Assalamualaikum. apa khabar sahabat2 dsantai... fuh.. bersawang habih blog ni.. maklumlah sibuk ngan baby baru (rakanusrah.com) sampai xsempat nak jenguk blog... isk isk isk... apa2 pun blog ini tetap diteruskan jugak.. sebabnyer blog ni lah tempat sye meluahkan idea, pandangan, pendapat dan memacam.. payah nak terangkan... kirenye macam nostalgia gitu!.. Dua-tiga orang sahabat dsantai dah mula merepek! xde modul baru ke? amboi2... tak sempat2 ek? nak reka satu2 modul bukannye senang... jenuh perah otak pakai washing machine!.. fuh.. nak cepat2 boleh.. tapi modul2 lama la.. zaman jurasic park bole? ha... tau pon tak nak... so kene banyak bersabar la ye... sebut pasal sabar ni... sahabat2 tau tak.. lebih kurang 90 tempat perkataan "sabar" ni dalam al-quran.. apa2 pon ingat;ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِي Allah bersama orang-orang yang bersabar. Baik untuk modul kali ni... modul yang berbentuk riadah. Bola Iman. Bola Iman adalah satu modul riadah yang direka oleh peserta-peserta Kursus Fasilitator yang ana buat untuk Rakan Muda Masjid Politeknik Johor Bahru. Modul ni simple dan tak banyak kerenah. Tapi jika seseorang yang mengendalikannya mempunyai idea untuk membuat ulasan, ia bisa menjadi modul yang baik untuk pengisian rohani. Apa2 pon mai kita tengok dulu modul tu macam mana..

Tajuk: Bola Iman

Ketegori: Permainan / sukan / riadah

Masa: 30 Minit

Peralatan: Bola sepak (mengikut bilangan kumpulan)

Objektif:

1. Memupuk semangat berpasukan.
2. Menerap nilai keimanan dan ketakwaan

Langkah:

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (1 kumpulan mengandungi 5-6 orang peserta)
2. Setiap kumpulan diberi taklimat mengenai prosedur cara permainan dan syarat-syarat permainan.
3. Ketua Fasilitator membuat ulasan selepas permainan.

Prosedur

1. Setiap kumpulan diminta membuat bulatan kecil (tangan diletakkan diatas bahu sebelah menyebelah).
2. Setiap kumpulan diberikan sebiji bola yang diletakkan di tengah – tengah bulatan.
3. 2 orang fasilitator ditugaskan berada di luar bulatan (sebagai pengacau) bagi setiap kumpulan. Para fasilitator dikehendaki mengeluarkan bola daripada bulatan manakala para peserta pula dikehendaki mempertahankan agar bola tersebut tidak terkeluar bulatan.

Peraturan:

1. Peserta dan Fasilitator hanya boleh menggunakan kaki sahaja didalam permainan ini.

Ulasan Fasilitator

1. Perbandingan bola sebagai iman para peserta yang mana mereka terpaksa mempertahankan daripada terkeluar (iaitu terbatal syahadahnya).
2. Para peserta juga hendaklah sentiasa berwaspada setiap masa daripada anasir-anasir yang cuba merosakkan iman mereka.

Ha... simplekan? tapi jika kita baca faham betul2 apa yang cuba disampaikan kepada peserta bukanlah satu bende yang main-main. Ia berkaitan dengan akhidah.

Muktahir la ni... memacam serangan akhidah yang menimpa kita.. Apa yang menakutkan ana ialah... kalau yang terang-terangan kafir itu mudah. sekali lihat kita dah tahu ia kafir. Tetapi apa yang menakutkan kita ialah ia berlindungan dengan perkataan "Islam" dibawah nama Jamaah Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam, Ilmu Persilatan Islam, Tarikat, dan sebagainya tetapi mereka ini mempunyai rencana Jahat yang merosakkan akhidah. Akibat perbuatan mereka ini, mereka telah mencemarkan pertubuhan-pertubuhan islam yang lain. Lantas menyebabkan orang awam membenci KESEMUA pertubuhan2 Islam ini. Tak adil la macam ni kan?

Sepatutnya pertubuhan yang jelas bercanggah dengan akhidah wajar dikekang.. mereka bukan sahaja mencemarkan pertubuhan2 Islam Haq yang lain bahkan bisa mengheret ramai ummat Islam ke lembah kesesatan. Ini yang merunsingkan. Tambahan pula tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak berwajib untuk menangani hal ini. Bahkan mereka ini diiktiraf oleh pertubuhan berdafar!

Atas kesedaran ini, dinasihatkan kepada sahabat2 dsantai, sebelum menyertai mana-mana jemaah, gerakkan , tarikat kaji lah terlebih dahulu.. cuba tanya ulama2 yang telah kita ketahui akhidah mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini penting agar kita tidak terperangkap masuk kedalam perangkap pertubuhan-pertubuhan sesat yang menggunakan nama Islam.

Pernah seorang anak Usrah ana bertanya;

Macam mana nak tau sama ada pertubuhan tu sesat ke tak?

Lantas ana menjawab; "lihat sama ada bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah atau tidak. Jika ia jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, pastinya pertubuhan itu adalah sesat"

Lalu ia bertanya lagi; err Islam Hadhari tu macam mana pulak?

Lalu ana menjawab; Adakah ia mengikut Al-Quran dan As-Sunnah?

Pembantu Naqib hanya tersenyum sambil melirikkan matanya kepada ana. Ana pun ikut tersenyum.

Wallahualam

kumpulan artikel , |
3 Responses
  1. salam, suka baca blog awak, banyak perkara baru saya tahu


  2. Author Says:

    terima kasih :) jemput2 lah lagi datang sini ye :)


  3. Tanpa Nama Says:

    syukran ats p'k0ngsian...


Catat Ulasan