Taklah.. sejenis basikal...
OOoo.. baru tau..

Facebook ni bukan kate anak-anak remaja cam ana nih (Ceh! perah santan). Bahkan budak-budak sekolah rendah.. dan tak lupe jugak makcik-pakcik di kampung. Meriah sungguh! ade bagusnya facebook ni.. leh jumpe balik kawan-kawan lame yang terpisah jauh.. kawan-kawan sama sekolah yang berpuluh tahun tak jumpa..

Waaaahh.. Ko makin gemuk Siooot
Waa.. ko makin cun siooottt...
Waaa... ko... errr tak berubah-ubah lagi?


Sebut pasal ubat analah orang yg paling tak suke makan ubat. even kalau gi sepital pon biarlah kene cucuk dari makan ubat.. ubat yg dr kasik tu selalunya masuk dalam tong sampah jerk..

tapi setelah peperangan di gaza ana jadi insaf... terus suka makan ubat! huhu sebab apa.. di gaza mereka sedang kekurangan ubat. banyak insan-insan yang tidak berdosa mati akibat tidak mendapat ubat-ubatan yg sepatutnya.. tapi kita?
kumpulan artikel 2 Catatan Tambahan | |
Gambar Hiasan

Setelah seharian Kapal itu berlayar, akhirnya ia pulang semula ke perlabuhan, adapun yang tiada pulang ke perlabuhan, barangkali ada 2 kemungkinan. Yang pertama, barangkali kapal itu karam di tengah lautan dan yang kedua barangkali kapal itu hilang entah berantah. Mungkin saja di terus-terusan dibuai ombak kerana kehabisan minyak atau barangkali di tahan dek lanun sepertimana yang telah menimpa syarikat perkapalan MSE yang dirampas lanun di teluk eden.

Begitulah juga hidup manusia, mengembara di dunia yang serba mencabar ini, ada yang tidak ubah seperti kapal yang kehabisan minyak. terhuyung hayang, ke kiri ke kanan, Maju dan mundur.. menunggu saat untuk karam.. atau mungkin saja hanyut sehingga ke pantai. Dan pasti juga ada kapal yang telah nyata karam di tengah lautan.

Maka berdoalah mereka yang sedang berlayar di lautan,

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani., Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dan pastinya, Allah swt pemilik doa yang dibaca akan mengurniakan apa yang di pinta. Hal ini telah di beritahu kepada para pelayar sebelum para pelayar memulakan perjalanan.

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Tetapi, alangkah ruginya. Hanya sebahagian daripada mereka memohon. Maka hanya mereka yang memohon sahaja mendapatinya, melainkan dengan izinNya.

Lalu pelayar yang tidak bermohon dan berdoa terus dibawa ombak.. hanyut di pukul arus.... badai yang kuat menghempas sehingga hancur luluh badan kapal yang membawa mereka. Lantas kapal yang dinaiki sedikit demi sedikit karam. Para pelayar masih sibuk membaiki sehingga mereka terlupa akan pemilik segala doa, pemilik ombak dan badai, pemilik segala lautan. Mereka sibuk merancang strategi, mesyuarat tergempar dilakukan.. berbagai teori digunakan untuk menyelamatkan kapal mereka.. tetapi....

Mereka merancang, Allah merancang dan sesungguhnya perancangan Allah mengatasi perancangan mereka.

Lalu tenggelamlah kapal Van Der Wijck II, Satu persatu anak kapal menghembuskan nafas... diiringi suara teriakan yang keras.

رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

tetapi sayangnya teriakkan itu tidak lagi bisa membaiki kapal yang sudah karam dan Nyawa yang telah hilang.

namun ada juga seorang dua yang di ambang kematian. Maka dengan nyawa tersisa, mereka lantas tunduk dan sujud kepada pemilik segala doa lantas berdoa

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 


Maka, dengan rahmat dan kasih sayangNya selamatlah mereka dari lemas di lautan.

Pengertian.
Sebagai manusia yang tidak serba kekurangan, Sudah pastinya kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Oleh yang demikian seharusnya kita sentiasa memohon taubat (walau sebesar manapun dosa mu kepadaNYa) selagimana tersisa kesempatan, sebelum ajal nan tiba meragut peluang yang ada. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka.

Taubat ini bukanlah hanya sekadar lafaz secara lisan tetapi dengan sebenar-benar taubat dengan bertekad bersungguh-sungguh di dalam hati bahawasanya kita tidak lagi akan melakukan kesalahan atau dosa tersebut.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.. At Tahrim:8

Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha pengasihani. Sekalipun begitu banyak dosa yang telah dilakukan, namun sekiranya kita benar-benar ikhlas dan jujur bertaubat kepadaNya nescaya akan diberi kepada kita pengampunan, InsyaAllah.

Sementelah itu, janganlah pernah rasa penat dan lelah dalam memohon hidayah dan petunjukNya. Tetaplah anda dalam melakukan solat dan titah perintahNya dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, Allah tidak pernah sesekali membiarkan hambaNya yang soleh dalam kedukaan, melainkan untuk memberi rahmat.

Selamat Pulang Ke Perlabuhan! Allahuakhbar!

Wallahualam
09:35 191008
Hentian Bas Larkin, Johor




Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar sahabat2 dsantai sekelian. dah lama yerk ana tak mencoret di blog ni.. dah bersawang mawang... bersempena nak sambut raya 6 esok.. maka dsantai telah berubah wajah pada hari ni. Ana start renovate blog ni selama.. dan Alhamdulillah dah siap hari ni.. cumanya bahagian gambar kat bawah belum update.. so nak maklumlah.. gambar kat bawah tu bukan dari koleksi ana.. so kiranya terjumpa gambar bukan2.. ana minta maaf.

Baik berbalik kepada topik kali ni.. "Bukan Maksum".Seperti yang kita sedia maklum bagi kita ahli sunnah wal jamaah, kita beriktikad bahawasanya tiada seorang pun manusia didunia ini adalah maksum kecuali Rasul. Namun bagi golongan yang memegang mazhab akhidah syiah, bagi mereka imam-imam mereka juga adalah maksum.

Maksum bererti suci dari sebarang kesalahan dan dosa. Selain daripada rasul, tiada siapa pun terlepas dari kesalahan baik yang besar mahupun yang kecil sekalipun ia bergelar Ayatollah, Sheikh, Dr. Tuan Guru. Ustaz, Ustazah, Kiyai Tan sri, Puan Sri, En. Cik. Puan, Tuan, Dato, Datin, Raja, Tengku hatta apa sekalipun gelaran dihadapannya.

Sebagai contoh Si polan bin si polan atau si polanan binti si polanah yang sememangnya terkenal dalam bidangnya. Hampir apa sahaja yang dikatakannya akan diterima oleh mereka yang mengkaguminya meskipun apa yang diucapkannya itu kurang tepat ataupun salah.

Sepatutnya kita sebagai manusia yang waras, seharusnya mengkaji dahulu apa yang diperkatakan oleh individu tersebut. Cuba buat rujukan dengan individu yang lain yang turut pakar dalam bidang berkenaan Sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau salah. sekiranya salah, maka seharusnya kita berlapang dada dan menerima hakikat bahawasanya individu yang kita kagumi itu telah melakukan kesalahan.

Ingatlah sesungguhnya kepandaian, ilmu manusia itu semuanya datang dari Allah, kita berhajat kepadaNya sedangkan Ia tidak berhajat akan sesuatu pun.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqoro' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesunggguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" Fatir: 15

Sahabat-sahabat Dsantai,

Ingin sekali ana mengajak sahabat-sahabat membuka minda dan mengikis sikap ini yang sudah menebal di dalam diri. Seharusnya kita berfikiran terbuka khususnya dalam menerima hakikat tentang sesuatu perkara. Antara lain, apabila ada mereka yang menegur akan kesalahan individu yang kita kagumi, maka seharusnya kita kaji dengan mendalam, apakah teguran yang dibuat berasas. Sekiranya berasas maka terimalah dengan hati terbuka. Usalah di pertikai mereka yang menegur tersebut. Begitu juga sekiranya teguran itu dilakukan oleh mana-mana individu ke atas kita, maka sekiranya ia benar.. hendaklah kita menerimanya dengan berlapang dada.

Sebagai contoh;

Sedang asyik anda "berehat-rehat" di suatu taman bersama teman wanita, lalu datang seorang wanita lalu menegurmu

"Dik, kat sini tempat awam, tak elok macam ni"

Janganlah anda balas sebegini.

"Alah..perempuan... tak payah nak tegur la.. ko cermin la diri ko tu dulu..ko pon 2 X 5. macam la ko alim sangat. bla.. bla.. bla.."

Seharusnya anda terima teguran tersebut. Meskipun perit dan pahit, telanlah.. itu lebih baik untuk anda daripada anda membalas dengan ucapan-ucapan sebegini. Paling tidak, berdiam lah.

Begitu juga, jika dikatakan;

"Sheikh, ana rasa _______ tu salah la.. bukan macam tu.. sebab yang ana belajar"

Maka janganlah anda terus menjawab

"Alah.. ko jangan dok pertikai la.. dia tu pakar dalam bidang dia.. takkanla dia tak tahu apa yang dia cakap?" " Bukan salah... ko yang tak paham.. apa standard ko nak pertikai dia?"
"Alah.. ko tu dengki.. sebab tu ko tuduh dia bukan-bukan"

Sepatutnya kita berkata begini:

"Erm.. mcm tu ye, ana pon tak pasti jom kita tanya _________ yang jugak pakar dalam bidang nih"

Ingatlah

Meskipun siapa pun dia, walau sepakar mana individu terbabit didalam bidangnya, maka ingatlah bahawasanya beliau bukanlah maksum.

Meskipun siapa pun dia, sekiranya beliau melakukan kesalahan, maka terimalah kedaifan yang ada padanya.

"Pangkat dan gelaran" bukanlah lesen untuk menjadi maksum.

Sekian,
Sani Ahmad,
02:22 161008

p/s malam ni ana bertolak ke Johor Bahru, doakan keselamatan ana ye!



Assalamualaikum. Apa khabar sahabat2 dsantai. Harap2 tu sihatlah ye.. Apa2 pon sebelum terlupa, ana nak ucapkan selamat menyambut nisfu syaaban. Wah tinggal berapa hari lagi nak sambut ramadhan ye.. dah bertambah bersemangat nih..

Sekarang nih ada di Kelantan. Sepanjang cuti ni, dan InsyaAllah lepas cuti ana akan kembali ke Perak. Ingat petang nih nak ke KB Mall kejap. Nak gi beli buah kurma dengan air zam-zam kengkawan order. Pastu nak gi kedai spek mata. Spek mata ana dah longgar, nak peketat pastu nak survey bingkai baru.. Nak buat spare incase spek dok ada ni jahanam.

Bagi orang2 yang rabun mcm ana nih.. spek mata antara barang yang penting dalam hidup. Kalau xde spek.. mak aih.. pening kepala. Nak buat kerja apa pon tak jadi. Kekadang bila misplace spek mata tuh… mula lah melilau cari.. macam si buta cari tongkat. Cari punya cari.. sekali prak! Terpijak! Ha.. jumpa pun!

Dulu masa sekolah. Suke sangat tengok orang pakai spek mata. Nampak educated lah.. Nampak comei lah.. macholah.. la nih dah pakai baru tau.. beta seksanya pakai spek mata. Spek mata nih nak kena jaga elok2. kalau jahanam.. jenuh.. xnampak. Pastu kalau xpakai spek mata masa buat keje bleh kena migraine. Dah tu bila drive time malam.. nak-nak pulak hujan… adeh.. jenuh sakit mata.. silau… kene pulak yg kete datang dari depan tu pakai lampu putih.. fuhhh! Ade sesetengah tu plak lupa nak rendahkan lambu bile berselisih ngan kita.. fullamak! Nak terjojol bijik mata.. nak jerk jentik lampu kete tuh… Keluar kete… berkabus jerk spek. Huhu… rupa2nya pakai spek mata nih xlah semacho yang disangka kan!

Jadi kepada mereka yang xpakai spek mata.. xpayah la nak cuba-cuba nak pakai spek mata sekiranya anda bukan dari golongan rabun! Pakai spek mata bukanlah semacho yang anda sangkakan.. Hargailah mata anda… sebut pasai mata nih.. ana teringat lagu lama-lama

Dari kerana mata,
Yang mempunyai kuasa,
Oh… aku tergoda
Aku tergoda terkechiwa,
Dari kerana mata….

Lagu sape tah? Tak ingat. Cumanya apa yang dikatakan dalam lagu tu memang benar. Mata ni sebenarnya mempunyai kuasa magnet yang kuat. Nak-nak pulak tengok yang bende salah/haram..

“Ala ustaz, pandangan kali pertama rezeki”
"Uih.. banyak la rezeki enta! Pandangan kali pertama tuh hanya sekadar melepaskan enta dari berdosa."

Terdapat beberapa ayat al-quran dan hadith berkaitan dengan suruh jaga pandangan nih..

Allah swt berfirman di dalam Al-Quran

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah An-Nur, Ayat: 30)

Di dalam ayat nih.. Allah swt memerintahkan setiap orang lelaki beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada dok tengok benda-benda haram. Ini bersesuaian dengan fitrah lelaki yang mudah terpandang.

Eh bang.. jarangnya kain perempuan tuh… Ujar salmiah kepada Halim

Err… ? kelu lidah Halim sambil memandang kearah wanita yang dimaksudkan isterinya.

Dengan pantas jari isterinya singgah di peha Halim. Eh. Abang nih gatal lah.. tengok perempuan pakai seksi!

Adoi! Ape pulak? Halim terpinga-pinga dengan perbuatan isterinya.. Dah awak sebut, saya tengok la.

Ala.. abang tuh memang gatal.. pantang perempuan seksi!

pulak? Jawab halim sambil menggaru-garu pelipisnya yang tak gatal.

p/s kalau akak2 dah tengok bende2 mcm tu.. diam-diam jer lah.. janganla kasi tau ngan cik abang.. nih nak citer jugak.... pastu dia tengok... dah marah pulakk? isk!

Hal menahan pandangan ini bukan sahaja pada lelaki ye. Perempuan pon same ye! bahkan lebih daripada itu.. Jangan wat tak tahu.. Sambung baca Surah tadi pada ayat yang ke 31 pulak.

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ha... tu dia.. rasanya tak perlu ulas.. sekali baca pon dah boleh paham. Tapi ada jugak yang bertanya.

Ustaz, pasai pa ayat mengenai menahan pandangan bagi perempuan ia di ulas lebih detail berbanding lelaki?

Wallahualam... Cumanya ada ulama mengatakan bahawasanya perempuan ni, tubuh badannya, pergerakkannya, hiasannya, bauannya dan apa sahaja mengenainya mempunyai daya tarikan yang sangat kuat. Oleh yang demikian, ayat berikut memperjelaskan kepada kaum hawa agar mereka memelihara batas2 yang telah ditetapkan supaya mereka menjadi manusia yang berjaya di sisi Allah.


p/s daripada ayat ni, kita nampak bahawasanya Islam menitikberatkan akan maruah kaum wanita agar mereka menjadi manusia yang mulia. Bahkan ada ayat yang dinamakan wanita (An-Nisa') surah lelaki (ar-rijal) xde! so xmasuk akal sekiranya ada sesetengah orang mendakwa Islam diskriminasi terhadap wanita!

Sahabat2 dsantai sekelian,

Adalah tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan Mata antara punca perlakuan maksiat. Jarang kita dengar orang buta merogol atau mangsa rogol adalah daripada mereka yang menutup aurat dengan sempurna.

"Eh orang pakai tudung ada pa yang kene rogol!"
Lah? kan ana kata yang menutup aurat dengan sempurna. Kalau sekadar bertudung tapi pakaiannya Pergh! tak ingat! tak dikira sebagai menutup aurat dengan sempurna!"
"owh?"

Nabi Muhammad saw, Nabi yang dikasihi dan dicintai pernah bersabda;

“Sesungguhnya pandangan mata itu adalah salah satu panahan (panahan Iblis) yang amat berbahaya. Sesiapa yang menundukkan pandangan matanya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan mengisi hatinya kemanisan iman.” – (Riwayat Tabrani)

Daripada hadith nih, jelas mengatakan bahawa pandangan mata nih adalah panahan Iblis yang amat berbahaya. Oleh yang demikian, hendaklah kita jaga elok2 kedua bijik mata yang Allah kurniakan kepada kita nih agar tidak di sasarkan kepada benda2 yang tidak Hak baginya. Antaranya,

menatap (dengan perasaan) gambar2 awek/pak we di dalam friendster, myspace, blog dan sebagainya.

menonton video2 yang "mengarut" di dalam youtube, google video dan sebagainya.

Menonton Sukan Olympic bagi acara terjunan, angkat berat, gymrama dan sebagainya yang mana para peserta mengenakan pakaian yang bisa merosakkan Iman!

Menonton citer-citer yang xsenonoh kat TV. Citer melayu pon dah "boleh tahan" sekarang nih.. aksi ranjang, rogol, asmara... Hisss pakaian plak.. mak aihh!

p/s Janganlah bazirkan air mata anda dengan menagis disebabkan tengok citer hindustan, citer indon, citer melayu dan sebagainya. Baek simpan air mate tuh dengan menagisi dosa-dosa yang telah dilakukan, kerana mata-mata yang menagis kerana takutkan Allah, kerna inginkan keredaan Allah, kerana keinsafan nescaya tidak akan disambar api neraka!

Gunakanlah mata ni untuk menatap keindahan Bumi, alam semesta yang dijadikan Allah seraya berzikir, bertahmid memujiNya. Jadikan mata sebagai sumber perolehan pahala bukannya mata sebagai saluran penyumbang utama dosa, kerana bukan atas itu tujuannya di cipta. Jadikanlah apa yang dipandang itu mengingatkan kita kepada Allah swt! serta Rasul tercinta.

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Patutnya;

Tengok banggunan pencakar langit- Subhanallah, hebatnya Allah yang menciptakan akal manusia sehingga berupaya mencipta banggunan setinggi ini.

Tengok Kereta mewah- Subhanallah, Pemurahnya Allah yang menjadikan manusia ini kaya sehingga mampu memiliki kereta semewah ini.

Kan elok?


Wallahualam.
...................................................................................

Jom Join RakanUsrah.Com
kumpulan artikel , 0 Catatan Tambahan | |
Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar semua sahabat Dsantai sekelian. Moga-moga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Alhamdulilah bersyukur kita atas kurniaan nikmat iman dan Islam kepada kita. Kali ini kita akan berdiskusi mengenai topik Bulan Seribu Peluang yakni Bulan Ramadan yang diberkati.

Bulan Ramadan adalah bulan yang diperintahkan ke atas kita berpuasa sebagaimana dalam firmanNya

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 183)

Sebagai orang yang beriman, Bulan puasa seharusnya tidak dilihat sebagai bulan yang mengongkong atau menafikan hak sebagai seorang manusia. Tetapi Bulan Ramadan seharusnya dilihat sebagai bulan seribu peluang.

Ya! Seribu peluang..

Telah mana kita ketahui, Bulan Ramadan padanya diikat Iblis dan Jin yang sebelum ini menggoda manusia melakukan keingkaran kepadaNya. Hawa Nafsu pula dapat dikawal paling tidak sedikit lantaran kita dalam keadaan puasa. Demikian, sedikit sebanyak memberi peluang kepada kita untuk membersihkan diri dan mendekatkan diri pada Allah.

Seorang Perokok, yang merokok tidak kurang 40 sehari dapat mengekalkan mengurangkan jumlah batang rokok di hisap lantaran berpuasa di siang hari.

Seorang yang "jauh" daripada masjid dan surau, tetapi dibulan Ramadan, mereka mula mendekatkan diri dengan rumah Allah berlumba-lumba untuk mendapatkan bubur lambuk, moreh Keredaan Allah dengan melakukan ibadat Solat Terawikh, berzikir, bertadarus dan sebagainya.

Ini juga memberi peluang dengan mereka yang ingin mengaut keuntungan pahala sunnah dengan menjalankan perniagaan di Bulan Ramadan atau berpakaian mengikut sunnah, berjubah, berserban dan sebagainya demi mendapatkan pujian fadhilat sunnah.

Di bulan ini juga, merupakan peluang bagi mereka yang mempunyai perselisihan faham untuk menyelesaikan tentang apa yang diperselisihkan. Ini kerana lazimnya seseorang itu mudah marah memaafkan kesilapan, kesalahan atau perselisihan yang berlaku lantaran tidak mahu merosakkan pahala puasanya.

Ini hanyalah sedikit daripada seribu peluang yang terdapat di dalam Bulan Ramadan. Tinggal lagi, sama ada kita menafaatkan peluang dari sudut yang baik atau yang buruk. Adapun telah berkata Tuan Guru kami, " Seseorang yang tiada berubah sikap di Bulan Ramadan, Maka pastinya sukar akan dia berubah di bahagian (bulan) yang lain"

Marilah kita berlumba-lumba menyediakan persiapan selengkapnya bagi menyambut bulan seribu peluang ini. Jangan tunggu tibanya bulan ramadan baru nak buat persiapan. Mulakan persiapan dengan berpuasa beberapa hari di bulan ini, pada hari Isnin dan Khamis. Perbanyakkan solat Malam, berzikir dan sebagainya agar kita tidak merasa penat atau lelah ketika tibanya bulan Ramadan yang diberkati.

Wallahualam



Tidak lama dahulu, ada seorang lelaki bernama Lebai Malang tinggal di sebuah pulau. Lebai Malang sangat dihormati oleh masyarakat di situ. Lebai Malang tinggal bersama tiga orang anaknya. Pada mulanya mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tetapi beberapa tahun kemudian, cara Lebai Malang membesarkan anak-anaknya berubah.

Anak Lebai Malang yang sulung bernama Harba. Harba dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang.Ia tinggal di rumah sahaja. Sayangnya kepada Harba ini sehinggakan Lebai Malang menyediakan inang pengasuh dan pengawal bagi menjaganya sepanjang masa. Lebai Malang tidak sekali-kali mengizinkan Harba keluar daripada rumah. Beberapa tahun kemudian, jadilah Harba seorang anak muda yang kacak, tampan, segak tetapi manja.

Anak Lebai Malang yang tengah bernama Kaker. Sama juga dengan abangnya, Lebai Malang membesarkan Kaker dengan penuh kasih sayang. Dia diberikan makan dan minum secukupnya. Kaker sangat dihormati dan Lebai Malang sering mengadakan majlis jamuan bagi meraikan Kaker. Oleh itu, hiduplah Kaker dengan penuh kegembiraan. Lebai Malang juga sering membawa Kaker berjalan-jalan, mengambil angin di sekitar pantai pulau yang indah itu.

Anak Lebai Malang yang bongsu bernama Amsal. Pada mulanya, Lebai Malang mendidik Amsal sama seperti abang-abangnya. Tetapi tidak lama kemudian, Lebai Malang berubah hati. Lebai Malang tidak ambil peduli pada Amsal. Amsal dibiarkan hidup bersendirian.Amsal hidup terkontang-kanting melarat mencari sesuap nasi. Dia selalunya merayau di tepi pantai dan sekitar pulau itu. Badannya kurus kering dan pakaiannya compang-camping. Lebai Malang sedikit pun tiada belas kasihan dan ambil peduli pada Amsal. Ada juga orang-orang kampung cuba menasihati Lebai Malang tetapi Lebai Malang tetap dengan cara hidupnya. Seluruh masyarakat kampung hanya mampu menggelengkan kepala dan menaruh simpati kepada Amsal.

Pada suatu hari, Lebai Malang menerima titah raja. Duli Yang Mulia Paduka Raja di Tanah Besar menitahkan Lebai Malang datang ke istana bagi menerima anugerah. Kerana titah raja itu, Lebai Malang pun sibuk membuat persiapan hendak menghadap raja.
Lebai Malang merasakan dia tidak kuat dan tidak mampu hendak belayar menempuh lautan luas. Oleh itu, dia menemui anaknya yang tua, Harba.

“Anakandaku Harba, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima Anugerah DiRaja. Sudikah anakanda menemani ayahanda?”

“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diberi pelajaran ber-kenaan pelayaran. Anakanda hanya dibesarkan di dalam rumah ini sahaja dan tidak pernah sekali pun keluar ke mana-mana. Anakanda hanya boleh menghantar ayahanda di pintu rumah sahaja?”

Lebai Malang tidak berputus asa.Dia pun berjumpa dengan anaknya yang kedua, Kaker.

“Anakanda kaker, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima anugerah. Sudikah anakandaku menemani ayahanda ke sana?”

“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diajar cara-cara belayar meredah lautan luas. Anakanda hanya dibesarkan di pulau ini sahaja, malah anakanda tidak pernah belayar keluar dari pulau ini. Tetapi, anakanda boleh menghantar ayahanda hingga ke pangkalan sahaja.”

Lebai Malang sangat kecewa dengan sikap kedua-dua orang anaknya.
Lebai Malang tidak putus asa. Dia teringatkan seorang lagi anaknya yang sudah lama tidak dipedulikan. Lebai Malang pun turun ke pantai mencari anaknya, Amsal.

“Amsal, Amsal!”

“Anakku Amsal… di mana kau, Amsal!”

“Di sini ayahanda, ada apa ayahanda?”

“Anakandaku Amsal, maafkan ayahanda. Ayahanda sungguh menyesal sekarang. Kau kurus kering, nak. Cuba lihat, badanmu penuh kudis, kotor, pakaianmu compang-camping. Mengapa kau begini, nak?”

“Tak mengapalah, ayahanda. Anakanda gembira dapat berjumpa dengan ayahanda. Sebenarnya, apa tujuan ayahanda mencari anakanda?”

“Begini, Amsal. Paduka Raja dari Tanah Besar menitahkan ayahanda menghadap bagi
menerima anugerah. Kedua-dua abangmu tidak sanggup membantu ayahanda. Bolehkah anakandaku Amsal menolong ayahanda belayar ke Tanah Besar?”

“Syukurlah ayahanda. Tetapi ayahanda, anakanda ini kurus kering, kotor dan tidak bertenaga. Demi kasih sayang anakanda kepada ayahanda, anakanda sanggup berkorban menghantar ayahanda menghadap Paduka Raja.”

Pada hari yang ditetapkan, berangkatlah Lebai Malang dari rumahnya hendak belayar.Ramai kaum keluarga yang mengiringi dan menangisi pemergian Lebai Malang . Seperti yang dijanjikan, Harba hanya menghantar ayahnya di muka pintu, Kaker pula hanya menghantar sehingga ke pangkalan sahaja.

Lebai Malang belayarlah bersama anaknya, Amsal menuju ke Tanah Besar. Lebai Malang sangat kasihan kerana anaknya Amsal yang kurus kering itu berusaha sedaya upaya berkayuh menongkah arus dan membelah badai. Lebai Malang cuba membantu namun apakan daya, dia sudah tua. Sesudah beberapa lama belayar, tiba-tiba angin ribut turun menderu-deru dengan gelombang yang besar. Amsal dengan penuh taat dan khidmat berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan perahu ayahandanya. Tetapi, kekuatan Amsal tidak sekuat gelombang dan badai itu. Tiba-tiba, gelombang yang mengganas tanpa belas kasihan itu melambungkan perahu Lebai Malang lalu terhempas ke batu karang. Perahu Lebai Malang hancur berkecai. Lebai Malang terapung-apung dibawa arus.

Malang sekali nasib Amsal. Dia karam, lemas dan hanyut entah ke mana. Tidak lama kemudian, Lebai Malang terdampar di tepi pantai. Lebai Malang sangat sedih apabila mengenangkan anaknya Amsal yang karam dan lemas di lautan. Tetapi apakan daya, Lebai Malang juga tidak dapat menyelamatkan Amsal.

Dengan penuh kepayahan dan kesedihan, Lebai Malang pun meneruskan perjalanan bagi menemui Duli Yang Mulia Paduka Raja

Tamat...

"aik? dah tamat?"
"yerp.. dah tamat.."
"herm.. apa yang cube di sampaikan dalam posting kali ni yer? mcm tak faham lah..."
"Owh.. memang tak faham... sebab anta tak tahu watak sebenar citer nih?"
"Owh? watak sebenar?.. ape watak sebenar derang?.."
"Watak sebenar bagi Lebai Malang adalah diri awak sendiri, Harba sebagai Harta Benda, Kaker sebagai Kaum Keluarga, Amsal sebagai Amal Soleh, Datuk Bendahara sebagai Malaikat, dan Paduka Raja sebagai Tuhan..."
"erm?... eh.. kejap.. kejap.... owh... baru ana faham.."

Catatan: Teks ini sebenarnya adalah satu modul LDK untuk brainstroming. Dimana setiap kumpulan di beri teks ni dan buat rumusan pasal teks tu.. then present dalam sesi bengkel... Jangan bagi tau awal2 pasal watak sebenar tuh.. At the end baru Ketua Fasilitator bagi tau watak sebenar bagi setiap watak di dalam teks tuh.. dan sedikt ulasan berbentuk tazkirah ringkas mengenai Amal Soleh yang dikerjakan di dunia nih.




"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu..
gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.

ok bersedia?

BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan...

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?

Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?

Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...

OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?

errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??

10 sen..

baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?

Lebih..

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??

peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??

para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...
suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??
ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...

dah..
jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?

er.. dah ustaz suruh?

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?

hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...

dah peluk...? soal ketua fasilitator

dah. jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"


"tak pe lah..

lah... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..."
para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

-Tamat-

p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.

Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..

Perhatian:

1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit

Selamat Mencuba!
Samdol: Assalamualaikum Dol
Mamat: waalaikumsalam.. ehh.. ko samdol..

Riak wajah Mamat menunjukkan sedikit kegusaran ,Mamat kelihatan seolah-olah bersiap untuk membuka langkah seribu. Si Samdol ni memang terkenal dengan kaki pukul. Setiap kali berjumpa dengan di Mamat pasti dibelasahnya dengan kayu hoki.

Samdol: eh Mamat.. jangan la lari.. aku datang ni bukan nak pukul ko!
Mamat: err.. yer ker? Errr abis tuh?
Samdol: alah.. aku dating ni nak mintak maaf.
Mamat: sebab ape lak?
Samdol: ye lah, aku selama ni selalu buli ko, aku pukul dengan kayu hoki. Sekarang aku dah insaf, aku mintak maaf sangat-sangat.

Dengan wajah yang sedih dan penuh keinsafan.. Samdol memohon maaf kepada Mamat

Mamat: Alhamdulillah.. syukurlah kau dah insaf.. aku maafkan kau samdol. erm.., eh.. yang ko bawak kayu hoki tu lagi nak buat ape plak.
Samdol: Owh.. kayu hoki ni.. nak guna untuk belasah ko la kejap lagi.

Mamat terkejut mendengar kata-kata samdol..

Mamat: Eh, kan ko dah mintak maaf?
Samdol: ye lah aku dah mintak maaf..
Mamat: abis tu kenape ko nak pukul aku lagi?
Samdol: lah.. aku bukan nak pukul sekarang.. kejap lagi la.. sekarang aku nak minta maaf dulu.

Mamat terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan oleh samdol


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Ape khabar sahabat-sahabat Dsantai. Dah lama ana posting dalam blog ni. Buat masa ni ana berada di kelantan lagi. Terima kasih ler kat kengkawan dsantai yang rajin jenguk sinih.. siap bersawang tu yang tak tahan tue.. hehehe.. Ok untuk posting kali ni ana nak berbincang pasal Aturcara Majlis.

Maybe sahabat-sahabat tak berapa paham apa mesej yang cuba ana di atas. Tak per teruskan membaca.. nanti paham ler tuh.. kalau tak paham jugak.. print posting nih, rebus buat minum.. insyaAllah mesti lagi tak faham.

Meh kita baca posting kali ni yer...


Bagi memulakan majlis kita pada kali ini, marilah kita sama-sama menadahkan tangan mengaminkan doa yang akan dibaca agar majlis kita mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt

Doa pun dibaca.

Amin-amin ya rabbal alamin,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian Zapin yang disajikan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekelian
.

Ana pasti sahabat-sahabat Dsantai biasa dengan dialog pengerusi majlis seperti di atas. Selalunya mana-mana majlis rasmi akan dimulakan dengan doa memohon limpah rahmat dari Allah s.w.t setelah sahaja doa dibaca, para penonton disajikan dengan tarian, nyayian, joget, zapin dan sebagainya.

Kalau macam ana di johor, boleh dikatakan hampir setiap majlis akan ada tarian zapin yang dipersembahkan oleh anak-anak dara dan teruna. Setiap kali dia pusing, setiap kali tu la pakcik-pakcik, abang-abang perbetulkan kacing leher, perbetul songkok sambil tersegih-sengeh.

Kadang kala ana terfikir, adakah doa yang dibaca diawal majlis benar-benar memohon kerahmatan atau sekadar salah satu acara sampingan sekadar memenuhi protokol majlis? Bukan apa, selepas jerk bacaan doa, yang mana di dalam doa tersebut kita memohon keampunan, kemaafan diatas dosa-dosa dan maksiat-maksiat yang telah kita lakukan.. tapi tak sampai 5 minit kita berdoa, kita buat balik maksiat yang sememangnya dirancang (yang sememangnya telah tertulis didalam tentatif program). Sama seperti kisah si mamat dan samdol di atas.. minta maaf tapi buat lagik!

Then ade orang tanye, dah tu ustaz, tak payah baca doa ke kalau ada aturcara mcm tu lepas baca doa. Lah... sepatutnya bukan kansel aturcara baca doa, tapi yang patut kanselnyer aturcara yang maksiat tuh! Atau perbaiki agar tak bercanggah dengan syarak bukannya gi batal bacaan doanya unless kalau tak dapat diperbaiki..

Sahabat-sahabat dsantai yang dirahmati Allah,

Ana bukanlah membuat generalisasi bahawa kesemua tarian dan nyayian itu haram. Bahkan jauh sekali dari mengheret sahabat-sahabat dalam isu perdebatan khilafiayyah yang tak sudah nih. Hiburan berbentuk tarian dan nyayian ni boleh jadi harus, dan boleh jadi haram bergantung kepada 3 perkara. Iaitu penonton atau pendengar, presentor (penari atau penyayi) dan presentation (persembahan).

Di dalam satu-satu majlis, seharusnya penonton di jadikan antara fokus utama dalam acara tersebut. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ketika majlis tersebut berlangsung adalah tidak wajar. Ana suka mengambil contoh negeri Kelantan ketika menganjurkan Konsert Tautan Amal dan beberapa konsert lain. Negeri kelantan merupakan negeri yang boleh dijadikan contoh dalam perlaksanaan majlis. Di mana penonton lelaki dan perempuan bujang di pisahkan dibahagian kiri dan kanan pentas manakala yang bersama ahli keluarga dibahagian tengah. Dengan ini secara tidak langsung, ia dapat menyekat sedikit sebanyak daripada berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penonton hendaklah berada dalam keadaan sopan dan terkawal.

Presentor atau penari atau penyayi pula hendaklah tidak bercanggah dengan hukum syarak. Ada tarian yang dibenarkan di dalam Islam seperti tarian yang dinamakan sufirama dan sebagainya. Kebanyakkan tarian di Malaysia melanggar hukum syarak kerana penari-penari terdiri daripada perempuan (untuk tontonan umum / mempunyai penonton lelaki) , tidak menutup aurat dengan sempurna, boleh menimbulkan syahwat dan sebagainya. Begitu juga dengan penyayi, hendaklah menutup aurat, dipersembahkan dalam keadaan tertib dan sopan. Bagi penyayi perempuan, penontonnya pula hendaklah hanya terdiri dari kalangan perempuan sahaja.

Dan Element terakhir iaitu presentation ataupun persembahan yang mana hendaklah tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Seperti waktu persembahan, lirik-lirik dan alat muzik, kostume, dan sebagainya.

So sekiranya nak jugak adakan tarian dan nyayian selepas bace doa, kene pastikanlah element-element ni agar ia tidak dilihat seolah-olah kita mempersendakan agama dalam keadaan sedar atau pun tidak,

Wallahualam,
Salam mesre!
kumpulan artikel 2 Catatan Tambahan | |
Assalamualaikum, wah dah 15 hari tak update blog nie.. semalam (hari Isnin) baru ke rumah (Johor) setelah menempuh perjalanan hampir 8 Jam. Kaki sebelah kiri sampai hari ni masih terasa lenguh dek keadaan kerusi diatas bas yang rapat sehingga membatasi pergerakkan kaki. Mungkin bagi orang lain tak terasa sangat sempit, maybe sebab ana ni jenis golongan terlebih inci kot.. Kalau tak salah, tinggi ana 174 (ukur 4 tahun dulu). dengan badan yang semakin sihat nih.. (85 KG) dah cukup untuk ana kelihatan seperti incridable Hulk. Naseb baik la badan tak warna hijau. huhuh....

Tambah plak sekarang ni musim hujan. Cuaca sejuk sket. Bertambah kejang la rase kaki nih. Kekadang sampai terjaga tengah malam. terpaksa sapu minyak panas untuk "cool down" kan rasa kejang. Sambil tangan dok gosok kaki, mulut pulak mengeluh.. "adehh.. kejang", mata pula tak leh nak lelap.. dok berkelip-kelip menahan sakit... semua organ badan ni seolah-olah bersimpati dengan nasib yang menimpa kaki ana tuh.. teringat satu hadith Nabi s.a.w

Peumpamaan orang-orang mukmin dalam masalah kecintaan dan kasih sayang serta pertolongan di antara mereka bagaikan satu tubuh. Jika salah satu organ mengeluh kesakitan, nescaya seluruh tubuh ikut panas dan tidak dapat tidur” (Hadits Riwayat Ahmad dan Muslim)

Alangkah indah hidup kita ni kalau semua manusia macam hadith nabi nih. Susah sama-sama, senang sama-sama. hidup dalam rukun dan damai. Tak dak perasaan hasad dengki sesama kita. Cuma tu lah... payah nak cari yang macam nih. Selalunya, bila senang and enjoy same-same.. tapi bila susah.. semua blah tinggalkan kita.

dan yang paling besh tuh.. kekadang kawan baik sendiri plak tue. Depan kita, mak aih. sikit punya baik.. lidah lembut daripada agar-agar puding, tapi belakang kita.. dok hentam kita. aduhai... kenapa lah mesti macam ni?

“Ketika mereka (Muhajirin) tiba di kota Madinah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mempersaudarakan di antara Abdurrahman (bin ‘Auf) dan Sa‘d bin Rabee‘. (Sa‘d) berkata kepada Abdurrahman: “Sesungguhnya aku adalah golongan Anshar yang terbanyak harta, maka aku membahagi hartaku dua bahagian, dan aku mempunyai dua isteri, lihatlah yang mana engkau lebih tertarik daripada keduanya, lalu sebutkan namanya kepadaku, maka aku akan menceraikannya. Kemudian jika sudah habis ‘iddahnya maka kahwinilah dia.” Abdurrahman berkata: “Semoga Allah memberkati keluargamu dan hartamu, (akan tetapi) di manakah pasar kamu?” Mereka menunjukkannya pasar Bani Qainuqaa‘…” (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Kadang kala bila membaca kisah percintaan para sahabat dengan Baginda s.a.w rasa nak mengalir air mata.. rasa rindu nak berada di zaman itu. Zaman yang penuh dengan kilauan cinta suci antara kaum muslimin. Tiada istilah tikam belakang, tiada istilah hasad dengki. Semua hidup dalam keasyikkan cinta Ilahi.

Tetapi kini. Manusia hidup dalam keadaan yang sangat hampeh. Hasad dengki, tikam belakang, depan cakap lain belakang cakap lain.. dah menjadi lumrah hidup.

Ke mana hilangya haruman cinta Muhajirin dan Ansar,
Ke mana hilangnya gemersik alunan rindu para Sahabat
Mengapa dihiasi persahabatan itu dengan kalungan sifat munafik
Di hidangkan pula dengan lautan daging busuk?
Ke mana? Mengapa?

Bagaimana kiranya seandainya Allah uji kita dengan ujian yang seperti mana berlaku di Palestin. Adakah ketika itu kita akan bersatu lantas menentang musuh atau... kita seperti mereka di luar sana.. yang masih bertelagah sesama sendiri, berbunuhan, berpecah belah sampai musuh bisa mengambil kesempatan menari-nari diatas luka-luka hasil percakaran kita dan saudara kita sendiri?

Pada hemat ana, sebenarnya kita ni telah didoktrin didalam pemikiran kita dengan prinsip individualistik dan asobiah yang melampau. Kita tidak mempunyai perasaan kecintaan sesama kaum muslimin. Kita tidak merasakan semua kaum muslimin itu sebagai saudara-saudara kita.

"ah lantak la.. bukan adik beradik aku.."
"ah lantaklah.. tu keluarga dia.. bukan keluarga aku.."
"tak de kene mengena ngan aku"
"lantaklah.. tu negara dia orang.. bukan negara kita"

Sebab tu seringkali, kita terdengar ucapan-ucapan berbaur racist dan fascist. Sikap tidak ambil peduli dan lantaklah! ni harus di kikis. Juga semangat nasionalist yang membuta tuli dan juga semangat berpuak-puak yang melampau jugak harus dikikis.

Sepatutnya bagi setiap orang Islam, perlu ada semangat Win Win (menang, menang) bukan Win Lose (Menang, Kalah) sesama kita. Biar kita menang dan pada masa yang sama pesaing kita (juga kaum muslimin) tidak kalah. Tak perlu kita tindas menindas sesama kita. Suburkan cinta dan persaudaraan sesama kita. Sekiranya ada perselisihan faham dan pendapat. Kita berbincang secara elok.

فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

"Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Ali Imran (159).

dan sekiranya, kita terdengar ada orang bawah khabar yang tak elok or mengumpat. Maka seharusnya jangan la kita join sekaki mengumpat. Sepatutnya kita menasihati dan mendamaikan mereka tu. Jangan kita melaga-lagakan lagi mereka tu.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" ( Hujraat:10)

Dan ana yakin, sekiranya kita benar-benar menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam, maka kita tidak akan membuat statement atau kenyataan menghina negara saudara- saudara Islam yang lain, kita tidak akan melaga-lagakan sesama Saudara kita, Kita akan peduli dengan nasib dan penderitaan negara saudara-saudara kita.

Ayuh kita sekelian bersatu. Jangan letakkan dalam diri kita tembok pemisah antara keturunan, bangsa, suku, kaum, negeri, negara, persatuan, warna kulit dan apa sahaja. Sesungguhnya kita semua adalah bersaudara dibawah kalimah Toyyibah, kalimah syahadah.

Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.

"Kompom masuk neraka nih!"
"Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "

Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.

Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut:2

Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;

Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh)


Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas


Azmil Mustafa (Ali Setan)

Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas


Mel (ex-Vocalist Wings)

Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid


Wilma (Model dan Pelakon)

Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh



dan ramai lagi kalau nak sebut mcm noor kumalasari, wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik.

Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok... tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad saw.

Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.

Nabi Muhammad saw selalu berdoa;

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)

Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.

dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200

Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."Surah Al-Imran ayat: 139

kumpulan artikel 9 Catatan Tambahan | |
mama..mama.. ni gambar sape yer?
owh tu gambar Raja kite
Ooo.. Raje.. Hensem kan ma kan?
a'aah Hensem.. baik..., sopan santun
Mama.. mama.. kalau adik nak gi rumah die boleh tak?
Die tak tinggal di rumah la sayang.. die tinggal kat Istana..
Owh.. Istana... Istana macam dalam cite Cinderella ke mama?
Istana Raje kite lagi cantik..
Wahhh... bawak la adik gi sane..
Adik nak gi sane nak buat ape?
Adik nak jumpe Raje la.. adik nak mintak hadiah
hehe.. adik nak mintak hadiah ape?
Adik nak mintak eskrim banyak-banyak.. nak makan puas-puas..
herm.. tak abis-abis dengan aiskrim. ..
kat sane mane boleh makan aiskrim.. nanti adik kotorkan Istana.
Ala.. nanti mama tolong la cucikan..
Istana tu luas tak ma?
Aik? mama pulak kene.. herm.. Istana Mestilah luas... besar.. ade banyak bilik...
Wah.. bestnyer.. bleh la ajak upin gi sekali.. bleh main kejar-kejar..
Kat sane mane boleh main kejar-kejar la adik.. tu bukan tempat permainan.
Nanti Raje marah..

Ala... tak boleh ker?
Tak boleh.. nak gi sane.. kene pakai cantik-cantik... wangi-wangi.....
Ooo... cantik dan wangi ye..
Pas tu.. Dekat sane.. xleh lari-lari.. xleh buat kotor.. kene jage perangai.. kat sane ade pengawal jage... kalau adik buat jugak nanti ade pengawal marah adik.
Ooo... jangalah marah.. adik kan kecik lagi..
kalau adik nakal... pergi sane main-main, buat kotor, langgar peraturan.. pengawal marah la.. kalau tak.. pengawal tak marah..
Ooo.... kalau adik nak cakap dengan Raje boleh tak?
Boleh.. dengan syarat, adik kene la ikut tatatertib dan peraturannye..
Tatatertib tuh ape ma?
Tatatertib tu maksudnyer adap sopan.. sebelum cakap dengan die kene sembah dulu macam ni.. lepas tu macam ni..
Ooo.. Mama.. babah mane ma?
Babah gi terawikh..
Owh.. mama tak pergi ker?
Err.. mama cuti
Owh.. tawarikh boleh cuti ker ma?
bukan tawarikh la.. terawikh..
OOo.. terawikh tu ape ma?
Terawikh tu sembahyang la dik..
OOo jumpe Tuhan... mama.. jumpe Tuhan macam jumpe Raje jugak ker?
Tak lah adik.. Tuhan tu Raja segala Raja.. kene lagi jage tatatertib..
Ooo... Istana Tuhan kat mane ma?
Rumah Tuhan Kite tak panggil Istana tapi kita panggil Masjid atau Rumah Allah.
Oo... Yang arituh babah bawak gi ambik bubur lembuk tu ek?
Bukan bubur lembuk la sayang.. bubur lambuk..
Oooo.. tapikan ma adik tengok kat semajid ramai orang main-main.
Herm.. tu la.. sebenarnya kat Masjid tak boleh main-main. Nanti pengawal masjid marah.
Oo.. pengawal mcm Istana tu ek? tapi adik tengok tade sape pon marah..
Errm.. ader.. adik kot tak peraksan..
aa.. naper adik tengok owang kat semajid tak pakai cantik-cantik.
Herm.. tak semestinya nak gi masjid kene pakai cantik-cantik..
Tapikan kan nak jumpa Tuhan. Raje segala Raje.. mama cakap kalau nak jumpe Raje kene pakai cantik-cantik kan?.. Nape nak jumpe Tuhan tak yah pulak ma?
Err... adik. kecik lagi susah mama nak cerita.. adik.. dah mandi belom?
Adik takut la mandi sorang-sorang.
Ape nak takut kan bulan puase.. Syaitan semua kene rantai...
Ooo.. syaitan yang suke suruh orang buat jahat tu ke ma?
a'aah.. semua syaitan kene rantai..
tapikan ma.. kenape.. ramai orang jahat jugak mase bulan puase nih?
err.. tu nafsu..
Nafsu tu ape ma? Syaitan jugak ke?
Err.. bukanlah.. herm.. nanti mama citer yer.. adik ambil tuala nih.. adik gi mandi..
ala.. adik takot la.. sorang-sorang..
ok.. ok.. meh mama temankan..
Yeeee!!!

Setiap tempat mempunyai peraturan dan tatacara berurusan masing-masing. Terdapat pelbagai peraturan-peraturan yang dikenakan supaya tempat tersebut terpelihara dengan baik. Selain itu terdapat juga protokol-protokol yang dikenakan bagi menjaga imej tempat tersebut. Jika kita perhatikan di tempat seperti Istana. Terdapat garis panduan pemakaian yang disenaraikan bagi memastikan pelawat Istana berpakaian mengikut protokol yang telah ditetapkan. Undang-undang atau protokol pemakaian ini sebenarnya dibentuk bagi memastikan Pelawat berpakaian sopan. Tambahan pula Istana bukanlah tempat sebarangan yang boleh dimasuki. Ia adalah tempat tinggal Sultan ataupun Yang Di pertuan Agong. Maka tidaklah kena sekiranya anda berpakaian sembarangan untuk masuk atau berjumpa dengan Sultan atau Yang Di pertuan Agong dalam keadaan pakaian yang tidak terurus, kotor, berbau dan sebagainya.

Begitu juga layaknya dalam situasi ketika kita ke Masjid. Masjid merupakan Rumah Allah, yang mana merupakan tempat untuk beribadah dan juga hal-hal berkaitan urusan Kaum Muslimin. Masjid tidak mempunyai protokol seperti Istana, pejabat-pejabat kerajaan, atau tempat-tempat rasmi yang lain, yang mempunyai undang-undang yang agak ketat, hanya sekadar perlu memenuhi tuntuan menutup aurat. Namun begitu dari segi Nilainya adalah tidak sesuai bagi kita untuk hadir ke Masjid untuk "bertemu" dengan Allah dalam keadaan penampilan pakaian yang "serabai".


Memanglah Allah itu tidak melihat kepada pakaian kita, tetapi jika dilihat adab ketika beribadah seolah-olah dikesampingkan berbanding adab kita ketika dalam urusan-urusan lain. Mengapa ketika kita berurusan hal keduniaan kita sanggup memenuhi segala prosedur pemakaian dengan mengikuti dengan terbaik tetapi bila "berurusan" dengan Allah kita hanya bersikap sambil lewa? Adakalanya pakaian kita tidak terurus, berbau hapak, berdaki dan sebagainya, tambahan pula dengan fesyen-fesyen yang bukan-bukan. Ada yang bersubang, bergelang dan berantai (lelaki), berseluar jeans lusuh dan kotor, baju bergambar bukan-bukan.. gambar spongebob la teletubies la.. naruto la.. atau mempunyai tulisan yang bukan-bukan... Adakah layaknya pakaian kita sedemikian ketika berurusan dengan "Raja Segala Raja"? Tuhan sekelian alam? Jika kita dalam berurusan dengan orang-orang kehormat, orang-orang kenamaan, majlis-majlis rasmi, Dinner dan sebagainya sanggup berhabisan ratusan ringgit tetapi bila bertemu dengan Allah cukup dengan pakaian harian yang selekeh?

Tak kurang jugak yang berjubah tetapi selekeh, lusuh, berbau dan kotor. Bila ditanya mengapa sedemikian?"Zuduh, sheikh"

ish... ni bukan Zuhud.. ni RobinHood! Zuduh yang bagaimana sedangkan kereta bukan kereta sembarangan, sikap dengan modified lagi, dengan spoilernyer, sport rim jerk dah baratus-ratus.. tu belum dengan eksesori-eksesori tambahan lagik.. handphone plak ratusan malahan ribuan ringgit.. dan zuhud juga bukan beerti selekeh, berbau dan kotor!

Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih

Itu baru bab pakaian, belum lagi disentuk bab akhlak di dalam Rumah Allah.. yang kaki sembangnyer.. siap buat halakah (bulatan) lepas satu topik, satu topik.. then ketawa berdekah-dekah.. kecoh satu masjid.. yang kanak-kanak berlari sana sini..alahai.. best betul.. jangan pulak kite nak salahkan anak-anak tu.. namepon kanak-kanak. Macam kite dulu-dulu jugak.. sepatutnyer nojer (penjaga masjid) ler mainkan peranan.. sediakan aktiviti yg dapat menarik perhatian mereka supaye mereka tak berlari ke sana sini.. Pasangkan citer kisah-kisah Nabi dan Para Sahabat mcm citer Utusan Terakhir, Habiq dan Qabil dan banyak lagi Cd-cD yang menarik.. so atleast dieorang tak ler berlari ke sana ke sini atau ceramahkan derang pasal adab-adab kat masjid ker.. or ape2 yg dapat menghentikan hobi mereka yang suke berlari didalam masjid tuh.

Pernah di suatu tempat ketika saya berceramah di sana, Ketika itu saya mengimamkan solat tersebut. Sempat lagi makmum ketika itu main cucuk-cucuk pinggang sampai melatah-latah... Dan yang paling bestnyer bukannyer bebudak lagik.. tapi dah masuk warga emas (alahai chumelnyer..) Nah bagaimana anak-anak kecil tidak ikut contoh yang berada dihadapan mereka? Disini juga perlunya peranan imam menegur dengan berhikmah.. jangan terus di marah-marah.. silap haribulan mau balik pakcik tu then terus tak solat di surau/masjid lagik. Cakap elok-elok.. kekadang orang-orang lame nih.. die sentimentel sket.. kita cakap sket die dah paham.. kekadang bahasa kiasan pon dah ok.. tapi jangan pulak sampai menyindir.. or tegur direct.. sebab xsemua orang "lame" bleh menerima teguran "orang-orang muda", so pepandai ler.

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


Serulah kpd jln TuhanMu dgn kebijaksanaan dan pengajaran yg baik dan bantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan (jalan)yang terbaik.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dijalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk ” (An-Nahl-125)

Selain tu jugak, mereka yang pi masjid or surau ni jugak kene la jaga kebersihan.. janganlah sampai membuat kotor.. ni yang siap belasah rokok daun dalam surau.. xkurang jugak yang mengisi masa senggang dalam surau/masjid dengan mengorek cagu (cekam) kat kaki tuh.. mak aih.. macam-macam sampah keluar dari celah-celah kuku jari tuh.. siap bau plak.. alahai.. jangan la macam tu kawan.. kasihanilah lubang hidung jemaah lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda " Bahawa masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis (al-bawl) dan kekotoran, kerana ia adalah tempat untuk berzikir kepada Allah dan membawa Al-Quran " (Muslim).

Masjid ni tempat bukan untuk kita sorang.. tetapi untuk semua orang Islam. so kite tak leh la wat macam rumah sendiri.. main ikut dan jerk.. kene la ader sivic sket.. begitu jugak ketika berdiri nak menunaikan solat.. ikut shaf elok-elok.. jangan main "cup-cup" tempat lak.. asyik-asyik nak tepi dinding.. or belakang sekali.. alahai.. kene ubah perangai tuh.. then mase berdiri tuh.. pastikan kaki same.. bahu bertemu bahu... tak tahu macam mane? ha.. tengok rajah kat bawah tuh..


Luruskan shaf kalian kerana lurusnya shaf merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat (berjemaah)” (HR. Muslim)

ok.. tu jerk buat kali nie.. Takleh panjang-panjang.. kang ade gak yang muntah..
Wallahualam
kumpulan artikel 5 Catatan Tambahan | |
Untuk gilang-gemilang kalinya Ripley's percaye ke yakin? membawakan kepada anda tukang pisau handalan, Encik Meon!

"Ye cik meon, sudah berapa lama En. Meon main pisau nih?"
"dah lama dah.. sejak TV pakai lesen lagik.
"owh.. lame tuh.. jadi apa yang En Meon akan persembahkan kepada para penonton Ripley's percaye ke yakin? pada Malam ni"

"Ya, saya akan baling pisau dalam jarak 500 Meter dalam keadaan mata tertutup."
"Ya tuan-tuan.... En Meon akan melemparkan pisau ke sasaran dalam keadaan mata tertutup.

"Baiklah tuan-tuan.. dan puan-puan adakah anda yakin En Meon berkebolehan untuk membaling pisau tepat ke sasaran?"
"Tidakk..!!"
"adakah anda yakin en Meon boleh membaling pisau tepat ke sasaran.."
"Tidakk..!!"

Baiklah, bagi mengetahui sama ada En. Meon mampu atau tidak membaling pisau ke sasarannya.. Kita persilakan En Meon untuk menunjukkan aksinya.."


En Meon diiringi tepukan gemuruh dan sorakkan kata-kata perangsang dari para hadirin yang hadir di angkasapura stesen TV 69.

"Fewwiittt.."
"we lap u Meon.."
"hidup meon.."
"Abang Meon... auuww"

Kelihatan pembantu En Meon menutup mata En Meon dengan sehelai kain hitam setebal 15 inci. Manakala diletakkan dihadapan En Meon, seekor kambing yang diatas kepalanya terletak sebiji buah epal.

Bunyi Drum kedengaran.... drummmmmmmmmmmmmm.................
Semua penonton berdebar-debar menantikan balingan pisau En. Meon

dush!
Bunyi drum terhenti

Seraya dengan itu "suuuuuuuppppppppppppppppp!"
Pisau meluncur laju lalu tepat mengenai buah epal yang berada diatas kepala kambing tersebut.

Wooooooo...
fuyyyoooooo...
Fewwiiitt...

Tepukkan dan sorakkan daripada penonton tanda lega kerana pisau yang dibaling En Meon mengenai sasaran. En. Meon mengulanginya beberapa kali dengan pelbagai gaya, kuak kupu-kupu, kuak lentang, samasop berputar dan sebagainya.

Lalu pengerusi majlis pegi mendapatkan para penonton untuk bertanyakan maklum balas mereka.

"Ya Makcik, sape name makcik?"
"Ni Makcik leha.."
"owh.. makcik leha.. pandang kamera.. ye.. ha.. ni siaran langsung tau.. ok makcik leha, apa pandangan makcik leha mengenai apa yang makcik baru saja lihat.
Fuhh.. En Meon memang gile kentang lah! tepat kene sasaran.. memang makcik tabik spring lah.. Toinggg!!
Ya.. En Meon memang hebat.. jadi makcik percaya kebolehan Meon?
Ya saya percaya!
Yakin?
Ya Saya Yakin!

Ya! itulah tadi En Meon dengan balingan pisaunya yang tepat ke sasaran dalam keadaan tertutup.

Adakah anda semua percaya bahawa En Meon mampu membaling pisau tepat ke sasarannya dalam keadaan menutup mata?
Ya.. Percaya!!!

dan
Adakah anda semua yakin bahawa En Meon mampu membaling pisau tepat ke sasarannya dalam keadaan menutup mata?
Ya.. Yakin!!

Baiklah seterusnya dijemput Makcik Leha tadi naik ke pentas.

Baiklah makcik.. makcik percaya tentang kebolehan En Meon?
Ya Saya percaya!

100%?
Ya 100%

Makcik Yakin tentang kebolehan En Meon?
Ya, saya yakin!

100%?
Ya 100%

Baiklah seterusnya kita akan melihat sekali lagi kebolehan En Meon membaling pisau dalam keadaan mata tertutup, cumanya kali ini kambing tersebut akan digantikan dengan makcik Leha!

"Haa... errr..."
"Ya, Silakan makcik leha.."
"er... xnaklah... err.."
"kenape?"
"tttaaakuut..."
"Lah! kan makcik leha percaya dan yakin kebolehan En Meon?"
"er.. saye peerrrccaaayaa... tapi.... saye.. saye... risau jerk.. pisau tu.."
"tak payah risau lah.. kan Makcik Leha dan tengok kebolehan En Meon tadi?
"ye.. tapi... sebenarnya.. saya... saya..."

Seraya dengan itu Makcik Leha pengsan kerana terlalu takut.
akibatnya.. pengacara majlis terpaksa mencari orang lain sebagai pengganti Makcik Leha.

Baiklah.. ada sesiapa sudi menggantikan Makcik Leha?

Semua hadirin hanya diam membisu sambil menundukkan kepala. Tidak ada seorang pun berani. Malah hatta ditawarkan wang ringgit yang lumayan sekali pun.. semua mereka tidak sanggup.

Begitulah dengan hidup kita sebagai manusia. Kita sering kali berkata kita percaya dan yakin dengan segala janji-janji Allah swt. Percaya akan balasan Syurga dan Neraka, Percaya dan yakin diatas segala ketentuan... tetapi realitinya kita sebenarnya hanya percaya segala yang diberitakan kepada kita adalah Al Haq. Tetapi kita tidak yakin!

Adakah kita yakin?
Sekiranya kita benar-benar yakin dengan balasan dan Janji-janji Allah, nescaya kita akan mematuhi segala suruhan dan larangannya. Tidak akan berbuat dosa secara terus-terusan.

Seorang yang percaya dan yakin atas segala janji-janji Allah, pastinya dia akan menjadi hamba yang taat. Kita setiap kali dengar kuliah atau ceramah.. sudah pasti hati kita bergetar mendengar segala janji-janji Allah kerana kita percaya dengan janji-janjiNya. Tetapi.. sehari dua.. seminggu dua lepas tu? apa yang terjadi adalah sebaliknya. kenapa sebegitu? inilah dikatakan kerana kita tidak benar-benar mengqasadkan kedalam hati bahawa kita yakin atas segala janji-janjiNya.

Sebagai contoh;

Seorang penulis di shoutbox atau comment di blog yang yakin dengan janji-janji Allah tidak akan sesekali menyamar atau menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau memfitnah orang lain. Kerana dia yakin bahawa, perbuatan yang buruk seperti ini adalah berdosa, yang mana dosanya itu hendaklah di minta supaya dilepaskan (dimaafkan) kepada mereka yang terlibat.

Seorang peniaga di pasar ramadan yang yakin dengan janji Allah tidak akan menyeleweng dengan menjual makanan dengan harga yang melampaui batas.

Seorang ayah yang yakin dengan janji Allah tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua Keluarga

Seorang Guru yang yakin dengan janji Allah akan sentiasa mengajar bersungguh sungguh demi mendidik anak bangsa.

Seorang bos yang yakin dengan janji Allah akan sentiasa perihatin mengenai kebajikan pekerjanya.

dan sebagainya
.

Bagaimana nak timbulkan rasa keyakinan ini? Sudah tentu dengan Al-Quran!.. ya Al-Quran. Di dalam al-quran terdapat tanda-tanda kebesaran Allah yang diceritakan kepada kita melalui wahyuNya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Tetapi malangnya, kita sering kali meninggalkannya, dan akhirnya mengheret kita kelembah kesesatan akibat lunturnya rasa keyakinan terhadap janji-janjiNya seperti mana yang berlaku pada umat terdahulu.


أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يَشْتَرُونَ الضَّلاَلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ السَّبِيلَ
Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari Al Kitab (Taurat)? Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan yang benar. (An Nisa:44)

Hati manusia ni biasalah, kadang kala akan dihinggap penyakit was-was, ragu-ragu, lemah iman dan sebagainya. Sebab tu kita tidak boleh sesekali mengabaikan Al-Quran dalam kehidupan kita. Kerana Al-Quran ini adalah petunjuk bagi kita yang akan meningkatkan keyakinan kita terhadap semua janji-janji Allah, memberi garis panduan untuk kita meneruskan hidup di muka bumi ini. Sebagaimana yang Allah sebut dalam Surah Al Baqarah ayat 2;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"


Tetapi tu lah.. terlalu sedikit yang menggunakan al-Quran didalam kehidupan. Baik dari segi pembentukan keluarga, masyarakat, bahkan negara. Kita banyak bersandarkan kepada teori-teori dan ideologi-ideologi tajaan yahudi. Sedangkan didalam Al-Quran tu dah ada segalanya.

مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.( Al-An'am:38)

Cuba anda semua bayangkan, sekiranya kita ni semua adalah generasi Al-Quran. Iaitu golongan yang mengambil al-Quran 100% ditambah pula dengan As-Sunnah, Ijmak Ulama', dan Kias sebagai panduan hidup. Sudah tentu kita semua akan menjadi mereka yang Yakin dengan janji Allah yang mana segala gerak geri kita, cara hidup kita, perlakuan kita adalah bersumberkan al-quran. Maka dengan ini semua masalah dan gejala yang kita hadapai sekarang akan hilang! Tiada lagi pembunuhan dan rogol kanak-kanak, tiada lagi ragut, tiada lagi aids, tiada lagi maksiat, judi dan arak! no more!

Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannya.. marilah kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kerana dengan Al-Quran dan As-Sunnah hati kita akan bertambah yakin untuk mengambil Islam sebagai cara Hidup.

Wallahualam.

kumpulan artikel 7 Catatan Tambahan | |