Pergh.. mahal giler vcd ceramah nih..
Bang.. takkan kaset ngaji ni sampai 8 hengget? Uih.. takkan yuran ajaq mengaji sampai 10 hengget? bro.. mahal la kopiah nie.. tak leh kurang laie ke?

Assalamualaikum.. pe khabar? selamat berpuasa. dah lame tak menconteng-conteng dalam blog nih.. sampai tadi nak masuk pon dah lupe password! punyelah lame xmasuk. huhuh... So mcm mane ramadhan tahun ni? ke same jerk mcm tahun2 sebelum nih? atau ader improvement? baik.. berbalik pada topik.. rasanya mcm pernah kan dengar dialog-dialog kat atas tu kan?

Assalamualaikum wrh. wbth. Apa khabar semua. sudah hampir berkurun lamanya ana xupdate blog ini lantaran terlalu sibuk dengan program.. Entahlah sekali tengok mengalahkan wakil rakyat.. kesana dan kesini. Tapi apakan daya inilah yang dikatakan tanggungjawab. Sebulan dua di tempat ana ni agak tidak tenteram akibat timbul pergaduhan antara kaum X dan kaum Y Katanya hal ni bermula dengan perkara yang remeh temeh tetapi menjadi pergaduhan besar. Syukurlah hal ni dah pon selesai dan tempat yang ana tinggal tu pon dah menjadi tenteram. Cuma apa yang sedikit ana kesal kadang-kadang sikap kita suka mereka blok-blok pemisah antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Pernah seorang teman datang berjumpa dengan ana ketika isu ni masih panas.

"Saya kalau jumpa puak-puak kaum X ni saya memang tak bagi can.. Waktu malam gaduh tuh.. depa kepung sorang budak X ni depan rumah saya.. saya dengaq kecoh2.. apa lagi saya pon keluar... tengok2 budak X. saya tengok depa dok keliling budak X nih tak buat apa-apa.. dok tengok saja.. Apa lagi saya buat buah mula la..boh sebijik kat muka budak X tuh... pastu saya suruh budak2 Y ni sambung bantai.. tp sayang.. saya ingat nak masuk rumah.. ingat nak ambik cota, nak patahkan tangan budak X tuh.. bila keluar ja rumah.. polis pun sampai.. Kalau tau mau patah tangan ngan kaki dia saya bantai" cerita seorang kenalan dengan bangganya.

Sebut pasal ubat analah orang yg paling tak suke makan ubat. even kalau gi sepital pon biarlah kene cucuk dari makan ubat.. ubat yg dr kasik tu selalunya masuk dalam tong sampah jerk..

tapi setelah peperangan di gaza ana jadi insaf... terus suka makan ubat! huhu sebab apa.. di gaza mereka sedang kekurangan ubat. banyak insan-insan yang tidak berdosa mati akibat tidak mendapat ubat-ubatan yg sepatutnya.. tapi kita?
kumpulan artikel 2 Catatan Tambahan | |

Program: Khemah Ibadah
Peserta: 80 Orang Pelajar Politeknik Johor Bahru



Assalamualaikum wrh. wbt. Apa khabar sahabat2 dsantai. Saya minta maaflah lama xupdate. sibuk dengan planning tour untuk tahun depan. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Saya selalu mengadakan Program berbentuk Motivasi, Tamrin, Kem Kepimpinan untuk sekolah / IPT sekitar Johor. Bermula tahun ini program saya mula mendapat sambutan di Kedah dan Perak. Dan InsyaAllah, untuk Tahun depan Tour akan meliputi seluruh Kawasan.

Program-program yang saya handle adalah berbentuk semi-charity. Di mana Kos program tersebut di tanggung sepenuhnya oleh Penganjur. Manakala khidmat motivasi dan pengurusan program oleh saya adalah percuma. Hanya perlu menanggung tambang perjalanan dan makan saya sahaja. Terdapat banyak konsultant yang ada sekarang adalah berorentasikan keuntungan semata-mata (Bukan semua). Ini menyebabkan tujuan atau objektif program kadangkala tidak tercapai. Ini kerana terdapat motivator/konsultant yang melaksanakan program mengikut kadar bayaran.

"Alahai bayar pon ciput jerk.. so program pon cikai la.. ok la tu"

Dan lagi menyedihkan lagi ada sesetengah konsultant motivasi yang mengenakan bayaran yang agak mahal tetapi hanya menggunakan modul-modul zaman jurasic park!. Modul-modul seperti pulau impian, Sungai asid, Kapal karam dan sebagainya sepatutnya tidak lagi digunakan. Ini kerana modul-modul ini adalah modul-modul umum yang telah diketahui ramai.

"Eh dah tahu ek? macam mane tahu ye?"
"Alah bang, permainan ni kami main masa sekolah rendah dulu lah!"
"err... alamak!"


Sepatutnya program-program yang berbayar mahal ni tampil lah dengan modul sendiri. Cukupkah sekadar menggunakan modul-modul lapuk sedangkan mereka (pihak penganjur) membayar dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa.

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"

Kadangkala saya sedih bila mengenangkan nasib sekolah-sekolah kecil yang terpaksa melaksanakan program motivasinya sendiri lantaran tidak mampu untuk menggunakan khidmat konsultant atau motivator luar.

Saya tidak memaksa konsultant atau motivasi bertindak seperti saya dengan memberikan khidmat percuma. Kerana saya tahu, ia merupakan periuk nasi mereka. Cuma saya harapkan janganlah terlalu berorentasikan bayaran. Kadangkala kita perlu bertimbangrasa dalam mengenakan bayaran bagi organisasi-organisasi non-profit atau sekolah-sekolah kampung atau pendalaman.

Atas kesedaran ini, saya mula merancang untuk menyediakan khidmat motivasi secara percuma. Ini kerana tujuan utama saya dalam misi ini ialah dakwah. Dakwah yang disampaikan secara tidak langsung melalui motivasi-motivasi kendalian saya.

Semoga Allah membayar "upah" saya di akhirat kelak, Amin.

Dengan pengalaman mengendalikan program-program sebelum ini, insyaAllah saya akan menafaatkan untuk kebaikan bersama. Oleh yang demikian, bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi saya.

Catatan: Sebarang tempahan hendaklah di maklumkan dengan lebih awal bagi memudahkan saya menyusun jadual program.

PROGRAM LATIHAN BERMODUL


Kem Islamisasi Akhlak Remaja (KISAR)
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
2 Hari 1 Malam / 3 Hari 2 Malam

Recall
(untuk pelajar/ remaja bermasalah disiplin, konflik diri, konflik keluarga, kecelaruan gender dan sebagainya.)
Latihan bermodul selama 3 jam (sesi malam)

Kem Motivasi Kecemerlangan
(Program Mind Setting untuk calon Peperiksaan UPSR, PMR atau SPM)
2 Hari 1 Malam

SIRI CERAMAH

Parenting
Ceramah Motivasi untuk Ibu Bapa bersama anak

Pembentukan Sahsiah / Matlamat
Ceramah Motivasi Pelajar


Sila emailkan sebarang pertanyaan di dakwahsantai@gmail.com


Gambar Hiasan

Setelah seharian Kapal itu berlayar, akhirnya ia pulang semula ke perlabuhan, adapun yang tiada pulang ke perlabuhan, barangkali ada 2 kemungkinan. Yang pertama, barangkali kapal itu karam di tengah lautan dan yang kedua barangkali kapal itu hilang entah berantah. Mungkin saja di terus-terusan dibuai ombak kerana kehabisan minyak atau barangkali di tahan dek lanun sepertimana yang telah menimpa syarikat perkapalan MSE yang dirampas lanun di teluk eden.

Begitulah juga hidup manusia, mengembara di dunia yang serba mencabar ini, ada yang tidak ubah seperti kapal yang kehabisan minyak. terhuyung hayang, ke kiri ke kanan, Maju dan mundur.. menunggu saat untuk karam.. atau mungkin saja hanyut sehingga ke pantai. Dan pasti juga ada kapal yang telah nyata karam di tengah lautan.

Maka berdoalah mereka yang sedang berlayar di lautan,

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani., Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dan pastinya, Allah swt pemilik doa yang dibaca akan mengurniakan apa yang di pinta. Hal ini telah di beritahu kepada para pelayar sebelum para pelayar memulakan perjalanan.

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Tetapi, alangkah ruginya. Hanya sebahagian daripada mereka memohon. Maka hanya mereka yang memohon sahaja mendapatinya, melainkan dengan izinNya.

Lalu pelayar yang tidak bermohon dan berdoa terus dibawa ombak.. hanyut di pukul arus.... badai yang kuat menghempas sehingga hancur luluh badan kapal yang membawa mereka. Lantas kapal yang dinaiki sedikit demi sedikit karam. Para pelayar masih sibuk membaiki sehingga mereka terlupa akan pemilik segala doa, pemilik ombak dan badai, pemilik segala lautan. Mereka sibuk merancang strategi, mesyuarat tergempar dilakukan.. berbagai teori digunakan untuk menyelamatkan kapal mereka.. tetapi....

Mereka merancang, Allah merancang dan sesungguhnya perancangan Allah mengatasi perancangan mereka.

Lalu tenggelamlah kapal Van Der Wijck II, Satu persatu anak kapal menghembuskan nafas... diiringi suara teriakan yang keras.

رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

tetapi sayangnya teriakkan itu tidak lagi bisa membaiki kapal yang sudah karam dan Nyawa yang telah hilang.

namun ada juga seorang dua yang di ambang kematian. Maka dengan nyawa tersisa, mereka lantas tunduk dan sujud kepada pemilik segala doa lantas berdoa

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ 


Maka, dengan rahmat dan kasih sayangNya selamatlah mereka dari lemas di lautan.

Pengertian.
Sebagai manusia yang tidak serba kekurangan, Sudah pastinya kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Oleh yang demikian seharusnya kita sentiasa memohon taubat (walau sebesar manapun dosa mu kepadaNYa) selagimana tersisa kesempatan, sebelum ajal nan tiba meragut peluang yang ada. Sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka.

Taubat ini bukanlah hanya sekadar lafaz secara lisan tetapi dengan sebenar-benar taubat dengan bertekad bersungguh-sungguh di dalam hati bahawasanya kita tidak lagi akan melakukan kesalahan atau dosa tersebut.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.. At Tahrim:8

Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha pengasihani. Sekalipun begitu banyak dosa yang telah dilakukan, namun sekiranya kita benar-benar ikhlas dan jujur bertaubat kepadaNya nescaya akan diberi kepada kita pengampunan, InsyaAllah.

Sementelah itu, janganlah pernah rasa penat dan lelah dalam memohon hidayah dan petunjukNya. Tetaplah anda dalam melakukan solat dan titah perintahNya dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, Allah tidak pernah sesekali membiarkan hambaNya yang soleh dalam kedukaan, melainkan untuk memberi rahmat.

Selamat Pulang Ke Perlabuhan! Allahuakhbar!

Wallahualam
09:35 191008
Hentian Bas Larkin, Johor

Gambar Hiasan

Assalamualaikum.. apa khabar sahabat2.. Alhamdulillah ana sekarang di Johor Bahru. Dalam Kesempatan yg sedikit ada dengan kesibukkan program dan jemputan rumah terbuka di sini, ana mengambil peluang untuk posting satu wacana santai lanjutan daripada penulisan ana sebelum ini iaitu "bukan maksum" ana risau seandainya penulisan ana tadi disalah ertikan atau difahami dalam konteks yang salah (iaitu untuk menyerang golongan ulama).

Sahabat-Sahabat Dsantai yang dirahmati Allah,

Siapakah ulama?Perkataan Ulama ialah Jamak' daripada perkataan 'alim yang membawa maksud berilmu. Berilmu disini bukan sekadar dari penafsiran istilah tetapi dari penafsiran syariat. Selalunya seseorang ulama itu pastinya ia menguasai bidang menginstinbat hukum yang memerlukan pengetahuan yang mendalam al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Antara petanda yang ada pada diri seorang ulama ialah, mereka itu takut dari melanggar perintah Allah.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ كَذَٲلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" Fathir ayat 28

Bahkan sekiranya perkataan "takut" itu dinisbahkan kepada "Takwa", ya, tentu sekali Ulama adalah golongan yang paling bertaqwa kepada Allah.

Golongan Ulama selalunya terkenal dengan kegigihan mereka dalam menuntut ilmu. masa dan tenaga mereka diluangkan sepenuhnya dalam mendalami ilmu tanpa mengira erti kenal jemu dan lelah. Hayat mereka dihambakan untuk menghafal al-quran, matan-matan hadith, matan-matan kitab dan sebagainya.

Dalam hal sedemikian, golongan Ulama seharusnya dihormati. Sekiranya apa yang telah ana sebutkan di dalam artikel ana "bukan maksum" berlaku kepada para ulama, bagaimanakah sikap kita.

Apakah kaedah yang diguna pakai oleh kita dalam mendepani perbezaan pendapat antara pendapat yang menjadi pegangan kita dengan pendapat yang contradict yang dipegang oleh satu-satu ulama.

Bolehkah kita mengambil sikap selamber dog jerk tegur mereka tanpa terlebih dahulu mengusulkan tentang apa yang diperselisihkan?

Atau terus kita mengeluarkan fatwa bahawa ulama itu sesat atau ahli bidaah dan sebagainya tanpa mengkaji terlebih dahulu akan apa yang diperselisihkan.?

Ana masih ingat ketika ana belajar dahulu. Ustaz akan mendatangkan satu isu dan meminta para pelajar menjelaskan hukum. Ada yang agak kurang teliti dalam mengkaji lantas menghukum haram. ketika berdiskusi, rupa-rupanya dalam menetapkan hukum bukanlah sesuatu yang mudah. kerana terpaksa merujuk wilayah-wilayah rujukan seperti mana yang ana telah sebutkan di atas yakni dengan mengkaji al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah

Setelah dikaji sedalam-dalamnya barulah dijatuhkan satu-satu hukuman (fatwa). Ini baru dalam menetapkan hukum didalam permasalahan fiqh. Bukan lagi dalam konteks at-tabdi (membidah) dan at-takfir (mengkafirkan). Maka sewajarnya kita (yang sudah pastinya bukanlah seorang ulama) berhati-hati didalam sikap dan meluahkan pendapat mengenai seseorang ulama. Sekiranya ada yang diperselisihkan, maka kajilah dengan mendalam, kiranya ulama tersebut masih hidup, dapatkanlah penjelasannya yang sebenar-benar. Dan sekiranya dia sudah meninggal dunia, Serahkanlah keputusan yakni tentang apa yang diperkatakan olehnya (ulama) itu kepada Allah.

Dengan mengetahui sekerat dua ayat al-quran dan hadith, dengan menghafal sebaris dua hujjah daripada kitab belum mencukupi untuk mengangkat martabat kita sebagai Ulama.

Apatah lagi sesetengah dari kita yang bukan mendapat pendidikan agama yang lengkap, hanya sekadar memiliki sijil sekolah menengah peringkat thanawi, atau belajar di Universiti atau kolej berunsurkan Islam tetapi bukan di dalam bidang khusus seperti Usuludin, Shariah, tiba-tiba mengeluarkan fatwa bukan sahaja dari permasalah fiqh bahkan dari permasalah Akhidah dan menolak, mengkafir dan membidaahkan ulama-ulama lain (sedangkan kita tidak mengetahuinya) seolah-olah kitalah yang pakar di dalam bidang tersebut.

Dan yang bertambah pelik ada sesetengah daripada kita langsung tidak mendapat pendidikan agama baik dari sekolah menengah (sekadar subjek pendidikan islam dan tamadun) ataupun peringkat tradisional (Pondok, Madrasah) atau peringkat rasmi (Kolej, Universiti) tiba-tiba mengeluarkan fatwa berkaitan akhidah, mencela ulama-ulama.

Akhidah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani diragui
al-Qadhi abu Bakar bin al-Arabi seorang mubtadi’ (Ahli Bidaah)

Sikap ini perlu dikikis dari diri kita. Kita mestilah bersikap berhati-hati di dalam berkata-kata dan menulis. Ini kerana dikuatiri penulisan kita akan memakan diri sendiri.

p/s kepada penulis-penulis blog, dinasihatkan sebelum antum mencopy fatwa dari mana-mana blog lain mengenai hal yang bersangkutan dengan Hukum Fiqh dan Mazhab Akhidah, ana mohon kajilah terlebih dahulu sama ada penulisan itu hak atau batil.

Janganlah dengan mudah kita menyalin dan mengeluarkan pendapat itu haram.. ini haram.. itu bidaah.. ini bidaah sedangkan kita hanya mengutip pandangan tersebut daripada blog2 lain atau di youtube, atau di buku-buku yang entah berantah mazhab akhidahnya dan Mazhab Fiqhnya.

Wallahualam,
Sani Ahmad
02:23 181008




Assalamualaikum wrh. wbt.

Apa khabar sahabat2 dsantai sekelian. dah lama yerk ana tak mencoret di blog ni.. dah bersawang mawang... bersempena nak sambut raya 6 esok.. maka dsantai telah berubah wajah pada hari ni. Ana start renovate blog ni selama.. dan Alhamdulillah dah siap hari ni.. cumanya bahagian gambar kat bawah belum update.. so nak maklumlah.. gambar kat bawah tu bukan dari koleksi ana.. so kiranya terjumpa gambar bukan2.. ana minta maaf.

Baik berbalik kepada topik kali ni.. "Bukan Maksum".Seperti yang kita sedia maklum bagi kita ahli sunnah wal jamaah, kita beriktikad bahawasanya tiada seorang pun manusia didunia ini adalah maksum kecuali Rasul. Namun bagi golongan yang memegang mazhab akhidah syiah, bagi mereka imam-imam mereka juga adalah maksum.

Maksum bererti suci dari sebarang kesalahan dan dosa. Selain daripada rasul, tiada siapa pun terlepas dari kesalahan baik yang besar mahupun yang kecil sekalipun ia bergelar Ayatollah, Sheikh, Dr. Tuan Guru. Ustaz, Ustazah, Kiyai Tan sri, Puan Sri, En. Cik. Puan, Tuan, Dato, Datin, Raja, Tengku hatta apa sekalipun gelaran dihadapannya.

Sebagai contoh Si polan bin si polan atau si polanan binti si polanah yang sememangnya terkenal dalam bidangnya. Hampir apa sahaja yang dikatakannya akan diterima oleh mereka yang mengkaguminya meskipun apa yang diucapkannya itu kurang tepat ataupun salah.

Sepatutnya kita sebagai manusia yang waras, seharusnya mengkaji dahulu apa yang diperkatakan oleh individu tersebut. Cuba buat rujukan dengan individu yang lain yang turut pakar dalam bidang berkenaan Sama ada apa yang diperkatakan itu benar atau salah. sekiranya salah, maka seharusnya kita berlapang dada dan menerima hakikat bahawasanya individu yang kita kagumi itu telah melakukan kesalahan.

Ingatlah sesungguhnya kepandaian, ilmu manusia itu semuanya datang dari Allah, kita berhajat kepadaNya sedangkan Ia tidak berhajat akan sesuatu pun.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqoro' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesunggguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" Fatir: 15

Sahabat-sahabat Dsantai,

Ingin sekali ana mengajak sahabat-sahabat membuka minda dan mengikis sikap ini yang sudah menebal di dalam diri. Seharusnya kita berfikiran terbuka khususnya dalam menerima hakikat tentang sesuatu perkara. Antara lain, apabila ada mereka yang menegur akan kesalahan individu yang kita kagumi, maka seharusnya kita kaji dengan mendalam, apakah teguran yang dibuat berasas. Sekiranya berasas maka terimalah dengan hati terbuka. Usalah di pertikai mereka yang menegur tersebut. Begitu juga sekiranya teguran itu dilakukan oleh mana-mana individu ke atas kita, maka sekiranya ia benar.. hendaklah kita menerimanya dengan berlapang dada.

Sebagai contoh;

Sedang asyik anda "berehat-rehat" di suatu taman bersama teman wanita, lalu datang seorang wanita lalu menegurmu

"Dik, kat sini tempat awam, tak elok macam ni"

Janganlah anda balas sebegini.

"Alah..perempuan... tak payah nak tegur la.. ko cermin la diri ko tu dulu..ko pon 2 X 5. macam la ko alim sangat. bla.. bla.. bla.."

Seharusnya anda terima teguran tersebut. Meskipun perit dan pahit, telanlah.. itu lebih baik untuk anda daripada anda membalas dengan ucapan-ucapan sebegini. Paling tidak, berdiam lah.

Begitu juga, jika dikatakan;

"Sheikh, ana rasa _______ tu salah la.. bukan macam tu.. sebab yang ana belajar"

Maka janganlah anda terus menjawab

"Alah.. ko jangan dok pertikai la.. dia tu pakar dalam bidang dia.. takkanla dia tak tahu apa yang dia cakap?" " Bukan salah... ko yang tak paham.. apa standard ko nak pertikai dia?"
"Alah.. ko tu dengki.. sebab tu ko tuduh dia bukan-bukan"

Sepatutnya kita berkata begini:

"Erm.. mcm tu ye, ana pon tak pasti jom kita tanya _________ yang jugak pakar dalam bidang nih"

Ingatlah

Meskipun siapa pun dia, walau sepakar mana individu terbabit didalam bidangnya, maka ingatlah bahawasanya beliau bukanlah maksum.

Meskipun siapa pun dia, sekiranya beliau melakukan kesalahan, maka terimalah kedaifan yang ada padanya.

"Pangkat dan gelaran" bukanlah lesen untuk menjadi maksum.

Sekian,
Sani Ahmad,
02:22 161008

p/s malam ni ana bertolak ke Johor Bahru, doakan keselamatan ana ye!