Memaparkan catatan dengan label TASAWUF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TASAWUF. Papar semua catatan

Assalamualaikum wrh. wbth. Apa khabar semua. sudah hampir berkurun lamanya ana xupdate blog ini lantaran terlalu sibuk dengan program.. Entahlah sekali tengok mengalahkan wakil rakyat.. kesana dan kesini. Tapi apakan daya inilah yang dikatakan tanggungjawab. Sebulan dua di tempat ana ni agak tidak tenteram akibat timbul pergaduhan antara kaum X dan kaum Y Katanya hal ni bermula dengan perkara yang remeh temeh tetapi menjadi pergaduhan besar. Syukurlah hal ni dah pon selesai dan tempat yang ana tinggal tu pon dah menjadi tenteram. Cuma apa yang sedikit ana kesal kadang-kadang sikap kita suka mereka blok-blok pemisah antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Pernah seorang teman datang berjumpa dengan ana ketika isu ni masih panas.

"Saya kalau jumpa puak-puak kaum X ni saya memang tak bagi can.. Waktu malam gaduh tuh.. depa kepung sorang budak X ni depan rumah saya.. saya dengaq kecoh2.. apa lagi saya pon keluar... tengok2 budak X. saya tengok depa dok keliling budak X nih tak buat apa-apa.. dok tengok saja.. Apa lagi saya buat buah mula la..boh sebijik kat muka budak X tuh... pastu saya suruh budak2 Y ni sambung bantai.. tp sayang.. saya ingat nak masuk rumah.. ingat nak ambik cota, nak patahkan tangan budak X tuh.. bila keluar ja rumah.. polis pun sampai.. Kalau tau mau patah tangan ngan kaki dia saya bantai" cerita seorang kenalan dengan bangganya.
Gambar Hiasan

Setelah seharian Kapal itu berlayar, akhirnya ia pulang semula ke perlabuhan, adapun yang tiada pulang ke perlabuhan, barangkali ada 2 kemungkinan. Yang pertama, barangkali kapal itu karam di tengah lautan dan yang kedua barangkali kapal itu hilang entah berantah. Mungkin saja di terus-terusan dibuai ombak kerana kehabisan minyak atau barangkali di tahan dek lanun sepertimana yang telah menimpa syarikat perkapalan MSE yang dirampas lanun di teluk eden.

Begitulah juga hidup manusia, mengembara di dunia yang serba mencabar ini, ada yang tidak ubah seperti kapal yang kehabisan minyak. terhuyung hayang, ke kiri ke kanan, Maju dan mundur.. menunggu saat untuk karam.. atau mungkin saja hanyut sehingga ke pantai. Dan pasti juga ada kapal yang telah nyata karam di tengah lautan.

Maka berdoalah mereka yang sedang berlayar di lautan,

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani., Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dan pastinya, Allah swt pemilik doa yang dibaca akan mengurniakan apa yang di pinta. Hal ini telah di beritahu kepada para pelayar sebelum para pelayar memulakan perjalanan.

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Tetapi, alangkah ruginya. Hanya sebahagian daripada mereka memohon. Maka hanya mereka yang memohon sahaja mendapatinya, melainkan dengan izinNya.

Lalu pelayar yang tidak bermohon dan berdoa terus dibawa ombak.. hanyut di pukul arus.... badai yang kuat menghempas sehingga hancur luluh badan kapal yang membawa mereka. Lantas kapal yang dinaiki sedikit demi sedikit karam. Para pelayar masih sibuk membaiki sehingga mereka terlupa akan pemilik segala doa, pemilik ombak dan badai, pemilik segala lautan. Mereka sibuk merancang strategi, mesyuarat tergempar dilakukan.. berbagai teori digunakan untuk menyelamatkan kapal mereka.. tetapi....

Mereka merancang, Allah merancang dan sesungguhnya perancangan Allah mengatasi perancangan mereka.

Lalu tenggelamlah kapal Van Der Wijck II, Satu persatu anak kapal menghembuskan nafas... diiringi suara teriakan yang keras.

رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

tetapi sayangnya teriakkan itu tidak lagi bisa membaiki kapal yang sudah karam dan Nyawa yang telah hilang.

namun ada juga seorang dua yang di ambang kematian. Maka dengan nyawa tersisa, mereka lantas tunduk dan sujud kepada pemilik segala doa lantas berdoa

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 


Maka, dengan rahmat dan kasih sayangNya selamatlah mereka dari lemas di lautan.

Pengertian.
Sebagai manusia yang tidak serba kekurangan, Sudah pastinya kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Oleh yang demikian seharusnya kita sentiasa memohon taubat (walau sebesar manapun dosa mu kepadaNYa) selagimana tersisa kesempatan, sebelum ajal nan tiba meragut peluang yang ada. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka.

Taubat ini bukanlah hanya sekadar lafaz secara lisan tetapi dengan sebenar-benar taubat dengan bertekad bersungguh-sungguh di dalam hati bahawasanya kita tidak lagi akan melakukan kesalahan atau dosa tersebut.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.. At Tahrim:8

Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha pengasihani. Sekalipun begitu banyak dosa yang telah dilakukan, namun sekiranya kita benar-benar ikhlas dan jujur bertaubat kepadaNya nescaya akan diberi kepada kita pengampunan, InsyaAllah.

Sementelah itu, janganlah pernah rasa penat dan lelah dalam memohon hidayah dan petunjukNya. Tetaplah anda dalam melakukan solat dan titah perintahNya dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, Allah tidak pernah sesekali membiarkan hambaNya yang soleh dalam kedukaan, melainkan untuk memberi rahmat.

Selamat Pulang Ke Perlabuhan! Allahuakhbar!

Wallahualam
09:35 191008
Hentian Bas Larkin, Johor

Gambar Hiasan

Assalamualaikum.. apa khabar sahabat2.. Alhamdulillah ana sekarang di Johor Bahru. Dalam Kesempatan yg sedikit ada dengan kesibukkan program dan jemputan rumah terbuka di sini, ana mengambil peluang untuk posting satu wacana santai lanjutan daripada penulisan ana sebelum ini iaitu "bukan maksum" ana risau seandainya penulisan ana tadi disalah ertikan atau difahami dalam konteks yang salah (iaitu untuk menyerang golongan ulama).

Sahabat-Sahabat Dsantai yang dirahmati Allah,

Siapakah ulama?Perkataan Ulama ialah Jamak' daripada perkataan 'alim yang membawa maksud berilmu. Berilmu disini bukan sekadar dari penafsiran istilah tetapi dari penafsiran syariat. Selalunya seseorang ulama itu pastinya ia menguasai bidang menginstinbat hukum yang memerlukan pengetahuan yang mendalam al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Antara petanda yang ada pada diri seorang ulama ialah, mereka itu takut dari melanggar perintah Allah.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ كَذَٲلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" Fathir ayat 28

Bahkan sekiranya perkataan "takut" itu dinisbahkan kepada "Takwa", ya, tentu sekali Ulama adalah golongan yang paling bertaqwa kepada Allah.

Golongan Ulama selalunya terkenal dengan kegigihan mereka dalam menuntut ilmu. masa dan tenaga mereka diluangkan sepenuhnya dalam mendalami ilmu tanpa mengira erti kenal jemu dan lelah. Hayat mereka dihambakan untuk menghafal al-quran, matan-matan hadith, matan-matan kitab dan sebagainya.

Dalam hal sedemikian, golongan Ulama seharusnya dihormati. Sekiranya apa yang telah ana sebutkan di dalam artikel ana "bukan maksum" berlaku kepada para ulama, bagaimanakah sikap kita.

Apakah kaedah yang diguna pakai oleh kita dalam mendepani perbezaan pendapat antara pendapat yang menjadi pegangan kita dengan pendapat yang contradict yang dipegang oleh satu-satu ulama.

Bolehkah kita mengambil sikap selamber dog jerk tegur mereka tanpa terlebih dahulu mengusulkan tentang apa yang diperselisihkan?

Atau terus kita mengeluarkan fatwa bahawa ulama itu sesat atau ahli bidaah dan sebagainya tanpa mengkaji terlebih dahulu akan apa yang diperselisihkan.?

Ana masih ingat ketika ana belajar dahulu. Ustaz akan mendatangkan satu isu dan meminta para pelajar menjelaskan hukum. Ada yang agak kurang teliti dalam mengkaji lantas menghukum haram. ketika berdiskusi, rupa-rupanya dalam menetapkan hukum bukanlah sesuatu yang mudah. kerana terpaksa merujuk wilayah-wilayah rujukan seperti mana yang ana telah sebutkan di atas yakni dengan mengkaji al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Setelah dikaji sedalam-dalamnya barulah dijatuhkan satu-satu hukuman (fatwa). Ini baru dalam menetapkan hukum didalam permasalahan fiqh. Bukan lagi dalam konteks at-tabdi (membidah) dan at-takfir (mengkafirkan). Maka sewajarnya kita (yang sudah pastinya bukanlah seorang ulama) berhati-hati didalam sikap dan meluahkan pendapat mengenai seseorang ulama. Sekiranya ada yang diperselisihkan, maka kajilah dengan mendalam, kiranya ulama tersebut masih hidup, dapatkanlah penjelasannya yang sebenar-benar. Dan sekiranya dia sudah meninggal dunia, Serahkanlah keputusan yakni tentang apa yang diperkatakan olehnya (ulama) itu kepada Allah.

Dengan mengetahui sekerat dua ayat al-quran dan hadith, dengan menghafal sebaris dua hujjah daripada kitab belum mencukupi untuk mengangkat martabat kita sebagai Ulama.

Apatah lagi sesetengah dari kita yang bukan mendapat pendidikan agama yang lengkap, hanya sekadar memiliki sijil sekolah menengah peringkat thanawi, atau belajar di Universiti atau kolej berunsurkan Islam tetapi bukan di dalam bidang khusus seperti Usuludin, Shariah, tiba-tiba mengeluarkan fatwa bukan sahaja dari permasalah fiqh bahkan dari permasalah Akhidah dan menolak, mengkafir dan membidaahkan ulama-ulama lain (sedangkan kita tidak mengetahuinya) seolah-olah kitalah yang pakar di dalam bidang tersebut.

Dan yang bertambah pelik ada sesetengah daripada kita langsung tidak mendapat pendidikan agama baik dari sekolah menengah (sekadar subjek pendidikan islam dan tamadun) ataupun peringkat tradisional (Pondok, Madrasah) atau peringkat rasmi (Kolej, Universiti) tiba-tiba mengeluarkan fatwa berkaitan akhidah, mencela ulama-ulama.

Akhidah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani diragui
al-Qadhi abu Bakar bin al-Arabi seorang mubtadi’ (Ahli Bidaah)

Sikap ini perlu dikikis dari diri kita. Kita mestilah bersikap berhati-hati di dalam berkata-kata dan menulis. Ini kerana dikuatiri penulisan kita akan memakan diri sendiri.

p/s kepada penulis-penulis blog, dinasihatkan sebelum antum mencopy fatwa dari mana-mana blog lain mengenai hal yang bersangkutan dengan Hukum Fiqh dan Mazhab Akhidah, ana mohon kajilah terlebih dahulu sama ada penulisan itu hak atau batil.

Janganlah dengan mudah kita menyalin dan mengeluarkan pendapat itu haram.. ini haram.. itu bidaah.. ini bidaah sedangkan kita hanya mengutip pandangan tersebut daripada blog2 lain atau di youtube, atau di buku-buku yang entah berantah mazhab akhidahnya dan Mazhab Fiqhnya.

Wallahualam,
Sani Ahmad
02:23 181008




Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar sahabat2 dsantai sekelian. dah lama yerk ana tak mencoret di blog ni.. dah bersawang mawang... bersempena nak sambut raya 6 esok.. maka dsantai telah berubah wajah pada hari ni. Ana start renovate blog ni selama.. dan Alhamdulillah dah siap hari ni.. cumanya bahagian gambar kat bawah belum update.. so nak maklumlah.. gambar kat bawah tu bukan dari koleksi ana.. so kiranya terjumpa gambar bukan2.. ana minta maaf.

Baik berbalik kepada topik kali ni.. "Bukan Maksum".Seperti yang kita sedia maklum bagi kita ahli sunnah wal jamaah, kita beriktikad bahawasanya tiada seorang pun manusia didunia ini adalah maksum kecuali Rasul. Namun bagi golongan yang memegang mazhab akhidah syiah, bagi mereka imam-imam mereka juga adalah maksum.

Maksum bererti suci dari sebarang kesalahan dan dosa. Selain daripada rasul, tiada siapa pun terlepas dari kesalahan baik yang besar mahupun yang kecil sekalipun ia bergelar Ayatollah, Sheikh, Dr. Tuan Guru. Ustaz, Ustazah, Kiyai Tan sri, Puan Sri, En. Cik. Puan, Tuan, Dato, Datin, Raja, Tengku hatta apa sekalipun gelaran dihadapannya.

Sebagai contoh Si polan bin si polan atau si polanan binti si polanah yang sememangnya terkenal dalam bidangnya. Hampir apa sahaja yang dikatakannya akan diterima oleh mereka yang mengkaguminya meskipun apa yang diucapkannya itu kurang tepat ataupun salah.

Sepatutnya kita sebagai manusia yang waras, seharusnya mengkaji dahulu apa yang diperkatakan oleh individu tersebut. Cuba buat rujukan dengan individu yang lain yang turut pakar dalam bidang berkenaan Sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau salah. sekiranya salah, maka seharusnya kita berlapang dada dan menerima hakikat bahawasanya individu yang kita kagumi itu telah melakukan kesalahan.

Ingatlah sesungguhnya kepandaian, ilmu manusia itu semuanya datang dari Allah, kita berhajat kepadaNya sedangkan Ia tidak berhajat akan sesuatu pun.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqoro' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesunggguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" Fatir: 15

Sahabat-sahabat Dsantai,

Ingin sekali ana mengajak sahabat-sahabat membuka minda dan mengikis sikap ini yang sudah menebal di dalam diri. Seharusnya kita berfikiran terbuka khususnya dalam menerima hakikat tentang sesuatu perkara. Antara lain, apabila ada mereka yang menegur akan kesalahan individu yang kita kagumi, maka seharusnya kita kaji dengan mendalam, apakah teguran yang dibuat berasas. Sekiranya berasas maka terimalah dengan hati terbuka. Usalah di pertikai mereka yang menegur tersebut. Begitu juga sekiranya teguran itu dilakukan oleh mana-mana individu ke atas kita, maka sekiranya ia benar.. hendaklah kita menerimanya dengan berlapang dada.

Sebagai contoh;

Sedang asyik anda "berehat-rehat" di suatu taman bersama teman wanita, lalu datang seorang wanita lalu menegurmu

"Dik, kat sini tempat awam, tak elok macam ni"

Janganlah anda balas sebegini.

"Alah..perempuan... tak payah nak tegur la.. ko cermin la diri ko tu dulu..ko pon 2 X 5. macam la ko alim sangat. bla.. bla.. bla.."

Seharusnya anda terima teguran tersebut. Meskipun perit dan pahit, telanlah.. itu lebih baik untuk anda daripada anda membalas dengan ucapan-ucapan sebegini. Paling tidak, berdiam lah.

Begitu juga, jika dikatakan;

"Sheikh, ana rasa _______ tu salah la.. bukan macam tu.. sebab yang ana belajar"

Maka janganlah anda terus menjawab

"Alah.. ko jangan dok pertikai la.. dia tu pakar dalam bidang dia.. takkanla dia tak tahu apa yang dia cakap?" " Bukan salah... ko yang tak paham.. apa standard ko nak pertikai dia?"
"Alah.. ko tu dengki.. sebab tu ko tuduh dia bukan-bukan"

Sepatutnya kita berkata begini:

"Erm.. mcm tu ye, ana pon tak pasti jom kita tanya _________ yang jugak pakar dalam bidang nih"

Ingatlah

Meskipun siapa pun dia, walau sepakar mana individu terbabit didalam bidangnya, maka ingatlah bahawasanya beliau bukanlah maksum.

Meskipun siapa pun dia, sekiranya beliau melakukan kesalahan, maka terimalah kedaifan yang ada padanya.

"Pangkat dan gelaran" bukanlah lesen untuk menjadi maksum.

Sekian,
Sani Ahmad,
02:22 161008

p/s malam ni ana bertolak ke Johor Bahru, doakan keselamatan ana ye!



Assalamualaikum. Apa khabar sahabat2 dsantai. Harap2 tu sihatlah ye.. Apa2 pon sebelum terlupa, ana nak ucapkan selamat menyambut nisfu syaaban. Wah tinggal berapa hari lagi nak sambut ramadhan ye.. dah bertambah bersemangat nih..

Sekarang nih ada di Kelantan. Sepanjang cuti ni, dan InsyaAllah lepas cuti ana akan kembali ke Perak. Ingat petang nih nak ke KB Mall kejap. Nak gi beli buah kurma dengan air zam-zam kengkawan order. Pastu nak gi kedai spek mata. Spek mata ana dah longgar, nak peketat pastu nak survey bingkai baru.. Nak buat spare incase spek dok ada ni jahanam.

Bagi orang2 yang rabun mcm ana nih.. spek mata antara barang yang penting dalam hidup. Kalau xde spek.. mak aih.. pening kepala. Nak buat kerja apa pon tak jadi. Kekadang bila misplace spek mata tuh… mula lah melilau cari.. macam si buta cari tongkat. Cari punya cari.. sekali prak! Terpijak! Ha.. jumpa pun!

Dulu masa sekolah. Suke sangat tengok orang pakai spek mata. Nampak educated lah.. Nampak comei lah.. macholah.. la nih dah pakai baru tau.. beta seksanya pakai spek mata. Spek mata nih nak kena jaga elok2. kalau jahanam.. jenuh.. xnampak. Pastu kalau xpakai spek mata masa buat keje bleh kena migraine. Dah tu bila drive time malam.. nak-nak pulak hujan… adeh.. jenuh sakit mata.. silau… kene pulak yg kete datang dari depan tu pakai lampu putih.. fuhhh! Ade sesetengah tu plak lupa nak rendahkan lambu bile berselisih ngan kita.. fullamak! Nak terjojol bijik mata.. nak jerk jentik lampu kete tuh… Keluar kete… berkabus jerk spek. Huhu… rupa2nya pakai spek mata nih xlah semacho yang disangka kan!

Jadi kepada mereka yang xpakai spek mata.. xpayah la nak cuba-cuba nak pakai spek mata sekiranya anda bukan dari golongan rabun! Pakai spek mata bukanlah semacho yang anda sangkakan.. Hargailah mata anda… sebut pasai mata nih.. ana teringat lagu lama-lama

Dari kerana mata,
Yang mempunyai kuasa,
Oh… aku tergoda
Aku tergoda terkechiwa,
Dari kerana mata….

Lagu sape tah? Tak ingat. Cumanya apa yang dikatakan dalam lagu tu memang benar. Mata ni sebenarnya mempunyai kuasa magnet yang kuat. Nak-nak pulak tengok yang bende salah/haram..

“Ala ustaz, pandangan kali pertama rezeki”
"Uih.. banyak la rezeki enta! Pandangan kali pertama tuh hanya sekadar melepaskan enta dari berdosa."

Terdapat beberapa ayat al-quran dan hadith berkaitan dengan suruh jaga pandangan nih..

Allah swt berfirman di dalam Al-Quran

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah An-Nur, Ayat: 30)

Di dalam ayat nih.. Allah swt memerintahkan setiap orang lelaki beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada dok tengok benda-benda haram. Ini bersesuaian dengan fitrah lelaki yang mudah terpandang.

Eh bang.. jarangnya kain perempuan tuh… Ujar salmiah kepada Halim

Err… ? kelu lidah Halim sambil memandang kearah wanita yang dimaksudkan isterinya.

Dengan pantas jari isterinya singgah di peha Halim. Eh. Abang nih gatal lah.. tengok perempuan pakai seksi!

Adoi! Ape pulak? Halim terpinga-pinga dengan perbuatan isterinya.. Dah awak sebut, saya tengok la.

Ala.. abang tuh memang gatal.. pantang perempuan seksi!

pulak? Jawab halim sambil menggaru-garu pelipisnya yang tak gatal.

p/s kalau akak2 dah tengok bende2 mcm tu.. diam-diam jer lah.. janganla kasi tau ngan cik abang.. nih nak citer jugak.... pastu dia tengok... dah marah pulakk? isk!

Hal menahan pandangan ini bukan sahaja pada lelaki ye. Perempuan pon same ye! bahkan lebih daripada itu.. Jangan wat tak tahu.. Sambung baca Surah tadi pada ayat yang ke 31 pulak.

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ha... tu dia.. rasanya tak perlu ulas.. sekali baca pon dah boleh paham. Tapi ada jugak yang bertanya.

Ustaz, pasai pa ayat mengenai menahan pandangan bagi perempuan ia di ulas lebih detail berbanding lelaki?

Wallahualam... Cumanya ada ulama mengatakan bahawasanya perempuan ni, tubuh badannya, pergerakkannya, hiasannya, bauannya dan apa sahaja mengenainya mempunyai daya tarikan yang sangat kuat. Oleh yang demikian, ayat berikut memperjelaskan kepada kaum hawa agar mereka memelihara batas2 yang telah ditetapkan supaya mereka menjadi manusia yang berjaya di sisi Allah.


p/s daripada ayat ni, kita nampak bahawasanya Islam menitikberatkan akan maruah kaum wanita agar mereka menjadi manusia yang mulia. Bahkan ada ayat yang dinamakan wanita (An-Nisa') surah lelaki (ar-rijal) xde! so xmasuk akal sekiranya ada sesetengah orang mendakwa Islam diskriminasi terhadap wanita!

Sahabat2 dsantai sekelian,

Adalah tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan Mata antara punca perlakuan maksiat. Jarang kita dengar orang buta merogol atau mangsa rogol adalah daripada mereka yang menutup aurat dengan sempurna.

"Eh orang pakai tudung ada pa yang kene rogol!"
Lah? kan ana kata yang menutup aurat dengan sempurna. Kalau sekadar bertudung tapi pakaiannya Pergh! tak ingat! tak dikira sebagai menutup aurat dengan sempurna!"
"owh?"

Nabi Muhammad saw, Nabi yang dikasihi dan dicintai pernah bersabda;

“Sesungguhnya pandangan mata itu adalah salah satu panahan (panahan Iblis) yang amat berbahaya. Sesiapa yang menundukkan pandangan matanya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan mengisi hatinya kemanisan iman.” – (Riwayat Tabrani)

Daripada hadith nih, jelas mengatakan bahawa pandangan mata nih adalah panahan Iblis yang amat berbahaya. Oleh yang demikian, hendaklah kita jaga elok2 kedua bijik mata yang Allah kurniakan kepada kita nih agar tidak di sasarkan kepada benda2 yang tidak Hak baginya. Antaranya,

menatap (dengan perasaan) gambar2 awek/pak we di dalam friendster, myspace, blog dan sebagainya.

menonton video2 yang "mengarut" di dalam youtube, google video dan sebagainya.

Menonton Sukan Olympic bagi acara terjunan, angkat berat, gymrama dan sebagainya yang mana para peserta mengenakan pakaian yang bisa merosakkan Iman!

Menonton citer-citer yang xsenonoh kat TV. Citer melayu pon dah "boleh tahan" sekarang nih.. aksi ranjang, rogol, asmara... Hisss pakaian plak.. mak aihh!

p/s Janganlah bazirkan air mata anda dengan menagis disebabkan tengok citer hindustan, citer indon, citer melayu dan sebagainya. Baek simpan air mate tuh dengan menagisi dosa-dosa yang telah dilakukan, kerana mata-mata yang menagis kerana takutkan Allah, kerna inginkan keredaan Allah, kerana keinsafan nescaya tidak akan disambar api neraka!

Gunakanlah mata ni untuk menatap keindahan Bumi, alam semesta yang dijadikan Allah seraya berzikir, bertahmid memujiNya. Jadikan mata sebagai sumber perolehan pahala bukannya mata sebagai saluran penyumbang utama dosa, kerana bukan atas itu tujuannya di cipta. Jadikanlah apa yang dipandang itu mengingatkan kita kepada Allah swt! serta Rasul tercinta.

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Patutnya;

Tengok banggunan pencakar langit- Subhanallah, hebatnya Allah yang menciptakan akal manusia sehingga berupaya mencipta banggunan setinggi ini.

Tengok Kereta mewah- Subhanallah, Pemurahnya Allah yang menjadikan manusia ini kaya sehingga mampu memiliki kereta semewah ini.

Kan elok?


Wallahualam.
...................................................................................

Jom Join RakanUsrah.Com
kumpulan artikel , 0 Catatan Tambahan | |


Al-kisah, terdapat sebuah perkampungan nun jauh di gunung Himalaya.. Terdapat sekumpulan manusia purbakala tinggal berkampung. Telah berkurun mereka tinggal disana terpisah dari dunia luar. Adapun hidup mereka itu tiadalah maju malah tiadak ubah seperti zaman prasejarah... Suatu hari kampung mereka mendapat berita bahawasanya akan mendapat kunjungan buat julung-julung kalinya dari orang bandar ke kampung mereka. Maka siap siaga ketua puak merancang mengadakan pesta menyambut akan kedatangan orang-orang bandar itu.

Setelah tiba akan orang-orang bandar itu ke kampung mereka. Maka berpestalah mereka dengan makanan dan menunjuk-nunjuk kehebatan masing-masing. Setelah puas mereka berkenal-kenalan maka sebelum berpisah.. berkumpullah akan semua mereka bergambar kenang-kenangan. Maka pulanglah mereka ke sarang masing-masing. Setelah beberapa hari maka kunjung tiba surat yang dihantar orang bandar kepada mereka mengandungi sekeping gambar.

Maka panggil akan ketua puak itu akan semua orang-orang kampung.

"Wahai orang-orang kampung.. ni ada gambar pesta kita hari tu yang di kirim oleh orang-orang bandar, mari kita pakat tengok ramai-ramai" Ujar ketua puak yang ditranselit ke bahasa melayu.

Ni gambar kamu... ish... huduh betul.. lubang hidung kamu... isk isk isk
Ni pulak gambar kamu.. hiss.. boroi sungguh perut kamu...
Ni pulak... gambar kamu.. hiss.. kerinting macam bulut sabut rambut kamu yer..

Ketua puak membuat ulasan keatas gambar. Ulasan ketua puak disertakan dengan cercaan dan hinaan. Maka terasa malulah akan diri orang yang dikatakan itu.. Semua mereka yang terdapat di dalam gambar itu mendapat ulasan dan cercaan ketua puak... kecuali seorang...

Gambar itu di dekatkan dengan mukanya.. sesekali ia menggaru-garu pelipisnya yang tak gatal... keningnya berkerut-kerut... ish... gambar siape pulak nih? tak biasa nampak pon orang nih? gerutu hatinya

"eh.. ni gambar sape pulak yer.. tak pernah tengok pon.. Dah tu muke die la yang paling huduh dalam gambar ni.. rambut kerinting bagai... muke macam jambatan tak siap... gambar siape ni yer? korang kenal tak?" Laung ketua puak sambil menunjuk-nunjuk kearah gambar seorang lelaki di dalam gambar tersebut.

Lalu ketawalah semua orang-orang kampung selepas melihat wajah lelaki yang terdapat didalam gambar tersebut... "Kah.. Kah.. Kah..." Huargh.. Huargh... Huargh...." sampai ada yang tergolek-golek diatas tanah sambil kaki di goyangkan ke atas... dek lantaran tak tahan menahan geli hati.

"Cis.. korang nih.. aku tanya.. korang gelak pulak.. aku lempang jugak kang.. Ni muka sapa hah? muka dah la huduh... ni mesti bigfoot yang keluar kosmo! hari tuh nih.." Tambah ketua puak dengan berang.

Lalu.. datang seorang budak berumur lingkungan 4 tahun... "Tok.. tok... sebenarnya lelaki dalam gambar tu sebenarnya adalah tok!"

Cis, berani kamu kate muka lelaki yang huduh ni muka aku?
Ujar Ketua Puak menahan kemarahannya

Lalu terdengarlah akan ketua Puak itu suara-suara yang mengatakan bahawa sememangnya lelaki di dalam gambar itu adalah dirinya. Maka sedarlah ia bahawa sememangnya itu adalah gambarnya.. tiadalah ia dapat menahan malu lalu membawa dirinya lari ke batu belah batu bertangkup. Sehingga kini Ketua Puak tidak lagi kembali ke kampung tersebut. Khabarnya dia telah menjadi tauke Kedai Gambar yang berjaya di Bandaraya Himalaya.

Assalamualaikum, Ape khabar sahabat-sahabat dsantai. Harap-harap sihat lah yer.. walaupun citer di atas nampak macam merapu dan tah hape-hape. Tapi jika diteliti dengan teliti kita akan dapati perkara ini sebenarnya sedang berlaku dalam dunia realiti sekarang.

Sering kali kita mendengar suara-suara sumbang memperkatakan tentang personaliti orang lain. Mengkritik semahu-mahunya. Tetapi dalam pada yang sama, dia tak sedar yang personalitinya jugak sebenar jauh lebih teruk dari apa yang dia perkatakan kepada orang lain.

Contohnya mereka yang mencela orang lain lantaran gagal mendidik anak..

" Tengok tu anak si polanah- binti si polanah... anak macam hantu raya.. berkepit dengan jantan tuh.. berkepit dengan jantan nih.. hisss.."

Tetapi secara sedar atau tidak... sebenarnya anaknya sendiri 2 X 5.. bahkan kadang-kadang lagi teruk. Inilah yang berlaku... ramai di antara kita sibuk mengkritik orang... orang tu teruk lah.. orang ni tak bagus lah... dia tu macam tu lah... dia tu macam ni lah... sedangkan dirinya sendiri lebih teruk dari mereka yang dia umpat.

Sepatutnya... daripada sibuk dok perkatakan tentang orang lain... adalah lebih baik diperuntukkan masa untuk menisbah diri... buat muhasabah diri... cuba lihat kelemahan diri sendiri..., agar dapat dibaiki.

"Biasalah ustaz... kekadang bukan kita saja nak cari kelemahan orang lain... tapi secara automatik nampak kelemahan orang lain"

Memang tak dinafikan... kekadang memang kita ternampak kelemahan orang lain... So apa perlu kita buat.. sekiranya kita mampu untuk memberi nasihat silalah beri nasihat secara berhadapan... Bukan di belakang... atau sekiranya tak mampu... ambil apa yang kita nampak tu jadikan sempadan.... agar kita tidak melakukan perkara tersebut. Bukannya mensensasikan kelemahan orang lain.

Dulu kalau nak mensensasikan cerita pasal kelemahan orang lain perlu mencari pasangan.. jumpa kat mana-mana... selalunya belakang rumah.. sambil cicah-cicah buah pelam.. Sekarang dah tak perlu... boleh call jerk... tak pon sms... nak best lagi.. tulis dalam majalah, blog, forum... or kalau nak ramai yang tahu.... boleh call rancangan-rancangan TV.. atau radio yang sediakan slot mengumpat!..

Begitu juga halnya dengan politik tanah air mutakhir ini... penuh di dada-dada akhbar, dalam TV, radio... bunyainyer semacam jerk.. Pengkhianat!, Derhaka, kurang ajar dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama mereka tak sedar bahawa mereka juga sebenarnya seperti apa yang mereka katakan itu. Cuma bezanya... ketika mereka melakukan kesalahan tu (di terengganu dan perlis)... tak de plak liputan macam 2-3 hari nih... bahasa yang digunakan pembaca berita lunak jerk... tapi time orang lain... hentam bagai nak rak.. bahasa pembaca berita pon boleh tahan biasanya! tak kurang siap berdemonstrasi dengan kain rentang caci maki... isk isk isk...

Oklah... tu jerlah posting kali nih... tak leh banyak-banyak.. nanti kena charge menghasut! isk isk isk... jumpa lagi dalam posting akan datang... Ilal liqa wa maasalamah




Majoriti orang yang soleh, sangat takut akan ’suul khatimah’. Sesungguhnya ’suul khatimah’ terdapat dua peringkat di mana kedua-duanya adalah sangat merbahaya iaitu:

1. Hati dan perasaan seseorang ketika sakaratul maut segera merenggutnya. Maka, hatinya menjadi ragu-ragu dan tidak mempercayai Allah hingga dia mati dalam keadaan tidak beriman. Na’uzu billah!

Dalam perkara ini, sifat kufurlah yang menghalang dirinya daripada menghampiri Tuhannya yang akhirnnya akan mengakibatkan dia berpaling daripada Allah buat selama-lamanya. Maka, azab yang sangat pedih dan kekal akan menimpanya.

2. Seseorang yang dikawal oleh perasaan cintanya terhadap urusan duniawi yang tiada hubungan dengan urusan akhirat. Contohnya, seseorang itu sedang mendirikan rumah, kemudia tiba-tiba sakaratul maut datang menjemputnya.

Dalam keadaan seperti itu, dia tidak mengingati apa-apa melainkan hanya memikirkan pembikinan rumahnya yang belum selesai. Maka, jika dia mati dalam keadaan jauh daripada Allah swt. Hatinya hanyut bersama cinta terhadap harta dan dunia, bahkan berpaling dari Allah swt. Jika seseorang sudah berpaling dari Allah, maka azab dan seksaan yang pedih adalah balasannya sebenar.

Di antara dua peringkat sifat suul khatimah tersebut, peringkat pertama adalah yang paling besar bahayanya. Ini sebagaimana yang telah diterangkan dalam al-Quran bahawa api neraka hanya akan menimpa orang-orang yang tertutup hatinya terhadap Allah swt. Sedangkan orang-orang mukmin yang bersih hatinya yakni tidak bersifat hubbud dunya (cinta dunia), dan selalu mengingati Allah adalah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah taala:

“Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun”- Surah As-syu’araa: 26:88-89

Kepada golongan tersebut api neraka berkata:

“Silakan kalian berlalu wahai orang Mukmin kerana cahaya yang ada padamu telah memadamkan nyalaan apiku.” - Hadith Riwayat Ya’la bin Munabih

Memang sangat bahaya jika seseorang itu mati dalam keadaan dikuasai oleh sifat hubbud dunya. Ini kerana, matinya manusia adalah sebagaimana hidupnya. Demikian juga dengan bangkitnya dari kubur sebagaimana dia mati. Jadi ianya saling bersesuaian.

Terdapat beberapa sebab yang membuatkan seseorang itu bersifat suul khatimah, walaupun dia seorang yang sangat berhati-hati, zuhud dan soleh. Ini disebabkan dalam niatnya terkandung bid’ah, bertentangan dengan sifat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. , para sahabat dan para tabiin.

Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada para sahabatnya tentang khawarij yang rajin bersembahyang dan membaca al-Quran.

“Dia lebih rajin dari kalian dalam urusan sembahyang dan membaca al-Quran, sehingga dahinya menjadi kehitam-hitaman. Akan tetapi, dia tidak merenung erti disebalik bacaannya, akibatnya sembahyangnya yang telah didirikan tidak diterima Allah taala”

Jika demikian, bid’ah adalahh adalah sifat yang sangat merbahaya kerana boleh menyesatkan keyakinan bahawa Allah Azza Wa Jalla itu seperti makluk. Contohnya, mengganggap bahawa Allah benar-benar duduk di atas Arasy (Singgahsana ghaib), padahal Allah itu ‘ laisakamislihi syai’un.

Kelak, setelah pintu hijab terbuka, maka barulah diketahui bahawa Allah tidak sebagaimana yang telah digambarkan dan akhirnya dia akan mengingkari Allah. Saat seperti itulah dia akan mati dalam keadaan suul khatimah. Apabila seseorang itu sudah hampir kepada sakaratul maut dan hijab pon terbuka, barulah dia sedar bahawa beginilah kenyataan masalah ini. Dia akan kebingunggan kerana tidak bersesuaian dengan apa yang yang dianggap selama ini. Dalam keadaan seperti inilah dia mati dalam keadaan suul khatimah, meskipun amalannya baik, Nauzu billah!
kumpulan artikel , 0 Catatan Tambahan | |
Wahai orang-orang yang ingin bebas dari segala mara bahaya dan yang ingin beribadat dengan benar-benar, semoga Allah melimpahkan taufikNya kepada kita. Dengan itu, wajib ke atas kita membekalkan diri dengan ilmu. Ini kerana, beribadat tanpa ilmu adalah sia-sia kerana ilmu adalah punca kepada segala perbuatan.

Perlu diketahui, ilmu dan ibadat adalah dua perkara yang saling berkait. Ini kerana, pada dasarnya, segala yang kita lihat, kita dengar dan kita pelajari adalah untuk ilmu dan ibadat.

Renungkanlah firman Allah

“Allah menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap - tiap sesuatu.”- Surah at Thalaaq:65:12

Dengan merenungkeindahan langit dan bumi, diharapkan kita akan memperoleh ilmu darinya. Dengan menyemak ayat di atas, ia sudah cukup jelas untuk membuktikan bahawa ilmu itu mulia, Lebih-lebih lagi ilmu tauhid kerana dengannya kita dapat mengenal Allah dan sifat-sifatNya.

Renungkanlah firman Allah dibawah ini;

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” - az Zaariyaat: 51:56

Perkara ini menunjukkan betapa mulianya ibadat dan ayat di atas cukup membuktikan tentang kemuliaannya serta kewajipan untuk sentiasa menjalankan ibadat. Sesungguhnya beser erti ilmu dan ibadat dan melupakan perkara-perkara lain yang batil. Ini kerana, dalam ilmu dan ibadat sudah terkandung segala urusan dunia dan akhirat.

Membangunkan negara dan mencipta kemakmuran juga termasuk ibadat jika dilaksanakan kerana Allah. Jadi, bersama ilmu dan ibadat, kita mencapai kebahgiaan dunia dengan kemajuan dunia yang sihat dan bukan yang menyesatkan, juga kebahgiaan di akhirat.

Seharusnya kita memusatkan perhatian dan fikiran hanya untuk ibadat dan ilmu. Jika demikian, kita akan menjadi kuat dan berhasil, kerana berfikir selain untuk ibadat dan ilmu adalah batil dan sesat sertan hanya akan membawa kehancuran ke atas dunia ini.

Kesimpulannya, tidak ada yang lebih baik dari ilmu dan ibadat. sehubungan dengan kemuliannya itu, Nabi s.a.w. bersabda;

“Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang menjalankan ibadat, ibarat kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara umatku”- Hadith riwayat al Haris bin Abu Uzamah dari Abu Said al Khudri, diperkuat dengan riwayat Tirmizi dari Abu Umamah.

Perhatikan pula sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut ini;

“Sekali melihat wajah orang yang berilmu, adalah lebih aku suka daripada beribadat selama satu tahun, rajin berpuasa dan mendirikan sebahyang malam. Ini kerana, sudah tentu orang yang berilmu yang mahu mengerjakannya”

Sabda Rasulullah s.a.w. yang lain:

“Adakah kalian tahu, siapakah yang paling mulia di antara penghuni syurga? Para sahabat menjawab: Bahkan kami ingin mengetahui perkara itu, ya Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah para ulama, orang-orang berilmu dan umatku”.

Kini, sudah jelas bahawa ilmu itu ibarat permata dan lebih utama daripada ibadat. Namun demikian, kita tidak boleh meninggalkan ibadat bahkan wajib beribadat dengan disertakan ilmu.

Umpamanya, sebuah pokok yang mana ilmu ibarat pohonnya dan ibdat ibarat buahnya. Maka, jika kita beribadat tanpa dibekalkan dengan ilmu, ilmu tersebut akan lenyap bagaikan debu ditiup angin. Di sini jelas menunjukkan bawah kedudukan pohon adalah lebih penting kerana pokok merupakan inti utama. Akan tetapi, buah mempunyai fungsi yang tidak kurang pentingnya. Oleh kerana itu, kita harus memiliki kedua-duanya iaitu ilmu dan ibadat.

Sehubung dengan itu, berkata imam al Hasanul Basri:

“Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari ilmu”.

Kini, keadaan semakin jelas, bahawasanya manusia perlu memiliki ilmu dan beribadat, di samping ilmu adalah yang paling utama. Ini kerana ilmu merupakan inti dan petunjuk dalam menjalankan ibadat. Jadi bagaimana hendak menjalankan ibadat jika tidak tahu caranya?

Perhatikan Sabda Rasulullah s.a.w

“Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya.”

Alasan bahawa ilmu adalah inti atau asas yang perlu didahulukan ialah:

Ibadat akan berhasil dan benar. Bukankah kita sepatutnya mengetahui siapa yang patut disembah sebelum kita menyembahnya. Apa akan terjadi jika menyembah, sedangkan yang kita sembah itu belum kita tahu ‘asma’ dan sifat-sifatNya, serta wajib dan mustahil bagiNya? ini kerana, kadang kala, seseorang mengiktikadkan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Maka ibadat yang demikian itu akan sia-sia.

Terdapat sebuah cerita yang mengisahkan tentang dua orang lelaki, yang seorang adalah orang yang berilmu yang tidak pernah beribadat dan seorang lagi adalah orang yang tidak berilmu tetapi menjalankan ibadat. Kemudian, keduanya diuji oleh seseorang tentang berapa kadar kejahatan bagi kedua orang tersebut. Maka si penguji itu pun mendatangi keduanya dengan berpakaian megah.

Dia berkata kepada orang yang rajin beribadat: “Wahai hambaKu, aku telah mengampuni seluruh dosamu. Maka sekarang engkau tidak perlu beribadat lagi”. Ahli ibadat menjawab “OOooh, itulah yang aku harapkan dari mu ya Tuhanku” Ahli ibadat menggap si penguji sebagai Tuhan, sebab dia tidak mengetahui sifat-sifat sebenar Tuhannya.

Selanjutnya, sang penguji mendatangi orang yang berilmu, yang ketika itu dia sedang minum arak. Penguji berkata “Wahai manusia, Tuhanmu akan mengampuni dosamu!” Dengan geram dia menjawab: “Kurang ajar! (sambil mencabut pedangnya) engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan?!.

Demikianlah, orang yang berilmu tidak akan muda ditipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya.

Kini, jelas bahawa setiap hamba Allah harus memiliki ilmu dan menjalankan ibadat dengan menggunakan ilmu sebagai inti atau asas yang perlu diutamakan.

Seterusnya Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Allah memberikan ilmu kepada orang-orang yang berbahgia, tidak kepada orang-orang yang celaka.”- Hadith Riwayat Abu Nuaaim, Abu Talib Al Makki, Al Khatibb dan Ibnu Qayyim

Kesimpulannya, ilmu memang merupakan inti (asas) yang perlu didahulukan dan kemudian diikuti dengan ibadat. Ini kerana, ibadat tanpa ilmu akan dihinggapi banyak penyakit yang merosakkan. Mengetahui dahulu zat yang harus di sembah, baru kemudian menyembahNya. Tanpa mengetahuiNya akan menimbulkan ‘Suul Khatimah’ (mati tanpa beriman kepada Allah) dan hasil ibadatnya itu menjadi sia-sia belaka.

Wallahualam.
kumpulan artikel , 0 Catatan Tambahan | |
Tidak mengherankan kalau kata sufi dan tasawuf dikaitkan dengan kata-kata Arab yang mengandung arti suci. Penulis-penulis banyak mengaitkannya dengan kata:

1. Safa dalam arti suci dan sufi adalah orang yang disucikan. Dan memang, kaum sufi banyak berusaha menyucikan diri mereka melalui banyak melaksanakan ibadat, terutama salat dan puasa.

2. Saf (baris). Yang dimaksud saf di sini ialah baris pertama dalam salat di mesjid. Saf pertama ditempati oleh orang-orang yang cepat datang ke mesjid dan banyak membaca ayat-ayat al-Qur’an dan berdzikir sebelum waktu salat datang. Orang-orang seperti ini adalah yang berusaha membersihkan diri dan dekat dengan Tuhan.

3. Ahl al-Suffah, yaitu para sahabat yang hijrah bersama Nabi ke Madinah dengan meninggalkan harta kekayaannya di Mekkah. Di Madinah mereka hidup sebagai orang miskin, tinggal di Mesjid Nabi dan tidur di atas bangku batu dengan memakai suffah, (pelana) sebagai bantal. Ahl al-Suffah, sungguhpun tak mempunyai apa-apa, berhati baik serta mulia dan tidak mementingkan dunia. Inilah pula sifat-sifat kaum sufi.

4. Sophos (bahasa Yunani yang masuk kedalam filsafat Islam) yang berarti hikmat, dan kaum sufi pula yang tahu hikmat. Pendapat ini memang banyak yang menolak, karena kata sophos telah masuk kedalam kata falsafat dalam bahasa Arab, dan ditulis dengan sin dan bukan dengan shad seperti yang terdapat dalam kata tasawuf.

5. Suf (kain wol). Dalam sejarah tasawuf, kalau seseorang ingin memasuki jalan tasawuf, ia meninggalkan pakaian mewah yang biasa dipakainya dan diganti dengan kain wol kasar yang ditenun secara sederhana dari bulu domba. Pakaian ini melambangkan kesederhanaan serta kemiskinan dan kejauhan dari dunia.

Diantara semua pendapat itu, pendapat terakhir inilah yang banyak diterima sebagai asal kata sufi. Jadi, sufi adalah orang yang memakai wol kasar untuk menjauhkan diri dari dunia materi dan memusatkan perhatian pada alam rohani. Orang yang pertama memakai kata sufi kelihatannya Abu Hasyim al-Kufi di Irak (w.150 H).

Oleh;
Harun Nasution

DAFTAR KEPUSTAKAAN

Arberry, A.J., Sufism, London, George Allan and Unwin Ltd., 1963.
Badawi, A.R., Syatahat al-Sufiah, Cairo, al-Nahdah al-Misriah, 1949.
Corbin, H., Histoire de la Philosophie Islamique, Paris, Gallimard, 1964.

——————————————–
Kontekstualisasi Doktrin Islam Dalam Sejarah
Editor: Budhy Munawar-Rachman
Penerbit Yayasan Paramadina
Jln. Metro Pondok Indah
Pondok Indah Plaza I Kav. UA 20-21
Jakarta Selatan
Telp. (021) 7501969, 7501983, 7507173
Fax. (021) 7507174
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Jalan yang ditempuh seseorang untuk sampai ke tingkat melihat Tuhan dengan mata hati dan akhirnya bersatu dengan Tuhan demikian panjang dan penuh duri. Bertahun-tahun orang harus menempuh jalan yang sulit itu. Karena itu hanya sedikit sekali orang yang bisa sampai puncak tujuan tasawuf. Jalan itu disebut tariqah (bahasa Arab), dan dari sinilah berasal kata tarekat dalam bahasa Indonesia. Jalan itu, yang intinya adalah penyucian diri, dibagi kaum sufi ke dalam stasion-stasion yang dalam bahasa Arab disebut maqamat -tempat seorang calon sufi menunggu sambil berusaha keras untuk membersihkan diri agar dapat melanjutkan perjalanan ke stasion berikutnya. Sebagaimana telah di sebut diatas penyucian diri diusahakan melalui ibadat, terutama puasa, shalat, membaca al-Qur’an dan dzikir. Maka, seorang calon sufi banyak melaksanakan ibadat. Tujuan semua ibadat dalam Islam ialah mendekatkan diri itu, terjadilah penyucian diri calon sufi secara berangsur.Jelas kiranya bahwa usaha penyucian diri, langkah pertama yang harus dilakukan seseorang adalah tobat dari dosa-dosanya. Karena itu, stasion pertama dalam tasawuf adalah tobat. Pada mulanya seorang calon sufi harus tobat dari dosa-dosa besar yang dilakukannya Kalau ia telah berhasil dalam hal ini, ia akan tobat dari dosa-dosa kecil, kemudian dari perbuatan makruh dan selanjutnya dari perbuatan syubhat. Tobat yang dimaksud adalah taubah nasuha, yaitu tobat yang membuat orangnya menyesal atas dosa-dosanya yang lampau dan betul-betul tidak berbuat dosa lagi walau sekecil apapun. Jelaslah bahwa usaha ini memakan waktu panjang. Untuk memantapkan tobatnya ia pindah ke stasion kedua, yaitu zuhud. Di stasion ini ia menjauhkan diri dari dunia materi dan dunia ramai. Ia mengasingkan diri ke tempat terpencil untuk beribadat, puasa, shalat, membaca al-Qur’an dan dzikir. Puasanya yang banyak membuat hawa nafsunya lemah, dan membuat ia tahan lapar dan dahaga. Ia makan dan minum hanya untuk mempertahankan kelanjutan hidup. Ia sedikit tidur dan banyak beribadat. Pakaiannyapun sederhana. Ia menjadi orang zahid dari dunia, orang yang tidak bisa lagi digoda oleh kesenangan dunia dan kelezatan materi. Yang dicarinya ialah kebahagiaan rohani, dan itu diperolehnya dalam berpuasa, melakukan shalat, membaca al-Qur’an dan berdzikir.

Kalau kesenangan dunia dan kelezatan materi tak bisa menggodanya lagi, ia keluar dari pengasingannya masuk kembali ke dunianya semula. Ia terus banyak berpuasa, melakukan shalat, membaca al-Qur’an dan berdzikir. Ia juga akan selalu naik haji. Sampailah ia ke stasion wara’. Di stasion ini ia dijauhkan Tuhan dari perbuatan-perbuatan syubhat. Dalam literatur tasawuf disebut bahwa al-Muhasibi menolak makanan, karena di dalamnya terdapat syubhat. Bisyr al-Hafi tidak bisa mengulurkan tangan ke arah makanan yang berisi syubhat.

Dari stasion wara’, ia pindah ke stasion faqr. Di stasion ini ia menjalani hidup kefakiran. Kebutuhan hidupnya hanya sedikit dan ia tidak meminta kecuali hanya untuk dapat menjalankan kewajiban-kewajiban agamanya. Bahkan ia tidak meminta sungguhpun ia tidak punya. Ia tidak meminta tapi tidak menolak pemberian Tuhan.

Setelah menjalani hidup kefakiran ia sampai ke stasion sabar. Ia sabar bukan hanya dalam menjalankan perintah-perintah Tuhan yang berat dan menjauhi larangan-larangan Tuhan yang penuh godaan, tetapi juga sabar dalam menerima percobaan-percobaan berat yang ditimpakan Tuhan kepadanya. Ia bukan hanya tidak meminta pertolongan dari Tuhan, bahkan ia tidak menunggu-nunggu datangnya pertolongan. Ia sabar menderita.

Selanjutnya ia pindah ke stasion tawakkal. Ia menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada kehendak Tuhan. Ia tidak memikirkan hari esok; baginya cukup apa yang ada untuk hari ini. Bahkan, sungguhpun tak ada padanya, ia selamanya merasa tenteram. Kendatipun ada padanya, ia tidak mau makan, karena ada orang yang lebih berhajat pada makanan dari padanya. Ia bersikap seperti telah mati.

Dari stasion tawakkal, ia meningkat ke stasion ridla. Dari stasion ini ia tidak menentang percobaan dari Tuhan bahkan ia menerima dengan senang hati. Ia tidak minta masuk surga dan dijauhkan dari neraka. Di dalam hatinya tidak ada perasaan benci, yang ada hanyalah perasaan senang. Ketika malapetaka turun, hatinya merasa senang dan di dalamnya bergelora rasa cinta kepada Tuhan. Di sini ia telah dekat sekali dengan Tuhan dan iapun sampai ke ambang pintu melihat Tuhan dengan hati nurani untuk selanjutnya bersatu dengan Tuhan.

Karena stasion-stasion tersebut di atas baru merupakan tempat penyucian diri bagi orang yang memasuki jalan tasawuf, ia sebenarnya belumlah menjadi sufi, tapi baru menjadi zahid atau calon sufi. Ia menjadi sufi setelah sampai ke stasion berikutnya dan memperoleh pengalaman-pengalaman tasawuf.

Oleh;
Harun Nasution

DAFTAR KEPUSTAKAAN

Arberry, A.J., Sufism, London, George Allan and Unwin Ltd., 1963.
Badawi, A.R., Syatahat al-Sufiah, Cairo, al-Nahdah al-Misriah, 1949.
Corbin, H., Histoire de la Philosophie Islamique, Paris, Gallimard, 1964.

——————————————–
Kontekstualisasi Doktrin Islam Dalam Sejarah
Editor: Budhy Munawar-Rachman
Penerbit Yayasan Paramadina
Jln. Metro Pondok Indah
Pondok Indah Plaza I Kav. UA 20-21
Jakarta Selatan
Telp. (021) 7501969, 7501983, 7507173
Fax. (021) 7507174
kumpulan artikel 1 Catatan Tambahan | |
Zaman berzaman berlalu, di mana ilmu tasauf terus mengibarkan sayapnya dalam memainkan peranannya dalam pembentukan umat Islam yang mantap. Walaupun dalam masa yang sama, tasauf juga sering mendapat tentangan yang hebat samada daripada musuh-musuh Islam mahupun dari kalangan umat Islam sendiri.

Jika direnung semula, kita akan dapati bahawa, ada di kalangan umat Islam yang menentang tasauf berdasarkan beberapa faktor antaranya: jahil tentang hakikat tasauf, dengki terhadap gerakan tasauf ataupun tidak mahu mengambil manfaat daripada ilmu tasauf itu sendiri kerana cintakan keduniaan dan sebagainya.

Jadi, risalah ini cuba untuk menjelaskan secara ringkas mengenai hakikat tasauf dalam beberapa siri Pengenalan Tasauf agar (sekurang-kurangnya) golongan yang jahil tentang tasauf mendapat imformasi yang jelas tentang apa itu tasauf?

Siri Pengenalan Tasauf ini didasari oleh buku-buku karangan Ustazuna Rahimuddin An-Nawawi (guru penulis) h.f.l. dan beberapa buku yang lain. Semoga perbicangan ini dapat di manfaatkan oleh sesiapa yang jujur dalam mencari hakikat sebenar Tasauf dalam Islam.

Fasal 1: Kedudukan Tasauf dalam Islam

Apabila kita membincangkan mengenai tasauf, perlulah kita ketahui terlebih dahulu beberapa persoalan penting iaitu, adakah tasauf merupakan suatu intipati dari ajaran Islam?

Jawapan:

Ya, tasauf merupakan intipati ajaran Islam berdasarkajn beberapa aspek:

Pertama: Tasauf merupakan antara intipati risalah Islam

Rasulullah s.a.w. merupakan utusan Allah s.w.t. yang berperanan untuk menjelaskan hukum-hakam Islam, menpraktikkan perundangan dan hukum Islam dalam masyarakat dan mendidik jiwa manusia (tazkiyah an-nufus) agar berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Setelah kewafatan Baginda s.a.w., para khalifah Islam memainkan peranan yang telah dimainkan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, setelah zaman khulafa’ Ar-Rasyidin, khalifah-khalifah Islam tidak mampu lagi berperanan dalam menjelaskan hukum-hakam Islam dan mendidik jiwa umat Islam.

Ini kerana, kebanyakan khalifah-khalifah Islam tidak lagi menguasai ilmu-ilmu untuk mengeluarkan hukum Islam dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, seterusnya tidak mampu juga untuk menjelaskan mengenai hukum syariat Islam dengan jelas. Maka, timbullah golongan fuqaha’ yang mengambil peranan dalam menjelaskan hukum-hakam Islam kepada masyarakat. Golongan tersebut mendalami ilmu Fiqh dan Usul-Fiqh sebagai dasar untuk mengeluarkan hukum-hukum Islam dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dan menjelaskan kepada masyarakat mengenai syariat Islam.

Adapun dalam bidang pendidikan jiwa pula, maka timbullah suatu golongan yang lain, yang mengambil peranan dalam mendidik jiwa umat Islam dengan pendidikan akhlak yang mulia. Golongan tersebut pada mulanya dikenali oleh golongan zuhhad (orang-orang zuhud) dan kemudiannya lebih dikenali dengan golongan sufiyah (orang-orang sufi). Pendidikan jiwa dan akhlak yang dilaksanakan oleh mereka pula lebih dikenali dengan ilmu Tasauf.

Maka, hal ini jelas bahawa, tasauf merupakan antara intipati risalah Islam yang mana, ianya juga termasuk dalam bidang tugas Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan risalah Islam. Ini kerana, antara intipati ajaran Islam ialah, penyucian jiwa dan tasauf merupakan manhaj penyucian jiwa yang diamalkan oleh golongan sufi dalam membersihkan jiwa umat Islam.

Kedua: Tasauf merupakan antarqa rukun agama Islam

Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. :

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم، إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب. شديد سواد الشعر. لا يرى عليه أثر السفر. ولا يعرفه منا أحد. حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم. فاسند ركبتيه إلى ركبتيه. ووضع كفيه على فخذيه. وقال: يا محمد! أخبرني عن الإسلام . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم. وتقيم الصلاة. وتؤتي الزكاة. وتصوم رمضان . وتحج البيت ، إن استطعت إليه سبيلا قال: صدقت. قال فعجبنا له. يسأله ويصدقه. قال: فأخبرني عن الإيمان. قال: أن تؤمن بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الآخر. وتؤمن بالقدر خيره وشره قال: صدقت. قال: فأخبرني عن الإحسان . قال: أن تعبد الله كأنك تراه . فإن لم تكن تراه ، فإنه يراك . قال : فأخبرني عن الساعة. قال: ماالمسؤول عنها بأعلم من السائل قال: فأخبرني عن أماراتها . قال: أن تلد الأمة ربتها . وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء، يتطاولون في البنيان. قال ثم انطلق. فلبثت مليا. ثم قال لي: يا عمر! أتدري من السائل؟ قلت: الله ورسوله أعلم. قال: فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم .
متفق عليه

Yang bermaksud: “… berkata pemuda itu kepada Rasulullah s.a.w.: ” beritahu saya tentang apa itu Islam?”…Sehinggalah pertanyaan yang ketiga di mana pemuda itu bertanya: “beritahu aku tentang ihsan?” Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa, ihsan ialah, bahawasanya kamu menyembah Allah s.w.t. seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, ketahuilah bahawa Dia melihat kamu”. (Muttafaq ‘alaihi)

Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa, rukun agama ada tiga iaitu: Iman, Islam dan Ihsan. Adapun tasauf tidak lain dan tidak bukan ialah perbahasan mengenai Ihsan itu sendiri. Ilmu tasauf membincangkan mengenai bagaimana untuk menyempurnakan amalan seseorang muslim, yang mana ianya merupakan ilmu tentang perbahasan Ihsan yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut.

Ketiga: Tasauf merupakan hakikat bagi Syariat Islam

Berdasarkan hadis tersebut, Islam merupakan peringkat amalan yang zahir, dalam bentuk ibadat, pergaulan dan sebagainya yang mana tempatnya ialah pada anggota zahir manusia. Adapun perbincangan mengenainya dibincangkan dalam ilmu Fiqh dan ianya dikenal juga sebagai Syariat.

Manakala, perbahasan iman, merupakan perbahasan tentang kepercayaan hati seseorang, samada keimanan kepada Allah s.w.t., para Rasul-Nya a.s. dan perkara-perkara yang ghaib yang lain. Ilmu tersebut dibincangkan oleh para ulama’ ilmu Tauhid.

Adapun Ihsan, ianya merupakan perbincangan dari sudut kerohanian manusia di mana letaknya di hati rohani manusia. Ia membincangkan mengenai perasaan manusia dalam bermuamalah dengan Allah s.w.t. dengan adab-adab dan akhlak-akhlak yang mulia. Ia juga membincangkan mengenai perkara-perkara yang lahir dari hasil berbaik hubungan dengan Allah s.w.t. samada dalam bentuk perasaan (azwaq) maqom (kedudukan kerohanian seseorang) dan sebagainya. Inilah yang dipanggil sebagai hakikat.

Untuk menjelaskan tentang hubungan antara Syariat dan Hakikat, kami bagi contoh iaitu solat.

Solat secara syariatnya (atau secara zahirnya) merupakan pergerakan-pergerakan khusus seperti mengangkat takbir, ruku’ sujud dan sebagainya. Adapun hakikat (atau batinnya) bagi solat ialah, khusyuk, atau rasa kehadiran hati dalam mengingati Allah s.w.t.

Solat yang didirikan secara zahir dipanggil syariat dan khusyuk merupakan hakikat ibadah solat tersebut. Ibadah solat zahir tanpa khusyuk bererti, ibadah tersebut mati tanpa roh atau hakikat. Manakala, tiada hakikat tanpa syariat. Ini kerana, syariat perlulah sejajar dengan Syariat.

Maka, untuk mendapat kelazatan dalam beribadah, perlulah disertai dengan hakikat ibadah itu sendiri, iaitu, rasa kewujudan Allah s.w.t. yang memerhati kita, dalam hati kita. Untuk mendapatkan perasaan tersebut, perlulah dengan toriqah. Tariqoh ialah, melawan hawa nafsu, membuang sifat yang buruk dan berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Maka, kesimpulannya:

Syariat: Asas

Toriqah: Jalan

Hakikat: Hasil

Maka, tasauf merupakan ilmu yang membincangkan jalan untuk sampai kepada hakikat ibadah. Demikianlah sedikit sebanyak penjelasan tentang kedudukan tasauf dalam Islam. Jelaslah kita bahawa, tasauf merupakan intipati dari ajaran Islam dan ianya juga merupakan proses penyempurnaan ibadah seseorang manusia dan proses pendidikan jiwa supaya manusia beradab kepada Allah s.w.t.

Wallahu a’lam….

AlFaqir ila Rabbihi Al-Jalil

Ahmad Mukhlis As-Syazuliyah Al-Darqowiyah

09 Mac 2006 M

مدخل الى التصوف الصحيح الاسلامى للأستاذ رحيم الدين ص:8

Ibid, m/s 20

Ibid, m/s 21

Ibid
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |
Syair ini gubahan Imam Al-Ghazai bagi menggambarkan sifat dan tabiatnya:

Cita-cita mereka yang menuntut taqarub kepada Tuhan telah berhasil dan telah sampai kepada tujuan, maka berbahagialah kekasih menemui kekasih.

Tinggallah kita terombang ambing kebingungan antara sampai dan belum.

Kita hanyalah mendekati hamba, padahal taqarrub kepada Allah adalah suatu perkara yang mahal harganya, demikian ini adalah menurut fikiran yang sihat.

Berilah kami siraman yang dapat melenyapkan rasa bingung dan menunjuk kepada jalan yang benar dan lurus.

Wahai doktor, balutlah luka-luka agar aku dapat diselamatkan dari penyakit parah.

Aku tidak tahu apakah aku harus mengubati penyakitku dan dengan apa aku dapat keuntungan daripada hisab.

Rujukan: Kitab Minhajul Abidin- Imam Al-Ghazali
kumpulan artikel 0 Catatan Tambahan | |