Bukan niat nak menghina, sebab ana waktu muda-muda dulu pon 2X5 jugak. So just nak mengajak semua sahabat-sahabat pakat pikir, kenapa semua benda ni wujud. Pernah kaji tak? Ramai yang tak memahami mereka-mereka dibawah ni tapi terus hentam, kutuk dan sebagainya. Seelok-eloknya cubalah tanya kepada mereka, pasai apa jadi lagu nih?
Ada diantara mereka dah berubah, tapi tak pernah kongsi dengan masyarakat luar. Ana xsalahkan derang, sbb bukan mudah nak citer aib sendiri. Kesudahannya masyarakat hanya mempercayai apa yang tertulis dalam M*tro dan M*stika. Walaupun ada sesetengah daripada fakta sebenar ditokok tambah dengan interview bersama 'budak upahan'. InsyaAllah, ana akan cuba dedahkan sikit demi sedikit tentang apa yang berlaku sebenarnya dan mengapa ia berlaku.
Rockers
Herm, zaman rock ni rasanya tak perlu ana ulas kot. Semua dah tau. Ada yang kata rock kang-kang (sbb penyanyi kumpulan rock akan menyanyi sambil terkangkang), ada yang kata rock kapak dan sebagainya. Ni xder ideologi. Hanya muzik dan fesyen semata-mata. Nak tau lebih, tanya sahabat ana la, Ust. Akhil Hayy. Dia tau la..
Chaos Punk
Ni pon dah lama dah.. pali ketara pasal punk ni di Malaysia bila zaman reformasi. Masa tu semua punkers turun ke dataran dan join riot dan demo. Kalau tak silap sdr. buyung (kltroopers) gambar dia pernah keluar Utusan Malaysia bersalam dengan Anwar Ibrahim masa beliau nak ditangkap. Bermula dengan itulah punk mula tumbuh macam cendawan kat Malaysia nih. Tambah pulak lagu dari band-band punk yang kicking mcm Acid Rains, Expired, dan sebagainya menambahkan lagi semangat ke'punk'gan sapa-sapa yang jadi punk ketika itu.
Peace Punk (Anarcho Punk)
Peace punk atau jugak dikenali sebagai anrcho atau crusty. Sejarah dia kat Malaysia ana xberapa pasti. Kena tanya joeKidd la.. dia tahu kot. Anarcho ni kalau nak cerita payah sikit. Sebab terlalu banyak furu' (cabang) dalam anarcho ni, Food Not Boms lah, Feminism lah, macam-macam. tu tak masuk lagi yg vegan, sXe (eh ada ka sXe dlm anarcho? hehe..), peace punk ni complex sket. Walaupun ada yang cakap, anarcho ni non-political punk, ada yang cakap political punk, tp ana suka mengelaskan mereka sebagai political movement. Sbb definisi politik tu luas. Dulu minat jugak dengar lagu crusty/grind.. Paling minat waktu tu CRASS la.
Skinheads
Catatan: Skinheads terbahagi kepada 3 (SHARP, MALAY POWER DAN TRADITIONAL)
Pakaian, muzik, attitude mereka adalah sama, kecuali fahaman (ideologi) yang berbeza. Sejarah skinheads ni pon dah lama. cuma mula menjadi ikutan para remaja/pemuda bila munculnya band-band oi!/streetrock yang memperjuangkan skinheads dalam lirik lagu derang, antaranya The Official, A.C.A.B dan sebagainya.
Gothic
Catatan: Dunia gothic ni dalam sejarah dunia wujud tahun 1980-an lagi, cuma mula masuk ke Malaysia agak lewat. Lebih kurang tahun 1999 dan paling ketara kewujudan mereka tahun 2005 dan mula menjadi satu trend yang agak popular menjelang tahun 2006/2007. Ana tak sempat lagi merisik-risik pasal gothic ni. Ada yang suggest kat ana suruh baca m*stika, ana rasa xperlu kot. Lebih baik ana selidik dengan tuan empunya diri. Lagi bagus.
Rastaman
Rastaman bukan ideologi kot? tapi rasanya attitude dan fesyen. Pengasasnya sapa lagi kalau bukan bob marley. xder fahaman tertentu. Tapi yang pastinya, hampir 99% rastaman isap ganja.
Black Metal
Aloh?... yang ni berat sikit. dari ana mula kenal dunia underground sampai la sekarang, cukup xberkenan. Kalau setakat lagu ok la. Dulu2 dengar la jugak band mcm langsuir, marduk, hayagriva, mobid angle, sil khannaz,.. ape lagi ek.. dah lupa. Ha.. baru teringat.. pasal J.I.T (Jangan Ikut Tuhan). Masa dulu-dulu ana tak pernah plak dengar pasal JIT nih. pelik betul, mai mana tah geng nih? Scene black metal terbesar pada tahun 1994 rasanya di Alor Setar, Sungai Petani, Ipoh ngan KL. pasal ideologi dia.. hum.. nantilah ana cuba interview kawan lama. Dia dah Insaf dah.. anak pon dah masuk 3. dengar kata tengah mengandung yang ke-4. Alhamdulillah Tahniah.
Rempit
Ni xder ideologi. Hanya keseronokkan semata-mata. Kadang-kadang layan 'kosong', kadang-kadang letak duit, kekadang letak perempuan. Teringat masa ana ceramah di Kedah. ana interview sorang budak rempit ni (masa tu istilah ni tak wujud lagi, dia guna istilah mat moto). Budak tu cakap, lagi banyak parut, lagi ranggi (lagi otai la). Kalau patah-patah, lagi power la.
Lesbian
Lesbian ni istilah bagi mereka yang ada affair sesama sejenis (perempuan Vs Perempuan). Dulu tak ketara sangat... dah masuk tahun 2000 ni, semakin galak pulak dah.. siap letak gambar derang "ehem-ehem" dalam profile myspace dan friendster. isk isk isk
Bohsia dan Bohjan
senang cakap sex bebas lah. Ni pon makin ketara. Tambah-tambah dunia makin canggih dengan handphone bercamera la, 3G la. Sendiri berlakon, sendiri jadi jurucamera, sendiri edit, sendiri publish, sendiri tanggung malu, sendiri terjun neraka. isk isk isk. Tapi xsemua publish dengan sendiri. ada yang rakam then handphone dikebas orang.. ha.. sekali penyamun tu plak publish kat web/blog. kan dah malu. isk isk isk
Nyah (Pondan / Bapok)
Lah? apa barang pondan. herm.. malas nak komen. sendiri tengok sendiri ulas, sendiri paham ok?.
ni sikit jerk.. ada banyak lagi.. macam - macam ada. Persoalannya, mengapakah ini terjadi? dan apakah jalan penyelesaian bagi semua ini?
Catatan: Gambar diatas adalah sekadar hiasan. Bukan niat untuk memalukan atau menghina tuan empunya diri atau sengaja menyebarkan dan mempertontonkan bahan lucah kepada pihak umum.
Jika ana xsilap. Rastaman adalah puak Rastafarian. Rastafari boleh dianggap agama baru yg dicipta. Mereka bertuhankan ganja..dan silsilah sejarahnya 'seperti' ada kaitan dengan pecahan puak yahudi. Jika ana dapat maklumat yg lebih sahih ana akan maklumkan.. jika remaja skrg rosak. confirm negara akan rosak di masa hadapan.
Oh.. yer ker.. tu la.. kalau diteliti lagu bob marley and the wailers tu.. ada unsur2 agama derang...tapi ana xberapa paham istilah2 yg digunakan dalam lirik lagu tuh
banyak yang salah faham dengan aliran rasta ini.dan aku menyangkal apa yang ko katakan pasal rastafara itu. ya..mmg betul kalau rastafara adalah salah satu dari ajaran agama baru dari orang kulit hitam jamaica.dan itu dikenal dengan rastafarian.tapi apa yang mereka wujudkan adalah semata-mata utk kebebasan dan hak orang kulit hitam yang di tindas,di exploutasi,dan mereka di jadikan budak oleh imprialis eropa. dan mereka tertindas, hak mereka di rampas.sah-sah saje kan kalau mereka membuat perubahan.
banyak yang hanya tau bob marley.tapi bob marley bukan lah awal dari perjuangan kebebasan kulit hitam. gusmuo adalah salah satu nama yang membuat pergerakkan awal melawah imprealis kolonial ingris pada tahun 1890 ( kalau tak silap aku la).yang jelas dia menaikkan semangat orang kulit hitam utk tidak membudayakan mental slavery (mental budak).dan dari situlah beberapa dari mereka ( masyarakat kulit hitam)menyampaikan ketidakpuasan hati mereka melalui musik.sebab musik adalah satu jalan yang paling relevan untuk menyampaikan propaganda.
dan kalau dilihat lagi.negara afrika, mmg jauh ketinggalan. dan mereka hanya tertindass oleh sistem yang berjalan di pemerintahan negara mereka.kemiskinan, kelaparan terus berlanjut abadi di tanah air mereka sendiri. bob marley yang mengangkat darjat mereka ke seantero dunia dengan tembang no woman no cry, redemtion song, is this love. dan kalau di ambil positif bukan dari ajaran agama mereka, tapi dengan nilai kebersamaan dalam lirik yang mereka nyanyikan. apa yang perlu kita pelajari adalah, berfikir sendiri, dan lakukan sendiri!!
ketika kau harus menulis, apayang kau rasakan??dan tapi ketika kau menulis jauh dari fakta dan bukti, apa yang akan berani menjawab?erm...jangan jadi seperti media hidayah,mastika, dan media yang kerajaan.sebab mereka penipu.dan tak menyebelahkan rakyat
regards me.
energi cinta
www.myspace.com/deadgerm
(segala saran dan cerita boleh kita discuss)
jazakallah sahabat dari deadgerm.. kerana sudi komen.. ana dulu pernah jugak bersahabat dengan budak2 blindtribe.. bebudak rasta penang. derang asalnya dulu bebudak band mandatori... dan ana rasa kalau anta sendiri pernah dengar pasal derang kan? ana x nafikan memang ada element yg baik dalam rasta. cuma pada masa yang sama anta sendiri tahu element2 yg berada dalam rasta itu sendiri bercanggah dengan Islam kan? dan bila mana saja ada satu juzuk daripada mana-mana aliran pemikiran yang bercanggah dengan Islam, maka keseluruhannya akan tertolak.
Sebagai contoh;
feminisms yang diperjuangkan oleh golongan anrcho, Walaupun pada asasnya macam baik dan bagus menifestonyer.. memperjuangkan hak wanita. tetapi jika kita kaji sedalam-dalamnya ia jelas bercanggah dengan islam. Kebebasan mutlak yang di tuntut oleh feminisms menyamai lelaki adalah satu perkara yang bukan dalam ajaran Islam. Mungkin anta pernah dengar pasal kes Amina Wadud, yang bernaung dengan Nama Sister In Islam atau singkatannya SIS. SIS ini adalah sebenarnya merupakan sibghah (celupan) daripada Feminisims. Tengok apa yg mereka perjuangkan? pembahagian harta dalam faraid sama antara lelaki dan perempuan, orang perempuan boleh jadi imam dan khatib solat jumaat. orang perempuan boleh kawin 4. Semua bende2 ni jelas bercanggah dengan Islam. Walaupun ada nilai2 lain yang baik seperti membela kaum wanita dari di tindas dan sebagainya.
Berbalik kepada cerita rasta nih, ada beberapa perkara yg ana ketahui bercanggah dengan islam.
1 bila sebut rasta ni, rambutn ya mesti berfesyen dreadlock. Yang mana kita tahu, dreadlock adalah sambungan rambut. walaupun nak ikutkan true rasta, rambut derang ori, tetapi rata2 rasta di malaysia ni rambutnya bersambung, kerana nak simpan rambut yang panjang b4 nak dread memang akan ambil masa yang lama.
Mengikut hukum, Allah melaknat orang2 yang menyambut rambut.
2. rastaman mengamalkan gaya hidup bebas, minum arak, menghisap ganja.
Ini secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.
* Mungkin anta boleh kata ia bukanlah basic rule of rastaman.. tapi anta tidak dapat menafikan bahawasanya almost 99% rastaman terlibat dengan bende nih... unless dia hanya berwatakkan rasta tetapi beraliran sXe (straight edge).
3. Ia adalah ideologi yang bukan dari Islam.
Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia akan dibangkitkan di akhirat bersama mereka.
* ana yakin anta mesti xnak dibangunkan bersama bob marley atau godfather rasta di akhirat esok kan ;)
4. rambut yang telah di dreadlock xleh kene air kan? kalau tak nanti busuk kan? nak cuci pun kene guna ubat die..
Lantas bagaimana nak mandi wajib dan sembahyang yer?
5. apa rasionalnya perlu rasta di malaysia? nak perjuangkan orang kulit hitam? di malaysia orang kulit hitam semua dari golongan middle class yang xperlu lagi pembelaan. lantas untuk apa? membela Islam? tentu saja tidak sesuai kan? kerana ini bukan nilai dan budaya Melayu.
Wahai sahabatku, sesungguhnya Islam tu dah lengkap lagi Indah... xperlu lagi kepada ideologi. Kalau sebut rasta perjuang rakyat bawahan... Islam pon perjuang untuk rakyat bawahan?
Kalau sebut rasta pejuang kasih sayang.. Islam pon perjuang kasih sayang.
lantas untuk apa lagi perlu kepada rasta yer?
Moga terus dapat berdiskusi dengan anta.
Salam Mesra :)
aku bdk skin,xde ulasan pasal skin ke? lg 1 nape seperate kan chaos punk n peace punk, nape xletak 'punk' je semate2,same je due2 punk tu, yg beze just ideologi n cabang2 je,cm skinhead gak yg ade 3 cabang tu...
woit ko ni otok dah beku ke? nak memperjuangkan mende2 ni sume? budget jadi skinhead ke mende2 lain tu ko bagus ke? siap boleh buat sejarah lagi... Ape yg ko dpt sebenarnyer? Duit ke? Keseronokan ke? cuba ko tanya balik diri ko ape tujuan ko hidup di dunia ni...utk jadi mende2 tu sume...tak bukan ko salah... tujuan kita hidup di dunia ni 1 je nak mencari keredhaan ALLAH tu je... Sampai bila ko nak jadi mende2 ni sume? yang aku tau x kemana pon x der la pulak aku dengar ilmuwan2, ustaz2, orang2 bijak pandai or perdana menteri dari puak2 ni...Tapi kalo itu memang tujuan hidup ko maksudnya sampai umur 70 tahun masih atuk skin la...dasyat...pastu mati pon sebagai skin boleh berjaya ke kat akhirat nanti agaknyer??? muhasabah la diri ko blk...bertaubat la kembali kepada Allah ....Islam x pernah ajar benda2 mcm tu...Islam ajar cara nak berjaya di dunia dan akhirat satu je... kembali pada al-quran dan hadis...