Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI KELUARGA. Papar semua catatan

Program: Khemah Ibadah
Peserta: 80 Orang Pelajar Politeknik Johor Bahru



Assalamualaikum wrh. wbt. Apa khabar sahabat2 dsantai. Saya minta maaflah lama xupdate. sibuk dengan planning tour untuk tahun depan. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Saya selalu mengadakan Program berbentuk Motivasi, Tamrin, Kem Kepimpinan untuk sekolah / IPT sekitar Johor. Bermula tahun ini program saya mula mendapat sambutan di Kedah dan Perak. Dan InsyaAllah, untuk Tahun depan Tour akan meliputi seluruh Kawasan.

Program-program yang saya handle adalah berbentuk semi-charity. Di mana Kos program tersebut di tanggung sepenuhnya oleh Penganjur. Manakala khidmat motivasi dan pengurusan program oleh saya adalah percuma. Hanya perlu menanggung tambang perjalanan dan makan saya sahaja. Terdapat banyak konsultant yang ada sekarang adalah berorentasikan keuntungan semata-mata (Bukan semua). Ini menyebabkan tujuan atau objektif program kadangkala tidak tercapai. Ini kerana terdapat motivator/konsultant yang melaksanakan program mengikut kadar bayaran.

"Alahai bayar pon ciput jerk.. so program pon cikai la.. ok la tu"

Dan lagi menyedihkan lagi ada sesetengah konsultant motivasi yang mengenakan bayaran yang agak mahal tetapi hanya menggunakan modul-modul zaman jurasic park!. Modul-modul seperti pulau impian, Sungai asid, Kapal karam dan sebagainya sepatutnya tidak lagi digunakan. Ini kerana modul-modul ini adalah modul-modul umum yang telah diketahui ramai.

"Eh dah tahu ek? macam mane tahu ye?"
"Alah bang, permainan ni kami main masa sekolah rendah dulu lah!"
"err... alamak!"


Sepatutnya program-program yang berbayar mahal ni tampil lah dengan modul sendiri. Cukupkah sekadar menggunakan modul-modul lapuk sedangkan mereka (pihak penganjur) membayar dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"

Kadangkala saya sedih bila mengenangkan nasib sekolah-sekolah kecil yang terpaksa melaksanakan program motivasinya sendiri lantaran tidak mampu untuk menggunakan khidmat konsultant atau motivator luar.

Saya tidak memaksa konsultant atau motivasi bertindak seperti saya dengan memberikan khidmat percuma. Kerana saya tahu, ia merupakan periuk nasi mereka. Cuma saya harapkan janganlah terlalu berorentasikan bayaran. Kadangkala kita perlu bertimbangrasa dalam mengenakan bayaran bagi organisasi-organisasi non-profit atau sekolah-sekolah kampung atau pendalaman.

Atas kesedaran ini, saya mula merancang untuk menyediakan khidmat motivasi secara percuma. Ini kerana tujuan utama saya dalam misi ini ialah dakwah. Dakwah yang disampaikan secara tidak langsung melalui motivasi-motivasi kendalian saya.

Semoga Allah membayar "upah" saya di akhirat kelak, Amin.

Dengan pengalaman mengendalikan program-program sebelum ini, insyaAllah saya akan menafaatkan untuk kebaikan bersama. Oleh yang demikian, bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi saya.

Catatan: Sebarang tempahan hendaklah di maklumkan dengan lebih awal bagi memudahkan saya menyusun jadual program.

PROGRAM LATIHAN BERMODUL


Kem Islamisasi Akhlak Remaja (KISAR)
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
2 Hari 1 Malam / 3 Hari 2 Malam

Recall
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
Latihan bermodul selama 3 jam (sesi malam)

Kem Motivasi Kecemerlangan
(Program Mind Setting untuk calon Peperiksaan UPSR, PMR atau SPM)
2 Hari 1 Malam

SIRI CERAMAH

Parenting
Ceramah Motivasi untuk Ibu Bapa bersama anak

Pembentukan Sahsiah / Matlamat
Ceramah Motivasi Pelajar


Sila emailkan sebarang pertanyaan di dakwahsantai@gmail.com


Assalamualaikum sahabat dsantai.. aduhh.. penat buang sawang kat blog nih... Alhamdulillah hari baru free sket.. keje semua dah settle.. anyhow.. sekarang dok sibuk tengah buat persiapan menyambut kelahiran portal pertama yg ana buat... www.rakanusrah.com mungkin ada yang tertanya...

nak buat ape buat portal... blog ni pon jarang ekau menulis...
sebab eden malas menulis la maka eden buat portal ni.. biar ekau pulak menulis... ponat tau tak?.. hehehe..

kalau ada masa... pi la jengan portal tuh.. nak kutuk ke nak hape ke.. sile.. sile... opsss.. terlajak plak.. ni ha... macam yang ana janji arituh nak kongsi satu lagi modul... modul yang sangat sesuai nak kasik orang nangis.. Modul MurahBasah!

eh murahbasah? bukan muhasabah ke?

same jerk... program untuk bagi peserta2 basah dengan air mate..

Ooo...

Modul ni adalah perkongsian yang kedua dari sahabat dsantai.. mekasih den ucapkan kat serikandi (bukan nama sebenar)

Uiks? macam citer kisah benar dalam TV la plak... bukan name sebenar..

dah... dah.. ekau jangan dok ngarut.. meh kita tengok penjelasan pasal modul nih..

modul ini "hampir sama tapi tak serupa" dengan modul yang Murahbasah yang ana selalu guna untuk program bersama pelajar2 IPT. cuma ada beberapa perbezaan perjalanan "drama" tersebut. Ni antara rakaman program Kem Rekreasi Minda yang ana anjurkan untuk politeknik johor bahru. Modul ni ana akan kongsi nanti insyaAllah!

bile?
entah!


Lagu latar belakang oleh Kumpulan Nasyid Aeman: Buatmu Ibu



Ok seterusnya jom kita tengok modul yang dikirimkan oleh sahabat dsantai kali ni..

Peralatan: Pen/ Pensil, Kertas A4, PA System, Lagu Aeman; Buatmu Ibu, Lagu Kitaro
Masa: +- 1 Jam

Assalamualaik W.B.T..salam ukhwah..kaifah haluk?..diharap ust dalam Perlindungan dan Rahmatnya dan dipermudahkan urusan..kali ini ana ingn berkongsi lg sebuah modul(agak menarik kot)..bak kate pepatah ust....sharing is caring... ana minat lawati blog2 yg membaikpulih dan membina ni..cnthnye blog ust,satuperkongsian-ust fauzi, inijalanku-ust halim dan mcm2 lg..


sebelum tu ana ingin menerangkan tentang modul ni..modul ni berkisarkan tentang ibu,tapi boleh gak dtukarkan untuk bapa,,tak lame lg kite akan menyambut hari bapa..modul ni digunapakai untuk muhasabah diri bagi peserta pada minggu orientasi atau minggu suaikenal(ketika ana dikolej dulu) ..tujuan modul ni ialah untuk mengingat para peserta motif merrka datang (belajar) dan menaikkan semangat mereka.

terus kepada modul..contoh peserta ialah kalangan pelajar kolej yg baru daftar...modul ni dijalankan malam kedua..kebiasaannya..

Para fasi plak dibahagikan kepda dua team..team pertama membawakkan "watak panas" dan team kedua membawa "watak sejuk".. Watak sejuk ialah watak memujuk manakale watak panas adalah watak marah.. watak2 ini akan membantu ketua fasi ketika sesi "membasuh" para peserta

Assalamualaikum semua...

Waalaikumsalam... Jawab peserta agak lemah

eh... macam orang tak makan setahun jek bunyinyer... ngomel Ketua Fasilitator

Assalamualaikum semua!!! Ketua Fasi sekali lagi memberi salam

Waalaikumsalam warahmatullahiwabarokatuh! Bergema suara para peserta memenuhi dewan.

Ha... macam tu la anak bapak... ini tidak... lembik dek dek jerk..
Ketua Fasi memuji-muji peserta.

Baik... macam mana hari kedua kat kolej ni? best tak?

Bestttt!!! jerit peserta kegirangan

Bagus.. ada sapa yang rasa tak best...? saya nak hantar balik sekarang?

Tak de..

Makan cukup?

Cukup... tido jerk tak cukup...

Biasa la time program tido memang tak cukup... nak cukup tido balik umah la ye..

Mandi pon tak cukup.. terdengar suara protest dari peserta

Mandi tak cukup? OOoo patut la bau hanget semacam jerk.. biasalah.. time program kita memang macam tu... program ni nak uji sama ada kamu boleh adapt tak dengan suasana dan tekanan... ni baru siket neh..

Baiklah... sapa tahu 15 haribulan jun hari apa?..

erm.. hari ahad..

Ye memang hari ahad... tapi apa peristiwa yang berlaku pada 15 jun?
para peserta menggaru-garu pelipis yang tidak gatal... juga kelihatan ada diantara mereka berbisik-bisik.. peristiwa ape ye?.. entah la..

Tak tahu?... isk isk isk..

Hari Bapa...
terdengar laungan kecil dari penjuru dewan..

Ye betull... hari bapa..


Sapa panggil bapak dia dengan gelaran bapa angkat tangan?

Kelihatan beberapa orang peserta mengangkat tangan..

dengan panggilan ayah?

Kelihatan ampir separuh dewan menganggkat tangan..

Daddy?

kelihatan beberapa orang mengangkat tangan.. tak kurang yang mencebih dan menyorak..
daddy konon! ceh.

Baiklah... kamu semua sayang tak bapak atau ayah anda?

Sayang.....
Gemuruh suara para peserta

Sayang banyak mane?


Banyak banyak la...

Yerlah banyak mane?

Banyak.. banyak... seluruh alam...

Baik, kalau sayang.. semua ikut cakap saye, ulang apa yang saya cakap... boleh...

Boleh..

Awak... awak...
suara ketua fasi mengada-ngada
awak... awak...
lunak suara peserta mengikut ketua fasi.

Tak cukup manja... sekali lagi...
awak.. awak...
Peserta:awak... awak..

Ketua Fasi:awak tahu tak...
Peserta:awak tahu tak....

Ketua Fasi:kite sayang mak ayah kite....
Peserta:kite sayang mak ayah kite...

Ketua Fasi:sayang banyak-banyak tau wak...
Peserta:sayang banyak-banyak tau wak...

Ketua Fasi:Kite nak peluk derang....
Peserta:Kite nak peluk derang....

Ketua Fasi:kite nak cium...
Peserta:kite nak cium...

Ketua Fasi
:sayang.... mak ayah kite...
Peserta:sayang.... mak ayah kite...

Ketua Fasi
:Muahhh..
Peserta:Muahhh..

HIsssss!! boleh tahan jugak gatal antum semua yek! Ketua Fasi menyakat peserta...
Ada diantara peserta terbahak-bahak... tak kurang yang menelan air liur..


Ok baik.. sekarang saya nak kamu keluarkan kertas dari fail kamu dan sebatang pen.

Para peserta bangun mendapatkan fail masing-masing... setelah mendapatkan pen dan kertas.. mereka kembali duduk di tempat masing-masing.

Dah sedia semua?
Dah...
Baik... sekarang saya nak kamu semua lukis gambar wajah ayah kamu...
ala... tak reti lukis la...
Tak pe... tak semestinya kena lukisan cantik... just gambaran pon dah ok... yang penting ia menggambarkan identiti ayah / bapa kamu.. kemudian tuliskan kata-kata atau amanat ayah kamu ketika kamu di terima masuk ke sini... saya percaya pasti ada ucapan, nasihat atau kata-kata yang di lafazkan kepada anda... dan juga janji anda kepada bapak anda

Para peserta pun memulakan aktiviti melukis wajah ayah mereka... aktiviti ini diiringi dengan muzik latar belakang kitaro.. terdapat riak-riak wajah gembira, kaku, malu, pilu di wajah para peserta.

setelah para pserta siap melukis..

Baiklah... dah siap?
Dah...

Baik.. sekarang saya nak kamu semua.. cuba tengok gambar yang kamu lukis tuh... cuba renung lukisan tu.... kemudian cuba bayangkan wajah mak dan ayah awak sedang tersenyum melihat awak...

Bayangkan kedutan di alis pipi mak dan ayah awak...
Bayangkan kasarnya tangan ayah..
Bayangkan betapa bersihnya wajah ibu dan ayah awak..

Ketika saat ini lagu latar belakang di mainkan.. antara lagu yang sesuai; lagu kitaro,

Sekarang... bayangkan anda sedang berbicara dengan mak dan ayah anda... katakan pada mereka anda sayangkan mereka... kasihkan mereka... anda rindukan mereka...

Kelihatan para peserta agak sayu... ada yang menitiskan air mata...

Sekarang saya nak awak ikut saya.. Lantas dengan perlahan ketua fasi merenyukkan sekeping kertas putih di tangannya kemudian mencampakkan ke hadapan.

Deruan air mata dan esakkan tangisan semakin jelas kelihatan.. kelihatan ada peserta sambil menangis merenyukkan kertas tersebut dan mencampakkan kertas tersebut... ada yang hanya sekadar merenyukkan kertas tersebut... ada yang hanya mampu menangis sambil menatap kertas yang terlukis gambar dan mak dan ayah mereka

Ha... yang dah renyuk tu buat apa lagi.. campak ke hadapan! yang tak renyuk tu renyuk sekarang... cepat! tiba-tiba suara ketua fasi mula meninggi.

Eh... masih ada yang tak faham... renyuk cepat... fasi tolong saya.. suruh yang tak renyuk tu renyuk cepat... jangan bagi saya naik angin

Maka fasi mula mengambil peranan..

Alah.. renyuk jer.. tu bukan gambar mak dan ayah awak... kang ketua fasi marah.. akak tak tau.. Fasi cuba memujuk peserta merenyukkan kertas tersebut.

Eh.. anta dengar tak arahan ketua fasi.. renyuk... dengillah awak ni... tah tah.. ni gamaknyer sikap awak ngan mak dan ayah awak..? degil! hisss!!! Suara Fasi membingit di suatu sudut yang lain.

setelah kira-kira 10-20 minit provokasi... lampu dewan pun di padamkan..

Kemudian, kedengaran suara latar belakang menceritakan tentang kisah anak derhaka..
Setelah cerita tamat... para fasi bersama-sama dengan peserta... cuba memujuk peserta...
pastinya saat ini para peserta dibasahi dengan air mata... esakkan seorang anak rindukan mak dan ayah...

Lagu Aeman; Buatmu Ibu mengiringi tangisan para peserta... seterusnya lagu teman sejati di mainkan bagi meredakan ketegangan antara fasi dan peserta... para peserta berpelukkan antara satu sama lain.. bahu membahu... mengikat janji akan mengasihi, menyayangi dan menghormati ibu dan ayah mereka selain berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi membela nasib orang tua mereka.

Tamat.

p/s Ketua Fasi memberi rumusan mengenai slot yang telah berlaku.



Catatan:
Kertas dan pensel di bekalkan kepada peserta. Lebih baik taruk dalam fail awal-awal.
Fasi jangan sentuh atau guna bahasa kesat pada peserta.
Sekiranya ada peserta melawan (secara kasar) jangan tambah profokasi.

Ok... setakat ini sajelah modul kali ni.. owh terlupa... kisah mengenai anak derhaka tu.. pepandai la sahabat2 dsantai reka sendiri.. kalau gamak tak tahu... ana akan kasik skrip pentomin tuh kat sahabat-sahabat dalam posting akan datang... bile? Wallahualam... ingat kan ana kay... Wassalam. eh.. lupe satu bende lagi...

Tak faham or inginkan penjelasan lebih lanjut mengenai modul ni... tulis di bahagian komen ye.. dan jangan lupa tuliskan sekali ape yang tak faham tuh... agar senang ana menjawabnye.. juga terima kasih kepada serikandi yang kongsi modul ni... harap-harap olahan cerita ana ni kene lah ye dengan modul yang cuba di kongsikan... kalau tak kene pun buat-buat kene lah ye.. Wallahualam.
Assalamualaikum...

Ape khabar sahabat dsantai sekelian.. maaflah.. semenjak-dua menjak ni agak sibuk.. sampai xdan nak update blog nih... tu lah.. ni jerk kemampuan yg ada pada ana untuk menulis..

Mulanya nak menulis semalam... tapi perut buat hal lagik.. memule ingat sket jerk... so tahan jerk... then.. bile dah dekat magrib tuh makin teruk... gi klinik hidayah kat bagan serai... ambik ubat.. then balik.. makan ubat.. Alhamdulillah... dengan izin Allah hari dah ok.

Posting kali ni xde isu sangat nak sembang.. just nak kongsi kegembiraan dengan sahabat2 sekelian... sebelum ni hampir 21 tahun ana terpisah dengan Ayahanda ana, tapi dengan izin Allah... ana dapat bertemu balik dengan ayahanda ana... memule feeling lah jugak... ala-ala macam fitrah kasih plak.. b4 this ana pernah jumpa... rasanya mase darjah 3 kot.. lepas tu terpisah.. ayahanda ana dengan kakak ana berhijrah ke Sweden. B4 this, kami sekeluarga memang tinggal di sweden. Tetapi kerana takdir dan ketentuan ilahi... mama dan abah ana bercerai. masa tu ana kecik lagi.. so ana ikut my mom.. menetap di malaysia manakala kakak ana ikut abah ana tinggal di sweden...

setelah hampir 10-11 tahun my dad ngan my sis kat sweden, abah dengan kakak ana pon balik mai malaysia... masa tu rasanya ana kecik lagi.. tapi ana boleh ingat peristiwa tuh... abah datang dengan kakak ana ke umah mak sedare (yg jage ana waktu tuh).. derang nak ambik ana.. tapi ana tak nak... maybe sebab sejak kecik sampai umur time tuh... ana membesar dengan mak sedare... so ana xberapa kenal my dad... tambahan plak.. my sis waktu tuh.. diam jerk.. may be sebab die x reti berbahasa melayu kot (just tahu bahase sweedish, jerman dan english).. so mane la mau ana nak ikut.. at the same time jugak.. ade berlaku salah faham sket.. my dad macam terasa hati.. then dia pon balik semula ke sana.

so ana pon terus membesar dengan mak sedara dan sepupu yang menjaga ana.. hari demi hari.. , tahu demi tahun... lama2 ana pon dah lupa pasal abah ana...

tetapi apabila makin meningkat dewasa... ana mula faham.. bagai mana perasaan seorang ayah...
dan apa tanggung jawab seorang anak... maka terdetik di hati ana untuk cari ayah ana dengan kakak ana...

b4 that puas jugak ana cari... telefon sana.. telefon sini... tapi... xberjaya...
ana tanya sedara-sedara terdekat... derang kat abah ana ada kat bandar baru... ade kedai gas kat sana..

so ana gamble jerk... drive pi sana... memula pi cari ikut jalan biasa.. ikut parit buntar... tak jumpe... 2-3 kali cari xjumpe... then tanye sepupu ana.. dia cakap ikut highway senang... so pi la... tanya sana.. tanya sini... sesat sana... sesat sini... so jumpa la kedai tuh.. rupanya bukan di bandar baru.. tapi di pekan serdang...

so bile sampai sane... ana pon berenti kereta depan kedai gas yang di penuhi dengan tong2 gas..

"err... en Ahmad ade tak" tanye ana pada seorang perempuan separuh umur.
"err... en Ahmad xde... die naik lori gi hantar gas" balas perempuan tersebut...
"err... bile die balik ye?"
"selalunya sebelum maghrib"

"nak jumpe die ker?"
"a'aah ... saye nak jumpe die..."
"erm.. pasal nak beli gas ke?"
"er.. xlah... ada urusan sedikit"
"urusan ape yer?"

"alamak.,.. makin banyak tanye plak makcik nih... ape aku nak cakap nih?" gerutu hati ana

hajatnya ana ingat nak buat kejutan la.. tapi dah gaya macam ni.. kene terus terang nih kat makcik nih...

"erm... macam ni... makcik nih... isteri En. Ahmad ke?"
A'aah.. saye isteri en Ahmad"
"erm.. macam ni... sebenarnya... saya ni.. anaknya"
"err.. a..a.anak die?"
"yerp.. saya sani.. anak die.., saye ingat nak jumpe die"
"owh... sani... " jawab makcik dengan sedikit terkejut...

"xperlah... kalau die xde, lain kali lah saye datang..."
"eh.. xpe.. tunggu lah kejap... jebat... gi beli air jap.." ujar makcik
"ni jebat.. adik sani... " makcik memperkenalkan jebat.. ana sulung dari isteri kedua ayahandaku.

Jebat bertubuh sasa.. agak tinggi orangnyer... sempat sebelum pulang.. ana peluk die... mak aih.. ingatkan ana jerk saiz gergasi.. rupanya.. adik ana ni lagi besar orangnya..

ketika minum.. sementara menunggu ayahanda ana.. kami berbual2 kosong... xbanyak di ungkapkan.. muka makcik agak sebak.. matenye dah merah... entahlah sebab apa.. ana pulak dah xreti nak berkata2... hampir 1 jam menunggu... ana terpaksa beralah... hari dah makin lewat.. kebetulan malam tuh ana mengajar ngaji bebudak kat rumah.. lupe nak batalkan..

ana mintak pertemuan petang tuh.. di rahsiakan.. sebab ana akan datang semula minggu depan.. nak supprise la konon..

tetapi beberapa hari selepas tuh.. makcik telefon bagi tau.. yang dia segan.. nak rahsiakan dari ayahanda... rasa mcm serbe salah.. so ana kata.. ok lah macam tu.. alang2 dah bagi tau.. inform kakak ana sekali... sebab kakak ana xduduk sekali dengan ayahanda... dia kat usm.. sambung belajar lagik.. anak2 ngan suami dia ada kat parit buntar tapi ana xtau tempat.

seperti yang di janjikan.. minggu depan ana pi la balik kedai tuh... then ana di jemput naik ke tingkat atas... ana di sambut oleh seorang "pakcik" yang pada hemat ana umur dalam lingkungan 50 tahun.. bila naik ke atas... makcik memperkenalkan...

"Sani.... ni la abah sani.."

ana agak tergamam... sebak.. terkejut.. keliru.. semua ada... hampir 17 tahun ana terpisah...

lepas minum.. kami pon sembang2.. ana di kenalkan dengan sorang lagi adik ana.. adik bongsu... mahsuri namenye.. eh.. semalam jebat... ni mahsuri... semua nama mcm citer dolu2 yerk.. ana di fahamkan ada sorang lagi adik ana... Alham namenyer.. die kat asrama..

di sebabkan kakak ana xsampaie2 laie.. ana pon makan tengahari dulu ngan ayahanda.. makcik masak banyak lauk.. ana xberapa nak makan.. entah la segan.. kekok.. semua nya ada...
baikkk dok tengah makan... kakak ana pon sampai... ish.. lain betul muke die dengan dalam gambar dulu2...

selesai makan... dok atas kerusi.. kami pon sembang....

satu demi satu sejarah di ungkapkan semula...
hum... x sanggup ana nak citer balik...
ala2 fitrah kasih la jugak...
berhamburan air mata...

selepas mendengar apa yang terjadi... baru ku tahu.. segala sangkaan ku.. tidaklah seperti apa yang ana sangka.. jika tak mendengar penjelasannya pada petang tuh... mungkin sehingga kini ana masih x memahami apa yang berlaku dan terus menyalahkannya...

selepas tuh... boleh di katakan setiap minggu kalau xde ceramah ana akan balik ke sana...

bertahun lamanya... hati ini terasa tersiksa akibat tidak merasai bagaimana pelukkan seorang ayah... bertahun lamanya.. x rasa macam mana perasaan mencium tangan seorang lelaki yang bernama ayah....

sebelum ini setiap kali raya... ana menagis keseorangan... dambakan kasih seorang ayah...
terlalu ingin merasai.... bagaimana kasar tangan seorang ayah memegang tanganku...

tetapi kini... Alhamdulillah... Allah telah kurniakan kepadaku semula.. di saat umur ayahanda ku mencecah 66 Tahun 4 bulan, aku masih sempat berjumpa dengannya dan menagih cinta dan sayang seorang anak kepada ayah.. alangkah bahagianya...

Oleh yang demikian, sahabat2... ana nasihatkan... sayangilah ayahanda... walaupun kadang2 kita mengganggap ayah kita tidak memahami kita... x ambil berat... tetapi sebenarnya di sebalik perangainya itu tiada siapa tahu bagai mana perasaan kasih dan sayangnya seorang ayah kepada anaknya... hayatilah lagu di bawah ni...

Sila Klik untuk mainkan lagu








Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Artist : In-Team


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..



"Semua peserta di minta keluar barisan dan berada di dalam bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu..
gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...

... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua"
ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.

ok bersedia?

BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..

Prittttt!!! wisel dibunyikan...

maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...

Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...

keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...

Baik... semua dapat gula-gula?

Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..

Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator

Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?

Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...

OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?

errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah

Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..

peserta semua diam sambil menundukkan kepala..

nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??

semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk

ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??

10 sen..

baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?

Lebih..

dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??

peserta semua terdiam...

inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??

para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...

kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum...
suara fasilitator agak meninggi..

peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...

tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..

air mata semakin deras mengalir di pipi..

ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..

Nih tengok... baca! apa yang tertulis..??
ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"

Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...

ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...

dah..
jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing

ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"

maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...

"Ok dah suap?"

"Dah..." jawab peserta kegirangan

Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?

er.. dah ustaz suruh?

aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?

hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..

"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."

dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"

maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...

dah peluk...? soal ketua fasilitator

dah. jawab peserta dengan ringkas.

aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator

alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..

"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."

"err... para peserta masih berdiri"


"tak pe lah..

lah... ana kata duduk.. duduk la.."

"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."

"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."


3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...

"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator

"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"

"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"

"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."

"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."

"alamak.. kena lagi..."
para peserta mengeluh kerana salah memilih...

ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..

-Tamat-

p/s Modul Semut Gila ini sesuai untuk digunakan semasa sesi Ice Breaking.. Qias untuk kotak, plastik dan kerusi boleh di ubah sekiranya ia digunakan untuk pelajar sekolah seperti berikut.

Kotak: Harapan Pelajar
Plastik=Hati Mak Ayah
Kerusi= Masa depan Pelajar
Gula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

sekiranya ada sahabat-sahabat dsantai nak menggunakan modul ni untuk program sahabat-sahabat dsantai... gune lah.. tak faham.. leh tanya... boleh bantu ana cuba bantu, InsyAllah..

Perhatian:

1. Asingkan peserta muslimin dan muslimah.
2. Jangan buat di tempat yang sempit.
3. pastikan ada fasilitator yang mencukupi untuk menolong... takut ada peserta lemas, tersepit

Selamat Mencuba!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okies.. seperti yang dijanjikan dalam posting yang lepas, saya akan ulas bab sentuhan emosi. Tapi sebelum saya pergi lebih lanjut pasai sentuhan emosi ni, meh kita tengok statistik yang berkaitan dengan masalah juvana dikalangan remaja dalam beberapa aspek dan saya akan ulas sket.. dan macam biasa, sahabat2 tambah "perisa" bagi sedap.

Statistik ni ana petik dari kajian yang dijalankan keatas pesalah juvana di Asrama Bukit Senyum, Johor Bahru.

Latar Belakang keluarga/penjaga Pesalah Juvana:

Ibu bapa: 56%
Ibu: 16%
Bapa: 4%
Ibu Bapa tiri: 14%
Nenek: 10%

dari statistik ni, kita bleh buat kesimpulan rata-rata pesalah kes juvana terdiri daripada mereka yang tinggal bersama ibu dan bapa kandung. Aih?... selalunya dalam drama-drama melayu, ditunjukkan.. budak2 "nakal" dikalangan mereka yang tidak dipelihara oleh mak dan ayahnya, tapi berbeza plak dengan statistik ni. Yang tinggal dengan mak dan ayah sendiri plak menjadi penyumbang utama. Kenapa jadi lagu ni? haa... nak tau pasai apa, meh saya akan ulas satu persatu berdasarkan analisis peratusan yang saya ada ni.

Berdasarkan temu ramah dengan pesalah-pesalah kes juvana ni, satu kesimpulan boleh dibuat, iaitu rata-rata ibu dan ayah kepada pesalah juvana ni saling "mengharapkan" pasangan masing-masing untuk take care anak derang. saling tolak menolak.. harap mengharap.. dan akhirnya.. anak tersebut terbiar macam tu jerk.

Sebagai contoh kat sini, dari segi komunikasi: dari analisis statistik, saya mendapati... (eh... macam penganalisis politik pulak.. huhuhu.. )

Sebanyak 55.4% pesalah2 kes juvana ni mengaku yang keluarganya jarang berkomunikasi. Maksud dia.. bukan xbercakap.. bercakap.. tapi hanya dalam suasana dan penggunaan terhad. Sebagi contoh, just nak maklumkan sesuatu, mengeluarkan arahan... komunikasi yang lebih berbentuk 1 hala. So anak2 ni xdapat berkongsi masalah, anak xdapat paham mak dan ayah manakala mak dan ayah xpaham anak.. dan last2.. anak cari cara lain untuk luahkan masalah, protest dan sebagainya.. yang kadang2 berkomunikasi plak 36.8% dan yang selalu berkomunikasi dengan anak plak 7.8%.

Yang selalu saya dapati, sesetengah mak dan ayah yang suka mengharapkan pasangan mereka berkomunikasi dengan anak. Sedangkan mereka tidak mencuba terlebih dahulu.

Isteri: Abang, awak cuba la tegur-tegur sket anak kita tu bang.. lain macam jerk tengok
Suami: Alah, awak la tegur, saya sibuk.
Isteri: Saya tegur xberapa die nak dengar, abg tegur dia dengar sket
Suami: Alah, saya ni malas nak tegur2, dia dah besar... pepandai la dia tegur.. kalau ader yang xkene awk pepandai la nasihatkan dia. Saya kalau tegur, mula kaki tangan naik sekali.
Isteri: Saya kalau tegur pula, mula la berhari-hari xberhenti.

Begitulah seterusnya... last2.. anak terus terbiar.

okeh, seterusnya statistik daripada penghayatan agama dalam keluarga plak.

Dari statistik yang diperolehi mendapati;

53.5% tidak pernah mengamalkan nilai agama dalam keluarga
35% Jarang-jarang
11.5% Selalu

Boleh dikatakan, "rumah" yang tidak mengamalkan nilai agama, selalunya tidak berkat... ada ajer masalah.. rumah tangga porak peranda dan sebagainya. Hidup berkeluarga memang xleh pisahkan dengan agama. Bila pisahkan dengan agama, mulalah kita akan buat sesuatu keputusan khusunya yang melibatkan keluarga dan anak-anak mengikut pendapat, ideologi bukan bersandarkan kepada Qudwah (contoh) yang tercatat di dalam al-quran dan hadith.

Tetambah plak dengan sikap kita yang suka terpengaruh dengan sesuatu, sebagai contoh drama melayu. Bukan nak kondem drama melayu kita.. tp realiti.. so kepada mana2 ahli drama yang terbaca posting ni.. saya mintak maaf, ni hanyalah sebagai pandangan peribadi saya sahaja.. kalau rase bleh diterima pakai, terimalah seadanya.. kalau xleh terima.. abaikan sahaja. okeh.. berbalik pasal drama tv. (actually saya ni bukanlah seorang yang suka tengok tv, sejak dari kecik xtengok tv.. sampai la skrang. sbb tu xbeli TV, cuma kekadang "tertengok" bila makan kat kedai.)

Kekadang terlalu suka memaparkan contoh-contoh rumah tangga yang tidak baik. Dengan bahasa yang kekadang xlayak guna tuk suami, dengan perangai.. ishh.. nyampah tul.. ia seolah-olah mengajar penonton cara2 cara melayani suami/isteri macam tu. kalau setakat 1-2 sebagai pengajaran ok la.. tapi setiap kali "tertengok" drama-drama melayu ni, mesti la ada part isteri bersikap kurang ajar dengan suami... sikit2 mintak cerai.. or ceraikan isteri...

Mungkin bagi orang yang boleh berfikir dan mengambil nilai positif disebalik cter tu ok la.. tapi rata2 terima jerk dengan doktrin tu, sebab dah terbiasa.. dan akibatnya.. "teraplikasi" dalam keluarga sendiri. Sepatutnya, drama tv ni, banyak memaparkan kisah2 keluarga sakinah.. biar penonton didoktrinkan dengan rumah tangga yang aman dan damai.. dan akhirnya mereka mengaplikasikan dalam keluarga mereka.

dan statistik terakhir ialah berkaitan dengan sentuhan emosi.

55.5% daripada pesalah juvana ni mengatakan mereka tidak mendapat sentuhan emosi (kasih sayang). manakala 21.7% mengatakan mendapat sentuhan emosi (kasih sayang) secara sederhana dan tinggi. dan faktor ini merupakan faktor terbesar menyumbang kepada kes juvana.

Itu statistik, tapi bagai mana nak selesaikan atau mengatasinya?

saya pecahkan kepada 3 cara untuk atasinya sebagaimana faktor penyumbang dia pon 3.

1. Hubungan Sosial
2. Penghayatan agama
3. Sentuhan emosi.

HUBUNGAN SOSIAL:

  • Perbaiki hubungan sosial antara suami dan isteri terlebih dahulu.
  • Perbaiki hubungan sosial antara ibu bapa dan anak-anak.
Bagai mana nak baiki?

  • Luangkan masa dengan keluarga sekurang-kurangnya 1 bulan sekali. (gi la picnic ker, makan kat luar ke, memancing ke, main bowling ker)
  • Selalu bertanya khabar anak-anak dari segi kesihatan, pelajaran, kawan-kawannya.
  • Berkongsi cerita dan mendengar cerita/celoteh anak-anak.
  • Peka dengan perubahan sikap anak-anak, dekati mereka, berbual-bual dan tanya masalah mereka.
  • Makan malam/sarapan pagi bersama semua anggota keluarga.
  • Suapkan makanan kepada anak, isteri, suami.
  • menonton tv bersama.
  • bergurau senda dengan anak.
  • celebrate hari lahir, ulang tahun perkahwinan, anak dapat keputusan peperiksaan yang baik dan sebagainya.
  • dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
PENGHAYATAN AGAMA

Penghayatan agama ni penting, sebab keluarga yang dibina dengan asas agama yang kuat, insyaAllah akan diberkati.. kalau adapun yang tunggang langgang.. mungkin itu adalah ujian dari Tuhan.

Macam mana nak terapkan penghayatan agama dalam keluarga?

  • Solat berjemaah (solat berjemaah dengan keluarga ni boleh kuatkan ukhwah. lepas solat cium pipi kiri dan kanan dan dahi .. anak-anak, isteri/suami.
  • Sementara tunggu isya, bacakan hadith, riwayat, tafsir, atau apa-apa yang berkaitan dengan keluarga. sebagai contoh pesanan lukmanul hakim, kisah kasih sayang Rasulullah dan isteri-isterinya dan sebagainya.
  • Lepas solat berdoa (bahasa melayu pon xpe), mintak keluarga bahagia dan sebagainya.
  • Selalu pesan dengan anak/isteri dengan pesanan2 seperti menghormati, menutup aurat, bersopan santun dan sebagainya.
  • dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
SENTUHAN EMOSI

Sentuhan emosi ni maksud dia, sentuhan kasih sayang. Ni la faktor utama apabila seseorang itu kurangnya sentuhan emosi, maka dia akan terlibat dengan benda yang bukan - bukan. Manusia ni ada satu naluri atau perasaan yang halus. Sekeras mana pun manusia tu, bila tersentuh naluri atau perasaannya yang halus itu, maka hatinya akan menjadi cair, ego yang meninggi akan turun mendadak. Tentu sahabat-sahabat masih ingat cerita bagai mana umar, yang bengis, garang, keras dan sebagainya yang mana suatu hari dalam perjalanannya nak pi bunuh rasulullah (ketika beliau masih belum Islam), dia diberitakan bahawa adik dia sendiri masuk Islam. maka terus dia bergegas balik rumah.. waktu dia sampai.. dia dengar ada orang baca quran.. dia ketuk2 pintu.. lepas tu dia mintak benda yang adik dia baca tu (al-quran) dia nak baca.. dia bukak quran: Surah Tahaa. lepaih baca terus mengalir air mata umar.. menagis teresak-esak, padahal umar adalah seorang yang keras.. tetapi apabila nalurinya tersentuh.. maka hati yang keras tadi menjadi lembut.

Begitu jugak dalam nak mengharmonikan rumah tangga, kekadang kita perlu sentuh perasaan mereka. Sebagai contoh, kita bukak balik album2 lama.. waktu memula kahwin.. citer ngan anak-anak... kisah dari bertunang, kahwin, then mengandung kat derang.. then tiba saat lahirkan derang.. dan akhirnya membesarkan derang sampai sekarang.. Kongsi betapa susah menguruskan derang.. tp dalam masa yang sama.. seronok, bangga ada anak seperti mereka.. bende-bende macam ni kadang-kadang bleh menusuk kalbu (ceeehhh.. macam lagu plak yer). or tunjukkan klip video macam kat bawah ni ker



dan apa-apa yang bleh bangkitkan perasaan/emosi kasih sayang antara ibu/bapa dan anak-anak.. so thats All yang saya bleh kongsi dengan sahabat-sahabat.. saya ni xpandai sket menulis tuk terangkan sesuatu.. huhu.. ni jerk yang termampu.. maybe ada tambahan dari sahabat-sahabat.. si ler tulis.. xyah segan2.. wat mcm umah orang :D

Take care,
Ilal liqa wa maasalamah
1. Bersangka buruk / terlalu bersangka baik
2. Berfikiran negatif
3. Kurang berlemah lembut
4. Memaki hamun anak
5. Jarang makan bersama
6. Sering mengeluh di hadapan.
7. Jarang meraikan anak
8. Tak adil
9. Tak mendidik dengan agama
10. Tak ambil tahu pasal pelajaran
11. Tak memprogram riadah anak
12. Tidak menyediakan suasana belajar
13. Taudalan yang tak baik.
14. Jarang bergurau dengan anak
15. Tidak menggunakan bahasa betul
16. Suka bertengkar depan anak.
17. Bermuka masam dengan anak
18. Memberi kebebasan keterlaluan
19. Terlalu mengongkong anak
20. Engkar janji
21. Tidak berminat dengan aktiviti anak
22. Tidak melayan persoalan anak
23. Lambat memberi penghargaan
24. Suka berleter
25. Hukuman tak setimpal
26. Suka mengancam
27. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan
28. Tidak menggalak kerjasama antara anak
29. Ego
30. Tidak mengakui kesilapan.
1. Tegas

Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

2. Berakhlak mulia

Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : “Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi). Pepatah Melayu juga pernah menyebut : “Bapa borek anak rintik“. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul“.

3. Mengambil berat terhadap keluarga

Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak.

4. Komitmen yang tinggi

Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja.

5. Berketrampilan dalam pelbagai bidang

Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.

6. Yakin terhadap diri sendiri

Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya“.

7. Konsisten dalam melakukan sesuatu

Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.

8. Pemikiran yang kreatif dan positif

Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.

9. Boleh diharap

Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.

10. Sentiasa bertenaga

Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

11. Sentiasa bersemangat

Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif.

12. Mudah mesra dan penyayang

Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga.

13. Pandai mendengar dengan berkesan

Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan.

14. Sentiasa bekerja kuat dan smart

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak.

15. Kejujuran dan keikhlasan

Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci.

16. Merendah diri

Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut.

17. Sentiasa menjaga harga diri / maruah

Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

18. Bijaksana

Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan.

19. Pengasih dan penyayang

Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

20. Bermotivasi tinggi

Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

21. Optimistik

Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan.

22. Mempunyai perancangan yang rapi

Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa.

23. Gigih

Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan.

24. Sikap mental yang positif dan kreatif

Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga.

25. Kepantasan bertindak

Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

26. Imej diri yang cemerlang

Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman.

27. Mempunyai kemahiran berkomunikasi

Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati.

28. Pandai bergurau

Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga.

29. Berdoa dan mendoakan

Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.
Komunikasi didalam rumah tangga adalah sangat penting. Ini bagi menjamin keamanan dan keharmonian rumah tangga. Walaubagaimanapun, bumi mana tidak ditimpa hujan, Kegagalan komunikasi didalam rumah tangga sering berlaku dan kaum lelaki (Suami) sering dipersalahkan dalam hal ini.

Memang tidak dinafikan kadang-kadang sesuatu masalah komunikasi didalam rumah tangga berpunca daripada suami. sehinggakan si suami sering dilabel sebagai ‘pekak‘, ‘mayat hidup‘, ‘tiang elektrik‘, ‘tunggul kayu‘ dan beberapa istilah kerana si suami tidak menjawab pertanyaan si isteri.

Walaubagaimanapun, ada kalanya masalah ini berpunca dari si isteri akibat soalan-soalan yang dikemukakan pada si suami “tidak releven“, “mengarut” dan “merimaskan” !

Antaranya:

1. Sudah gaharu, cendana pula

Kadang-kadang kaum hawa ini mempunya suatu sikap yang agak pelik. Iaitu suka bertanya soalan-soalan cepu emas yang boleh dikategorikan sebagai soalan “sudah gaharu, cendana pula” Sebagai contoh: Seorang wanita menyambut suaminya, yang baru pulang dari kerja, setelah penat bekerja seharian, sambil berkata: “Abang baru balik? penat ke? Nak minum ke?” Sepatutnya soalan-soalan ini tidak perlu ditanya lagi kerana jawapannya sudah jelas dan sudah diketahui oleh si isteri. Cuba bayangkan jika si suami menjawab “Eh taklah, semalam lagi dah balik!.. tak penatlah goyang kaki jek… tak payah, semalam dah minum”

2. Suka bertanya satu soalan yang sama berulang-ulang

Kadang-kadang sikap si kaum Hawa ini, suka bertanya sutu soalan yang sama secara berulang-ulang kali. Sebagai contoh ” pintu rumah dah kunci?” kemudian si suami menjawab “sudah” selang beberapa ketika si isteri bertanya lagi ” pintu rumah dah kunci ke belum” hatta ada sesetengah kaum isteri mengulang soalan yang sama sehingga melebihi 3 kali. Yang akhirnya menyebabkan si suami tidak lagi menjawab soalan mereka itu.

3. Soalan disertai dengan “membebel”

Kadangkala si isteri suka bertanya dengan disertai dengan membebel. Ini akan menyebabkan si suami malas hendak menjawab soalan tersebut. Sikap kaum lelaki selalunya tidak berapa gemar dileteri manakala sikap kaum hawa pula gemar meleteri. Sebagai contoh “Abang dah bayar bil?” belum sempat si suami menjawab terus disambung dengan ceramah umum oleh si isteri! “Ish, kalau tak bayar nanti kene potong, macam mana nak buat keje gelap gelita, nanti apa jiran-jiran cakap, saya nak letak muka kat mana, abang tau je lah……. bla bla bla bla“

4. Solalan tidak pada masanya

Kadang kala soalan yang diajukan oleh si isteri tidak kena pada tempatnya. Sebagai contoh si suami sedang menyiapkan kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Manakala si isteri pula tidak habis - habis dengan soalan yang beranika pilihan mereka yang menyebabkan si suami “tension” dan “serabut” dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan-soalan tersebut.

5. Mahukan jawapan segera.

Sikap dan perangai kebanyakkan apabila diajukan soalan, mereka berfikir atau mengingat (perkara berkaitan soalan) terlebih dahulu sebelum menjawab / membuat keputusan. Ini mengelakkan jawapan / tindakan yang diambil tidak bertepatan atau salah. Manakala sikap si isteri pula suka mendesak mahukan jawapan yang segera. Sikap mendesak ini akan meyebabkan proses berfikir dan membuat keputusan terbantut yang akhirnya suami “tension” lalu mendiamkan diri.